Sunday, January 11, 2009

Tebu Kuning


Tebu kuning ni memang manis airnya. Kalau nak bagi sederhana manisnya kenalah tambah air. Saya cadangkan dengan ratio 3:1 iaitu kalau satu jag tu di bahagi kepada 4 bahagian maka 3 bahagian air tebu & 1 bahagian air kosong. Ye lah terlalu manis pun bahaya pula untuk kesihatan. Tambah ais sikit...fuuuh memang best. Kulit tebu kuning ni pun agak lembut jika nak dibandingkan dengan tebu kulit hitam. Asalnya jiran saya Hj Munir bagi benih iaitu bahagian pucuk tebu. Saya cucuk kat tanah depan rumah. Alhamdulillah membiak dengan subur. Dua minggu sekali saya buangkan kelopak2 yang dah tua, jadi tebu tu mudah mengeluarkan ruas baru.

Setiap kali saya nak pergi upah mesin saya cantas 5 ke 6 batang. Buangkan kulit dalam 75% gitu. Bila dah mesin dapat le penuh bekas air coleman biru tu. Upahnya RM4. Untuk bagi tahan lama saya mintak anak masukkan dalam plastik, ikat kuat2 dan simpan dalam freezer. Dapat le 5 pek. Bila nak menikmati air tebu tu keluarkan satu pek dan masukkan dalam jag. Untuk cair sendiri kena ambik masa sikit. Kalau nak cepat masukkan dalam microwave. Bahagian pucuk tebu jangan dibuang. Sandarkan di lopak2 yang lembab atau tepi parit, biar keluar akar. Lepas tu cucuk kat tanah...hah tumbuh la ia. Senangkan. Itulah caranya untuk membiakkannya dari satu rumpun ke satu rumpun. Kalau nak bagi subur rajin2 lah bubuh baja. Lama2 tak terabis nak makan. Siap boleh bahagi2 kan kepada jiran sekeliling. Maka betullah kata orang tua2, tak rugi berbudi pada tanah ni.

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...