Saturday, February 28, 2009

Kota Sarang Semut

Pagi ini cuacanya yang agak mendung mengundang saya untuk membersihkan laman rumah apa yang patut. Biasalah daun2 kering yg jatuh, potong daun2 pisang tua, dan daun2 bunga kertas. Penuhlah satu troli dan selamat dibuang.

Dalam dok buat kerja2 maintenance tu isteri saya menagih tumpuan saya kepada dua tompok tanah di dataran rumput kami. Setelah memerhati dengan lebih dekat, maka nyatalah ianya adalah kota sarang semut. Kelihatan barisan semut2 yang sedang bekerja kuat. Setiap dari mereka membawa seketul bahan binaan, yang berupa seketul tanah yang bersaiz sebesar biji sawi. Mereka bekerja dalam sebuah sistem yang sistematik. Team work mereka agak terserlah. Hasilnya kota yang mereka dirikan itu sudah setinggi enam inci di atas tanah.

Dalam sebuah artikel berkenaaan semut, ada diceritakan...... Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Saya kini dalam dilema, apakah harus saya biarkan kota sarang semut ini membusut di tengah laman hijau ini atau mengikut hukum alam iaitu terpaksa memusnahkan sebuah projek mega kelompok makhluk Allah yang berupa semut2 hitam ini. Sebanyak mana pun saya mengagumi usaha kuat mereka, namun rasanya pilihan saya agak jelas. Semoga Allah menagampuni saya. Bukan niat untuk menganiaya sesama makhluk.

@@@

Thursday, February 26, 2009

Full of Muscles


Teringat sebuah lagu yang begitu popular di zaman saya kat universiti dulu nyanyian Men At Work. Antara bait2 senikatanya ialah...I'm the man from down under...full of muscles. Kumpulan yang popular ini berasal dari the land down under iaitu Australia. Flashback saya sebuah filem yang jugak popular ketika itu iaitu Crocodile Dundee yang mengisahkan seorang lelaki Australia yang berkunjung ke New York dan mengalami culture shocks yg agak ketara. Heronya saya pun dah lupa namanya adalah seorang cowboy yang sasa and full of muscles. Sebenarnya 80% dari bumi Australia ini adalah agak tandus dan gersang, dan di diami oleh watak2 yang agak 'country' sikit...macam cowboy gitu. They are rough and tough. And of cause...full of muscles.

Anyway apa yang nak saya kaitkan ialah, seorang staf kat ofis saya yang agak junior ini sudah dua tiga kali dok compliment saya atau should I say give his comment bahawasanya lengan dan bahu saya ini agak tough and full of muscles. Hari ini sekali lagi dia dok kata the same thing...siap tanya "bro ada angkat besi ke?". Hmmm...saya pun dok fikir why? Apakah yang menonjol dan tertonjol di sebalik baju kemeja saya itu. Nak kata angkat besi atau workout kat gym tu memang tak ada le. Zaman muda2 dulu ada le sekali sekala workout tu.

Jadi fikir punya fikir maka saya rasa tabii saya yang suka berkebun dan memerah keringat itulah puncanye. I green the earth...remember. Jadi besi yang diangkat itu sebenarnya ialah sebatang cangkul untuk menggembur tanah, membuat batas atau membuang semak samun. Besi yang diangkat juga berkemungkinan besar ialah sebatang 'cok' betul yang memang 100% besi waja buat menggali lubang 2'x2'x2' tika menanam anak2 pokok buah disekitar laman rumah, di bahu jalan, dan di laman rumah kosong kat depan tu. Apakah dengan mengangkat besi2 itu telah mencorak otot2 di lengan dan bahu menjadi agak sasa, ada kemungkinan. Atau workout disekitar laman semasa membuat kerja2 maintanance saban minggu. Full of muscles....he he nak tergelak beb!

@@@

Tuesday, February 10, 2009

Berkebun 3 in 1


Cuti 3 hari ini termasuk cuti thaipusam telah aku manafaatkan dengan berkebun. Bermula dengan pembersihan semak samun dan penambahan tanaman serai di laman rumah depan yang tidak berpenghuni itu. Semalam segala semak samun yang terkumpul macam bukit itu telah aku bakar menjelang senja. Ketika jiran2 sudah menutup tingkap rumah masing2. Bukan apa takut isu asap masuk rumah menjadi masalah pulak. Alhamdulillah udara tenang dan tidak berangin sangat. Jadi asap tu cantek mengarah ke atas dan tidak ke kiri atau ke kanan. Selamat semak samun kering itu menjadi abu. Dan hari ini sisa2 yang tinggal telah aku kumpulkan dengan cangkul sebagai baja bakar. Aku agih2kan baja itu ke pokok2 serai yang baru kutanam 2 hari lepas dan pokok2 besar di laman termasuklah 3 pokok rambutan, pokok kelapa gading, pokok longan, dan pisang. Tidak ketinggalan jugak pokok mata kucing yang baru di 'modify' semalam. Dan Alhamdulillah hujan renyai2 pulak lepas maghrib tadi, maka insyaAllah suburlah hendaknya. Hari ini jugak aku telah keluarkan 3 pokok salak (dari perut buni) yang di tanam beberapa bulan lalu di laman, yang mengikut isteriku perlu di buang memandangkan duri2nya yang agak bahaya ibarat 'jarum jahit tilam' dan demi untuk melapangkan lagi laman. Aku akur dan memasukkan ketiga2 anak pokok yang sudah tingginya sekaki itu ke dalam poly bag. Hari ini aku sedekahkannya kepada jiranku Hj Munir & Hj Shaharuddin untuk di tanam di kebun masing2. Manakala satu lagi selamat aku tanam di laman surau Al Faiizeen. Aku niatkan sebagai sedekah jariah jika menjadi berbuahnya nanti. Maka lengkaplah 3 in 1 aku dalam berkeringat. Yes, I green the earth!

Anggur Belum Berbuah



Jalarnya galak sekali. Daunnya hijau dan lebat jugak. Sesekali aku kena ejaskan lilitan dan pautannya agar bisa mendominasi ruang yang ada, antara jaringan2 di bawah bumbung hijau di anjung pintu dapur itu. Harapanku ialah untuk melihat buah2 anggur berjuntaian suatu masa nanti...

Saturday, February 7, 2009

Pisang Emas Di Bawa Belayar



Masak sebijik di atas peti. Hutang kredit kad boleh di bayar. Hutang budi Hj Munir dibawa mati. Anak pokok pisang emas ni dulunya diberikan oleh jiran saya Hj Munir. Ni first time berbuah. Nampak macam dah matang, tapi saya tunggu warnanya bertukar ke kuning sikit baru boleh ambik. Tu pun kalau tak jadi santapan burung2 yang khabarnya memang gemar keenakan buah pisang emas ni.

Pokok Cempedak Madu


Pokok ini aku tanam kurang lebih 3 bulan yang lalu. Benihnya dibeli di Sg Buloh dengan harga RM25. Setelah ditanam selama seminggu, segerombolan lembu telah menceroboh lorong depan rumah kami dan membaham daun2 dan pucuk2 muda pokok cempedak madu ini. Habis kontot. Tinggal sehelai dua je daun nye. Tapi Alhamdulillah setelah dibajai, ia kembali subur. Dan aku perasan pagi ni daun nya sikit punye lebar. Aku ingat ini penangan baja bakar yang dibubuh minggu lepas.

Pokok Manggis


Pokok manggis aku ni memang slow gile growth nye. Rasanya lama dah aku tanam. Dulu terlindung kat pokok bunga kertas. Bila dah alih pasu bunga kertas tu, baru nampak ada perubahan sikit. Last week aku bubuh baja bakar. Teringat zaman budak2 dulu, aku ni suka panjat pokok manggis dan lepak kat atas tu, sambil petik & makan buah manggis. Yang syoknya sebab batang pokok nye lurus menegak dan dahan2 nya bersilang-silang secara sistematik. Menyenangkan untuk di panjat. Pokok yang aku panjat adalah pokok yang sederhana besarnya. Kalau pokok tua, hey besar bang, bahaya. Harap2 pokok manggis yang aku tanam kat depan umah ni, suatu hari nanti akan besar dan mengeluarkan buah untuk di panjat oleh cucu2 aku pulak. He he...

Longan Ping Pong



Longan Ping Pong ni kurus je pokoknya, tak mahu subur sangat. Tapi sekali sekala berbuah jugak. Manis gile. Tapi tak begitu solid lagi, muda gitu. Mungkin kerana pokoknya yang tak begitu besar dan daun yang tak lebat. Hmm...anyway bila pokoknya matang nanti saya ingat buahnya akan mencapai saiz bola ping pong dan isinya akan lebih tebal.

Petani Moden

Selesai solat subuh saya dan isteri menikmati sarapan roti 'hotdog' dan nescafe panas dalam keheningan dan kesegaran pagi di laman depan rumah.

Kemudian bersemangat pula untuk riadah iaitu berkebun. Jadi dengan pakaian berkebun maka saya pun ke kebun depan rumah (laman rumah depan yg tiada penghuni) untuk membersihkan semak samun yang menjalar.



Seterusnya mengembangkan tanaman serai di kawasan yang lapang. Saya berjaya menambahkan 30 lubang lagi. Yes. Rasa puas juga melihat kebun yang terurus itu dan deretan serai, betik dan tebu.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...