Thursday, April 23, 2009

Bermain Di Laman




Pagi minggu itu aku pun meninjau2 laman hijau. Rumput2 liar sudah panjang. Maka aku pun keluarkan mesin rumput F-1 aku dari stor. Dengan sekali start enjin mesin F-1 ku mengaum garang. Ready untuk membaham segala di jalanan. Setelah beberapa ketika laman hijau ku kembali berseri. Hamparan rumput yang dimesin pendek rapat ke bumi itu kelihatan bak hamparan karpet. Rasa bagai hendak ku baring dan menatap langit, namun terik mentari menghalangku.

Hari ni juga rasa ada semangat untuk menabur baja biji di pangkal pokok2 buah. Sudah lama benar tidak berbuah kecuali kelapa dan betik.

Di laman dapur ku renung anggurku yang subur menjalar di jajaran peneduh pintu dapur. Lebat pula daun2 nya. Namun masih belum mengeluarkan buah sulongnya.

Bila berkebun dan manjaga laman menjadi hobi masa terluang di hujung minggu, maka seronok dan gumbira walaupun penat dan letih. Itulah nikmat Allah buat hamba-Nya di lembah prima yang beruntung ini.

Monday, April 13, 2009

Ghostbuster !!

Masih kah ingat filem Ghostbuster yang meletup di box-office lebih dua dekad yang lalu sekitar tahun 1980an. Wa...that long already. Pelakonnya kalau tak silap Dan Akryod, Jim Belushi dan seorang lagi saya lupa. That is one of my favourite movie of all time. Ada unsur humor, jalan cerita yg menarik dan special effect yg canggih. Ia mengisahkan tiga sahabat yang mencipta method dan tools untuk memerangkap makhluk halus atau hantu. Mereka menubuhkan syarikat di New York dan mengiklankan perkhidmatan yang unik itu kepada masyarakat. Di pendekkan cerita perkhidmatan mereka begitu efektif dan "Ghostbuster" menjadi terkenal dan popular di seluruh dunia hinggalah ke Malaysia.

Pada hari minggu lalu, saya telah mencuba tool baru dan terkini saya yang telah dihadiahkan oleh isteri dan anak2 sempena harijadi saya minggu lepas, iaitu Penyembur Racun Rumpai. Paginya setelah bawak anak saya Amir dan Shilah pergi ambik skuter yang di repair dan servis kat bengkel K.Anand, saya singgah beli racun rumpai kat kedai hardware. Harganya RM20, mahal tu, walaupun pek kecik.


Setelah berjaya DIY memasang segala komponen termasuklah memasukkan filter, menyekrukan batang penyembur dan meminyakkan sedikit omboh pengepam tembaga, saya pun ready for action. Maka saya letakkan tangki penyembur tu atas bangku. Saya masukkan racun rumpai secukup rasa iaitu 130ml untuk 10L air. Air dimasukkan dengan bertapis (tapis tu memang disediakan as part of the tool) takut2 masuk lumut ke ape yang boleh menyekat semburan. Ok, so now saya pun mengangkat penyembur racun rumapai ini ke atas belakang, ala-ala bawak beg sandang sekolah gitu. Berat jugak ni. Maklumlah tools tu agaknya dalam 5kg, ditambah pulak dengan air 10L tu. Sakit jugak la belakang aku ni. Jeng Je Jeng....sebijik nampak macam Ghostbuster. Cuma saya tak ada jump suit je. Nevertheless proper attire le jugak, siap seluar track, t-shirt lusuh dan kasut 'power'.

Area of coverage, first tepi pagar belakang rumah yang memang di serang lalang, rumpai menjalar dan 'rumpai daun kapalterbang'. Memang mencacatkan pemandangan view 'resort' kediaman kami ini. Untuk makluman view belakang rumah kami ni mengadap tangki air di kejauhan, bukit-bukau di kiri dgn tasek di lembahnya, dan pemandangan township di sebelah kanan. Rumah kami terletak di atas bukit, jadi angin sepoi2 bahasa memang selalu menjadi teman setia. Kehijauan bumi dan kesegeran udaranya adalah trademark di sini. Jangan jealous ye...he he.

Tidak lupa saya semburkan di sekitar pasu2 bunga, dalam longkang sekeliling rumah, dalam parit besar kat depan dan lalang2 liar di tepi pagar kiri rumah. Habis first round - 10L racun pemusnah rumpai. Cuaca tengahari yang panas mulai mencengkam ubun2 kepala. Mujurlah pakai cap.

Ok, now sediakan second batch, another 10L air bersama 130ml racun rumpai. Misi kali ini ialah memusnahkan rumpai kat kebun depan umah. Cita2 saya ialah untuk clearkan segala semak-samun kat depan tu dan untuk dibesarkan kebun tanaman serai di selang-seli dengan tanaman betik, tebu dan pisang. Misi berjaya. Saya dapat cover the whole area. InsyaAllah segala rumpai dan semak-samun akan mampus secara slow motion sepanjang minggu ini. Dan cuti hujung minggu depan, saya akan buat projek membersihkan kawasan bersama anak jantan untuk di teroka dengan tanaman baru seperti plan tadi.


Harap kan panas sampai ke petang tapi hujan pulak sekitar pukul tiga. Tapi harapnya rumpai2 itu sudah terkesan dan menyerap semburan yang telah dihidangkan untuk menemui detik kemusnahan mereka. Kerana kata orang, hujan boleh meneutralizekan kesan racun rumpai. Harap-harap nya segala usaha saya pagi ni tidak lah membazir. Baiklah itulah saja yang dapat dikongsikan dalam misi "Ghostbuster" ini. Dan malam tadi terserlah betul kepenatan. Siap lepas solat maghrib landing atas sejadah, terus lelap hingga pukul 10 mlm.

@@@

Sunday, April 12, 2009

Betik Power




Betik ni memang power. Seingat aku umurnya dah masuk 6 tahun. Asalnya semai bijik je dari buah betik yg memang best, lupa kat mana dapat. Tumbuh tinggi menjangkau 12 kaki. Berbuah memang tak henti. Setiap dua atau tiga hari ada le sebijik yg masak. Aku la yg tukang potong. Simpan kat peti ais sat. Fuuuh sedap oooo. Buahnya tak le besar. Tapi manis gile. Bijik pulak takde. First class all the way.

Sunday, April 5, 2009

Usia Yang Makin Berkurang



























Usia ku makin setahun berkurang hari ini. Aku lahir tahun 1964 pada bulan April 5 hb, iaitu 45 tahun dulu. Happy birthday to me. Bukanlah untuk di nyanyi2kan atau seronok2kan. Tapi untuk mensyukuri kerana Yang Maha Kuasa masih meminjamkan usia kepadaku untuk hidup lagi. Tidak tahu sampai bila. Kerana ajal maut itu di tentu Illahi. Kalau mengikut sunnah Rasulullah yang wafat pada usia 63 tahun, maka kalau hendak dinisbahkan 63 - 45 jawabnya ada 18 tahun lagi sisa2 hidupku. Setiap ulangtahun kelahiran itu adalah melahirkan hakikat setahun lagi menghampiri titik tolak perjalanan ke alam barzakh pula. Seharusnya melahirkan rasa insaf atas segala dosa dan noda, dan sekaligus bertaubat memohon keampunan-Nya, dan meningkatkan usaha mencari jalan yang lurus, jalan yang mendapat redha Illahi. Semoga di penghujung perjalanan itu ada Syurga Allah menanti ku.

Alhamdulillah atas kesyukuran itu, hari ini isteri tercinta dan anak2 tersayang masing2 bergotong royong menyediakan juadah istimewa iaitu spaghetti special, cocktail delight, kek coklat moist, dan air kelapa muda fresh yang saya petik dari pokok di laman pagi ni. Dimulakan dengan doa yang dibacakan anak sulong Amir Asyraf, kami menjamu selera penuh berselera. Terima kasih, I love you all.

Dan biasalah birthday boy akan mendapat hadiah harijadi. Tahun ni special. Isteri dan 3 anak saya berkongsi wang membeli hadiah istimewa yang memang saya sudah hint kan sejak dua tiga menjak ini...he he. Seronok kerana hadiah idaman itu menjadi kenyataan. Isteri saya terutamanya sanggup mengorbankan wang yang agak banyak untuk membeli hadiah itu. Yes, penyembur racun rumpai untuk keperluan berkebun saya. Isteri memahami sungguh kegemaran suami tercinta nya. Maka dengan tool terbaru ini akan memudahkan saya untuk beroperasi dengan lebih profesional di kebun depan rumah. InsyaAllah ia akan membuahkan hasil yang berlipat ganda hendaknya. Jazakallah.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...