Tuesday, October 12, 2021

DIY LAMAN

Saya dan isteri maintain dan urus laman kami secara do it yourself (DIY). Memang penat, namun pabila lihat hasilnya yg kemas, bersih, dan berseri maka timbul indah di hati dan gumbira rasa.

Semenjak kami mulai pindah ke rumah ini sekitar akhir tahun 2002 hingga kini 2021, iaitu sudah masuk 19 tahun perjalanan itu. Begitulah yg kami amalkan iaitu DIY. Mungkin kurang drp 10x sahaja yg kami mengupah orang. 

Jika 18 tahun x 12 bulan bersamaan 216x kalau di maintain sekali sebulan. Jika upahnya rm100 per sesi, maka jumlah jika diupah org utk merapi laman kami ini ialah kira2 rm21,600. Wow !!  banyaknya. Dapat beli axia sebijik. Modal kami sekadar tulang 4 kerat, keringat, tenaga, baja, dan dua bijik mesin rumput setakat ini berharga rm1,900 sahaja. So jimat rm19,700 kot. Banyak tu. Alhamdulillah kerana diberi kesedaran dan kekuatan untuk DIY sejak dari dulu lagi. 

Yang seronok lagi ialah seni laman yg saya dan isteri implemen. Ramai sahabat2 dan fren di FB yg memberi pujian. Ini kira skil kami la kan. Tak semua orang diberi citarasa dan skil sebegini. Ada orang just suka susun atur umpama di sebuah nurseri, siap rak bagai. Kami bukan begitu. 

Kami pelbagaikan sudut, imej dan konsep yg tersendiri, pilihan pasu, spesis pokok bunga kertas, orkid, keladi, ulaman, dan dedaun yg tersendiri. Begitu juga adunan pokok kelapa, mangga, pisang, kantan, ciku, limai kasturi, serai, nenas, ubi kayu, rambutan, dsb. Tidak berserabut. Masih kelihatan lapang dan terurus. 

Dulu bila stamina masih kuat saya pernah teroka tanah2 kosong utk berkebun kecil-kecilan. Kini kalau dapat mesin rumput sekali sebulan, potong pelepah pisang, buang pelepah klapa, daun2 kering, dan batang tua pokok2 kantan dah rasa puas. Apapun yg penting sedap mata memandang dan senang rasa hati.

@@@







 

Sunday, August 29, 2021

IMPIANA IMAN


Selamat menyambut Hari Merdeka yg ke-64. Kurang aktif saya update blog Keringat ini. Saya banyak menumpu kpd dua blog saya yg lain iaitu blog Politikus & blog SchoolOfTots. 

Apa pun tujuan asal blog Keringat ialah utk mengabdikan perihal pengurusan laman rumah kami Impiana Iman yg memang kami ushakan sendiri DIY semenjak mula berpindah ke sini pada penghujung tahun 2002, sudah 18 tahun lebih dahulu.

Tanpa blog ini dgn sgala coretan  posting dan gambar2, sukar utk kami rekodkan perjalanan dan perubahan yg berlaku. Sebagai contoh, dulu ada pokok mangga epal subur berbuah, kemudian diserang anai2 terpaksa di tebang. Saya ganti pokok cempedak, juga berbuah lebat, kemudian hidup segan mati tak mau, terpaksa juga di tebang. Kini saya tanam pokok durian belanda di tapak yg sama. Jadi kronologi bisa hilang begitu saja tanpa blog ini, hari ini dlm sejarah tidak ada untuk diimbas kembali.

Berikut saya paparkam beberapa keping gambar di laman Impiana Iman yg saya snap menggunakan Samsung S10 pada pagi tadi buat tatapan anak cucu, waris waros, dan kenalan semua. Jazakallah

#LamanYangBerseri



















TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...