Sunday, November 25, 2018

RAMBUTAN

Alhamdulillah pokok rambutan anak sekolah di laman rumah sudah mempamirkan buah2 yang sedang masak ranum. Petik fresh merah2 sungguh enak di makan begitu saja. Nikmat manakah yg hendak aku dustakan? TQ ya Allah. Sungguh banyak nikmat yang Engkau kurnia. Tidak terhitung banyaknya. Aku syukur pada Mu.







Sunday, November 11, 2018

Tuai Hasil Tanaman Di Laman

Hati gumbira mengutip hasil tanaman di laman. Bak kata Prof Mahmud Zuhdi, "Anda tuai hasil yg anda tanam."







Tuesday, October 16, 2018

KKB DAM

On the way ke Fraser Hill tempoh hari, saya dan isteri singgah di KKB Dam. View sangat indah. Sungguh sesuai untuk sesiapa yg ingin ketenangan dan kedamaian hati. The best keep secret place in Hulu Selangor. Kalau ada kesempatan, mai la ke sini. Sapa2 nak ke pantai timur via raub pun boleh lalu ikut sebelah sini. Try la skali, asyik kot karak je boring jugak kan. Hidup ni cuba try benda2 baru. Jangan terlalu ikut rutin sahaja. Break the norm, kata org jawa. 😎










Monday, October 15, 2018

PISANG



Sudah lama tidak posting perihal hasil tanaman. Dulu selalu jugak keluar cerita2 seni laman bersama hasil2 tanaman yg ada. Baiklah tadi saya ada snap gambar pisang tanduk dan pisang awak yg sedang berbuah lebat.

Anak pisang ni jiran saya yg bagi. Dah setahun rasanya baru mula mengeluarkan hasil. Pisang tanduk memang liat sikit nak berbuah, tapi skali berbuah memang best dan bergaya. Kali ni keluar dua sikat berjumlah dua puluh biji pisang. Rasanya dalam tiga empat minggu lagi, dah masak kot.

Pisang tanduk ni sesuai untuk di goreng, di buat pengat, atau di sigho. Ada orang gelarkan pisang tanduk ni raja sgala pisang. Mungkin sebab kecantekannya dan saiznya yg besar.

Ok nampaknya pisang awak di sebelahnya juga sedang berbuah. Buahnya bersaiz kecil, maka kelihatan begitu lebat. Rasanya ada 20 sikat setandan. Pisang awak ini untuk awak goreng. Goreng memang rangup dan sodap. Nak buat cikodok pisang, jejemput pisang, lempeng pisang atau kek pisang pun boleh kot.

Anyway, pisang kaya dgn vitamin dan zat besi. Tanamlah pisang di laman atau kebun anda. Sepohon pisang setakat ni memang tak berbuah dua kali. Tapi dia rajin beranak pinak. Memang tak putus-putus. Sekali-sekala bubuh la baja, beli kat kdai 2Ringgit pun ok.

Setakat itu pertemuan kali ini. Next saya akan cerita pokok mangga harum manis baka dari perlis yg mula kali pertama berbuah. Mungkin mencecah seratus biji. Besar-besar pulak tu saiznya.

#TanamanDiLaman
#SeronokDapatHasil


Monday, October 8, 2018

FRASER HILL








Saya menetap di Selangor ni sudah masuk 28 tahun, namun ini lah kali pertama saya berkunjung ke Fraser Hill. Hajat nak ke sana sudah banyak kali, tapi baru kali ini menjadi.

Jarak rumah saya ke Fraser Hill ini hanya 72km. Namun jln yg bengkang bengkok menyebabkan pemanduan hampir 2 jam.

Saya menetap di Silverpark Resort. Apartment 2 bilek yg cantek dan selesa. Living room, kitchen & varendah yg luas. Pemandangan hutan bukit yg menarik.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. 

Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut.[1] Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bagi saya Bukit Fraser ini satu destinasi holiday yg ideal untuk relax dan chill out, taking a break from your hectic schedule. Suhu yg dingin membolehkan anda menyarung sweater atau summer jacket. Juga tidak perlu unit aircond di apartment. 

Terdapat sebuah masjid yg selesa antara bulatan jam dgn apartment kompleks tempat kami stay. Kami sempat berkunjung ke Allen Lake, Strawbbery Park, & Air Terjun Jeriau.

Konklusi percutian kali ini, saya bersama 4 ahli keluarga sangat berpuas hati. Lain kesempatan kami bakal datang lagi.

#OurHolidayMaker
#TakingAGoodBreak

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...