Saturday, January 24, 2009

Keringat Pagi


Keringatku pagi ini tertumpu kepada penjagaan laman agar bumi hijau nampak kemas dan terurus. Dedaun yang banyak bertaburan itu kenalah di kumpulkan dan dinyah lupuskan. Rumpai2 liar di tepi2 pokok tanaman dan celah2 longkang habis ku bersihkan. Daun2 pisang tua juga kupotong. Penuh bahan buangan itu satu troli.

Kemudian ku tebas semak di kebun depan rumah. Ku potong tebu kuning sebanyak 10 batang untuk di mesin. Penat la jugak kena buang kulitnya. Anyway itulah keringatku pagi ini. Jam sudah menunjukkan 11:30 pagi. Jadi aku pun masuk ke rumah untuk mandi dan berehat. Sempat juga untuk solat sunat dhuha dan mengaji Qur'an sekadar 2 mukasurat. Walaupun penat tapi rasa puas melihat laman yang bersih.


Weekend ni anakku Amir pulang bercuti Tahun Baru Cina dan kami bercadang mengadakan jamuan BBQ di laman. Aku juga menjemput kawanku Bakar sekeluarga. Esok atau petang ni rasanya aku kena mesin rumput. Ok selamat bercuti semua !!


Wednesday, January 21, 2009

Dragon Fruit






Pokok dragon fruit sudah ditanam agak lama. Rasanya sudah masuk setahun lebih. Namun tak nak berbuah. Pokoknya kira subur la jugak. Mungkin kah spesis jantan? Atau sekadar belum cukup umur. Tapi aku tengok dragon fruit jiran sebelah ni asyik berbuah pulak. Atau ada rahsia yang dia tak kongsi dengan aku tentang cara2 untuk provok pokok ni mengeluarkan buah? Entahlah. Semoga tak lama lagi keluar lah buah. Nak jugak merasa. Bye the way tayar2 tu aku ambik kat tempat buang sampah depan pasar yang rasanya dibuang oleh pekerja kedai moto berdekatan. Tiang2 batu tu pulak dibeli kat kedai hardware, kalau tak silap harganya RM13 sebatang.

Sunday, January 18, 2009

House Keeping

Nak maintain bumi hijau kat Impian Iman ni pun bukan alang2 tau. Penat jugak. Tapi kalau di buat secara konsisten maka masih nampak terkawal. Ingat konsep kami ialah DIY, tak main la upah2 orang ni. So kira ori la kan. Jadi pagi ni setelah take a nap sat selepas solat subuh, maka saya dan isteri have a sweet time berdua-duaan breakfast nescafe dan roti bakar kat foyer depan umah sambil menikmati angin pagi sepoi2 bahasa dan kehijauan padang rumput di depan mata. Lepas tu bermulalah operasi.

Pertamanya ambik penyapu 'garfu' tu untuk kumpulkan segala daun2 kering. Saya ikat pokok okid kat tepi pagar tu dengan dawai supaya jadi berkelompok. Daun2 layu dari pokok2 tepi pagar yang di cucuk ke tanah pada minggu lepas masa 'overhaul' kawasan pagar sisi kanan turut di bersihkan. Isteri pula sibuk dok trim pokok2 bunga kertas di atas pergola, di penjuru foyer depan, dan pada kelompok pasu2 di beberapa 'island' sekitar laman.

Oh ya sambil tu sempat jugak alihkan sepohon salak yg di tanam kat laman ke tempat baru menggantikan anak rambutan kat penjuru depan gate kanan. Anak rambutan yang disemai oleh isteri pakai biji, di alihkan pula ke seberang jalan antara pokok betik dan nangka. Kalau panjang umur hidup la, kalau tak pun tak apa. Jadi sekarang ada 4 pokok salak yang tingginya baru lebih kurang sekaki kat laman sebelah kiri umah. Tengok lah, kalau nampak tak sesuai maka terpaksalah di buang atau alihkan ke tempat lain. Sayang juga sebab benihnya kami bawak dari kampung, dan buahnya pernah kami makan, memang sedap gile, lain dari yang pernah kami beli kat pasar2 malam tu.

Akhirnya saya ambik 'kereta tolak' dan penuhkan bahan2 buangan tadi untuk dinyah lupuskan di lereng bukit sebelah kanan rumah sekitar 50m berjalan kaki. Hmmm....2 trip baru clear. Pastu terlelap jap kat kerusi santai biru 'ala2 tepi swimming pool' kat foyer depan tempat ambik breakfast tadi. He heh...jgn mare, penat la katakan.

Saturday, January 17, 2009

Hasil Tuaian

Lot depan rumah saya yang masih belum berpenghuni itu, saya jadikan sebagai kebun tanaman serai, betik, pisang dan tebu. Dulu ada juga terung, bendi dan lada. Tanah ni kalau dibiarkan akan diserang semak samun dan ditawan rumpai liar yang menjalar. Itulah cabarannya. Kalau dah ada kit penyembur racun berpam tu senang la sikit. Boleh la di racun secara menyeluruh rumpai perosak itu, untuk memberi ruang kepada tanaman tumbuh subur. Baru la nampak pro sikit. Anyway dalam keadaan yang kurang terurus itu pun tanaman serai dan tebu saya masih bertahan. Secara berkala dapatlah di tuai hasilnya.

Inilah saya paparkan hasil tuaian pagi ini. He he.....nak makan tak habis. Jadi hasil tuaian tu di jual kepada En Rosli pemilik kedai runcit basah di Jln Kenari. Sambil membeli bahan mentah kat kedai tu seperti ayam & ikan, maka di tolaklah pulak hasil tuaian tadi. Ala2 sistem "butter" gitu. En Rosli memang mengekalkan konsep bahan2 mentah yang fresh saja untuk di jual di kedainya. Katanya dengan cara itu pelanggan2nya kekal berurusan untuk jangka masa panjang. Serai, pegaga, kantan, kesom, dan cekor adalah antara hasil tuaian kami yang sentiasa diterima dengan tangan terbuka oleh beliau.

Pagi ni saya bawak 100 btg serai (rm6), 1kg pegaga (rm7) dan 5 kuntum bunga kantan (rm2.50), jadi total hasil tuaian saya dan isteri pagi ni jeng je jeng ialah rm15.50.

Isteri beli ayam 2 ekor dan 1kg ikan selar berjumlah rm35. Jadi kena top-up RM19.50, kira ok la tu. Itulah antara keseronokan mendapat hasil dari usaha yang sedikit berbakti pada tanah. "ok En Rosli 2 minggu lagi, insyaAllah kita bawak lagi" pesan isteri saya sebelum kami meninggalkan kedainya.

Thursday, January 15, 2009

Rumah di Lereng Bukit

Aku sekeluarga menduduki rumah ini semenjak penghujung tahun 2002 dan ku terokai tanah berbatu laman nya dengan galian lubang demi lubang bertemankan cangkul besi. Di sini ku semai anak pokok buah2an seperti mangga harum manis, rambutan anak sekolah, rambutan gula batu, belimbing besi, cermai siam, longan ping pong, duku langsat, pisang tanduk, pisang berangan, pisang emas, cempedak nangka, kedongdong, tebu kuning, betik tropika, limau nipis, lemon madu, limau kasturi, gajus, kelapa pandan, kelapa gading & manggis.


Ku selang-seli bajai dgn baja organik, baja kimia hijau & merah dan menyiram secara berkala maka dapatlah dilihat tumbesaran nya dari setinggi 1 kaki hingga kini ke puluhan kaki dan sudah beberapa musim berbuah. Laman berumput itu pula ku lapisi dgn 2 lori besar 'top soil' dan ku tanam 'pearl grass' yg tidak perlu ku mesin lebih 3 tahun, namun ia akhirnya di jajah oleh 'cow grass' yg nampaknya mencacak tumbuhnya dan perlu ku mesin hampir setiap bulan.

Hari2 minggu & cuti umum sebahagiannya ku isi bersama isteri yg sama2 meminati gardening 'to develop' laman ini. Isteri pula semenjak zaman rumah sewa 18 tahun dulu lagi meminati tanaman okid, bunga kertas, kaktus, dan ulam2an. Jadinya koleksi ini berkembang biak. Ulam2an yg ada termasuklah bunga kantan, cekor manis, lengkuas, daun kesom & pegaga. Belajar dari pengalaman maka isteriku telah berjaya menjadi individu yg berseni dalam jagaan tanamannya. Alhamdulillah taman ini sudah 'matured' dan 'settle down'. Bersyukur kepada Illahi atas ketenangan dan kenikmatan ini.

Tuesday, January 13, 2009

Anak Sekolah


Saya ada tanam 2 pokok rambutan "anak sekolah" di laman rumah. Time berbuah memang seronok. Dah 3 musim berbuah. Manis dan rangup. Anak pokok rambutan ni asalnya saya beli di nurseri kat Tg Malim. Benih kawin siam, jadi cepat le dapat hasilnya. Ada satu pokok lagi jenis rambutan "gula batu", namun setakat hari ni masih belum menghasilkan buah, slow bebenor.

Anyway kawasan rumah saya ni sebenarnya tanah nya berbatu. Jadi cara menanam yang saya amalkan ialah gali tanah tu bersaiz 2' x 2' x 2' isipadunya. Keluarkan batu-batan yang kelihatan, hinggalah air dapat mengalir ke bawah dan tidak bertakung, ini penting. Akar yang terendam dalam air memang tak sihat, dan boleh membawa maut kepada pokok yang di tanam. Ok dah siap gali lubang, maka eloknya di bubuh secukup rasa baja organik tahi ayam atau tahi lembu kering dan seumpamanya. Di selang seli dengan tanah elok, yang beli kat nurseri RM1.50 sekampit tu kira alrite le kan. Atau top-soil atau baja bakar, yang penting tanah subur yang berkhasiat.

Sekarang ambik lah anak pokok tadi. Keluarkan elok2 dari poly bag. Jangan bagi terusik struktur akarnya. Kalau payah nak keluarkan dari poly bag, maka guna pisau la ye untuk potong terus poly bag itu, senang cerita. Letakkan anak pokok tadi kat tengah2, sedang elok paras tanah atasnya dengan paras tanah asal iaitu permukaan lubang tadi. Kalau tak cukup tanah lagi maka sila top-up. Ok done. Siram air secukup rasa biar segar dan mampat kan tanah tu sikit. InsyaAllah kalau ada rezeki tumbuh le tu.
Kalau rajin setiap 2 minggu taruk la baja tahi ayam sikit. Atau baja bijik hijau (jenis 15.15.15). Tapi jangan banyak nanti mampus pula. Satu lagi petua ialah kalau orang umah basuh beras, airnya jangan dibuang tapi taruk dalam bekas. Kemudian gunakan untuk siram kat pokok tadi. And last but not least ialah air basuh ikan (termasuk le perut2 ikan) tu jugak boleh diguna untuk di siram buat baja, tapi in smaller dose sebab heavy bahan kimia nya. Kalau diperam beberapa hari, air ikan tadi lagi kauw. Bahagi2 kan dose tu biar banyak pokok dapat merasa. Kalau time kemarau tu rajin2 le siram pokok dengan air. Itulah antara petua yang dapat dikongsi bersama.

Pokok rambutan ni batangnya agak keras jadi anai2 tak minat. Berbeza dengan pokok mangga. Untuk pengetahuan, dua batang pokok mangga saya yang sudah matang dan berbuah terpaksa saya tebang kerana mampus di serang anai2. Nanti saya cerita kisah sedih ini dalam posting yang lain pula. In the mean time, nikmati lah buah rambutan "anak sekolah" saya ...he he jangan mare.

Sunday, January 11, 2009

Tebu Kuning


Tebu kuning ni memang manis airnya. Kalau nak bagi sederhana manisnya kenalah tambah air. Saya cadangkan dengan ratio 3:1 iaitu kalau satu jag tu di bahagi kepada 4 bahagian maka 3 bahagian air tebu & 1 bahagian air kosong. Ye lah terlalu manis pun bahaya pula untuk kesihatan. Tambah ais sikit...fuuuh memang best. Kulit tebu kuning ni pun agak lembut jika nak dibandingkan dengan tebu kulit hitam. Asalnya jiran saya Hj Munir bagi benih iaitu bahagian pucuk tebu. Saya cucuk kat tanah depan rumah. Alhamdulillah membiak dengan subur. Dua minggu sekali saya buangkan kelopak2 yang dah tua, jadi tebu tu mudah mengeluarkan ruas baru.

Setiap kali saya nak pergi upah mesin saya cantas 5 ke 6 batang. Buangkan kulit dalam 75% gitu. Bila dah mesin dapat le penuh bekas air coleman biru tu. Upahnya RM4. Untuk bagi tahan lama saya mintak anak masukkan dalam plastik, ikat kuat2 dan simpan dalam freezer. Dapat le 5 pek. Bila nak menikmati air tebu tu keluarkan satu pek dan masukkan dalam jag. Untuk cair sendiri kena ambik masa sikit. Kalau nak cepat masukkan dalam microwave. Bahagian pucuk tebu jangan dibuang. Sandarkan di lopak2 yang lembab atau tepi parit, biar keluar akar. Lepas tu cucuk kat tanah...hah tumbuh la ia. Senangkan. Itulah caranya untuk membiakkannya dari satu rumpun ke satu rumpun. Kalau nak bagi subur rajin2 lah bubuh baja. Lama2 tak terabis nak makan. Siap boleh bahagi2 kan kepada jiran sekeliling. Maka betullah kata orang tua2, tak rugi berbudi pada tanah ni.

Saturday, January 10, 2009

Mesin Rumput



Hari ni mesin rumput day. Tadi buang daun2 kering, batang pisang yg ditebang tempoh hari, rumput2 liar, daun pisang, dan pelepah kelapa gading kat depan tu. Kira clear la sikit sebelum saya mula mesin rumput. Cuaca yang redup memang sesuai sangat le cuma kena make sure rumput tak basah takut rosak mesin rumput tu pulak. Rasa puas betul setelah selesai semuanya.

Laman yang kemas dan hijau sedap mata memandang. Sebelum simpan balik mesin rumput dalam stor, kena la bersihkan dulu roda2 nya, celah2 dan tepi2 dari segala sisa rumput dan tanah. Tunggu kering betul baru masukkan dalam stor. Selalunya paling lama pun 3 minggu lagi kena la mesin balik. Barulah terjaga dan kemas laman ini. Dulunya untuk potong dan trim apa yang patut ni diupah RM60 setiap kali. Tapi setelah dibeli mesin rumput ini dapatlah jimat upah tu. Masuk kali ni dah 5 x mesin sendiri, maknanya dah RM300 jumlah upah yang dapat dielakkan. Kalau dah guna 11 kali lagi balik modal la dengan harga beli mesin rumput yang dibeli dua bulan lepas ini.

Salam Perkenalan

Semua orang ada hobi. Berkebun merupakan hobi saya sejak dulu. Di rumah sewa saya kat Taman Koperasi Polis dulu, walaupun tanah sekangkang kera saya sempat tanam nangka, pisang dan mangga epal. Mangga epal tu manis2 buahnya. Mula berbuah setelah saya berpindah setahun lepas itu. Takpa la orang lain dapat hasil, kira niat sedekah.

Kat rumah saya di Hulu Selangor dulunya saya tanam buah mata kucing, mangga epal, pisang, betik, mangga harum madu dan serai. Saya sempat merasa hasilnya sepanjang 4 tahun di sana. Sama juga kini penyewa rumah saya pula terus dapat merasa hasilnya. Niat sedekah, insyaAllah. Serai pula sempat di jual borong kat kedai runcit lagi. Tanaman serai berkembang mulai dari satu batang jadi satu rumpun. Kemudian berkembang jadi 100 rumpun. Gemok2 pulak tu. Setiap 2 minggu sekali dapat jual 200 batang bernilai RM12. Jadi le ye dak. Bila dah pindah ke mari (Impiana Iman) pada bulan Nov tahun 2002, saya teruskan hobi dalam berkebun ni...hehehe...

Blog "Keringat" ni sebenarnya di create pagi tadi oleh isteri saya sebagai suprise memandangkan saya selalu dok kacau blog Impiana Iman (dedicated for seni laman DIY di rumah kami Impiana Iman) dengan posting berkaitan kegiatan berkebun saya. Jadi blog ini adalah spin-off dari blog saya sendiri School Of Tots (various topics) dikhaskan untuk posting yang bersangkutan dengan kegiatan berkebun saya dan isteri. Anak2 tak minat berkebun. Ok enjoy....

I Green The Earth !!

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...