Saturday, November 21, 2009

Keringat Kering Di Anjung Surau

Lama dah saya tak update blog Keringat ni. Jadi hari ni apa kata saya buat posting baru.

Baiklah hari Sabtu ialah hari santai, hujung minggu la katakan. Selesai solat subuh tadi saya bersama isteri tercinta mengadap TV9 program "Tanyalah Ustaz". Hari ni tajuk nya perihal solat dan disampaikan oleh Ustaz Nizam Ab Rahman pensyarah UIA. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi. Antaranya ialah berkenaan masalah qada solat fardhu.

Sekiranya kita ada meninggalkan solat fardu katalah ketika berumur 20 tahun dulu dan kini apabila sudah berumur 40 tahun ini kita berhajat qada kan balik segala solat fardu yang kita tinggalkan dulu. Maka ada dua pendapat iaitu satu ialah adalah dituntut untuk qada solat fardhu itu sehinggalah habis semuanya dan selagi belum habis maka tidak harus untuk mendirikan solat2 sunat. Ada timbul persoalan iaitu solat fardu 5 kali sehari x 30hari x 12bulan x 2tahun = 3,600 solat fardu yang mesti di qadakan, untuk 2 tahun kita tidak solat di zaman jahiliyyah itu.

Jadi mampukan kita mengqadakan semuanya? Maka ada satu lagi pendapat ulama iaitu tidak wajib kita qada solat2 fardu itu. Memadailah dengan memohon taubat dan keampunan dari Allah untuk dosa dan kesalahan meninggalkan solat dengan sengaja itu. Ustaz itu menyarankan iaitu sekiranya kita ada kemampuan maka qadakan solat itu mengikut kemampuan tadi. Jika tidak mampu, kerana banyak sangat atau sebagainya maka mohonlah keampunan Allah dengan taubat yang sungguh2 iaitu taubat nasuha. Wallahu'alam.

Seterusnya saya keluar membersihkan laman rumah. Cuaca mendung pagi ini. Saya potong dahan rambutan yang tumbuh melilau ke tengah laman. Saya cantas beberapa pelepah pokok kelapa yang agak tua. Kemudian saya potong pelepah2 daun pisang dan membuang kelopak2 daun tebu. Seterusnya membuangnya di lereng bukit 80m dari rumah. Ooops baru teringat hari ni ada gotong royong di surau Al-Faaizeen.

Ok isteri mintak saya tukar t-shirt yang elok sikit, nak jaga imej di mata masyarakat la tu. takpe niat baik. Saya pun berlepas ke surau dengan skuter Ego dan membawa bersama 'cok betul' untuk tujuan menggali lubang untuk program Qurban Aidil Adha minggu depan. Di sana sudah kelihatan Hj Jo & Hj Pak Nor dan dua orang pemuda Indon sedang menggali lubang. Standard le Hj Jo & Hj Pak Nor tukang supervice. Nasib baik saya bawak 'cok betul' besi. Senanglah sikit menggali lubang di tanah berbatu tu. Lubang ni sebenarnya untuk menanam bahan2 buangan majlis qurban tu nanti termasuklah belulang dan isi2 perut lembu qurban.

Setelah selesai semuanya kami pun duduklak berehat di anjung surau sambil minum teh O dan makan karipap dan donat. Sambil tu doklah borak2. Tajuk2 perihal kerja kerajaan dibincangkan maklumlah depa2 ni orang pencen gomen. Kira saya ni batch muda la sikit. Kemudian tajuk perihal di akhir zaman ini kelompok mana sebenarnya yang akan selamat. Ada hadis Rasulullah mengatakan bahawa terdapat 73 kelompok manusia di akhir zaman ini. 72 kelompok berada dalam kesesatan dan hanya satu kelompok saja yang selamat. Maka Hj Sharudin membangkitkan siapa yang selamat ini? Kenapa kita menuduh sesetengah golongan itu tak betul sedangkan mereka mengamalkan rukun Islam yang lima itu. Perbincangkan panjang berlangsung, saya hanya mendengar. Niat saya nak pulang tak kesampaian bila hujan mulai turun.

Di akhirnya saya mencelah iaitu golongan yang selamat ialah golongan berpegang kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah tidak kiralah dari kelompok manakah dia, Ahli Sunnah Wal Jammah kah, Wahabbi kah, PAS kah, Ikhwan Muslimin kah, Tabligh kah, Abim kah, JIM kah. Yang penting ialah manusia yang ber Taqwa kepada Allah. Bukankah Taqwa itu yang membezakan kita di sisi Allah?

Saya menambah dalam agama ini kita hendaklah tahu membezakan yang mana perkara pokok dan yang mana permasalahan cabang atau ranting. Selain membaca kita kenalah berguru untuk mengelak kesesatan atau menjadi gila. Selagi mana perkara pokok iaitu perihal aqidahnya betul iaitu mentauhidkan Allah maka Alhamdulillah selamat. Yang selalu kita dok bergaduh tu sebenarnya soal cabang atau perihal feqah, qunut ke tak qunut, tahlil ke tak tahlil dan sebagainya. Perbezaan pendapat dalam agama itu hikmah, semuanya betul jika berlandaskan nas. Maka itu semua mazhab feqah dalam ahli sunnah wal jamaah itu betul tidak kiralah mazhab Shafie, Hambali, Hanafi atau Maliki.

Tetapi jika mazhab aqidah maka akan tergelincir iman seseorang contohnya Mazhab Syiah yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Hj Pak Nor mencelah terdapat kelompok dalam puak Syiah ini yang betul aqidahnya. Dalam kes fahaman Wahabbi pula, sekiranya betullah Wahabbi berpegang kepada pendapat Allah itu bertempat iaitu di Arash dan mengatakan kaki Allah di Kursi iaitu menyamakan Allah dengan sifat makhluk maka itu sudah menjadi permasalah aqidah (perkara pokok), dan bukan lagi persolan feqah (perkara cabang) semata.

Setelah hujan reda, tibalah masa saya untuk memacu skuter pulang ke rumah membawa 'cok betul' saya dan buah2 hasil perbincangan 'majlis ilmu' di anjung surau Al-Faaizeen bersama Hj Jo, Hj Sharudin, Hj Pak Nor, dan Zakri. Semoga ada keberkatannya, insyaAllah.

@@@

Sunday, November 1, 2009

Serai Giant


Isteri mintak ambik serai semalam nak masak cili api LaLa peberet anak2. Jadi saya bawak la 'cok betul' pergi kat kebun depan umah, yang dah lama tak terurus tu. Cari rumpun2 serai yang subur. Gali satu rumpun. Potong elok2 guna cutter, dapatlah dalam 20 batang. Besar gile. Dah masuk tahap serai Giant ni. Terkejut la pulak isteri sambil tersenyum hepi. Anak2 pun semalam berselera betul lunch. Hari ni dua anak dah balik hostel, tinggal la kami bertiga bersama serai2 Giant ini.


TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...