Saturday, August 15, 2020

LAMAN MERDEKA

 










Hari ini 15 Ogos 2020. Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan negara. Pagi ini saya spend masa untuk mesin rumput. Laman pun kelihatan bersih dan berseri. 

Di gate saya telah gantung jalur gemilang sejak bebarapa hari lalu. Kiranya sebagai sumbangan saya dlm meraikan bulan kemerdekaan negara. Itu juga yg saya buat pada  tahun lepas. Jalur gemilang terus berada di situ sepanjang tahun  sehingga mereput dek panas & hujan. Bukan apa, sekadar nak create & raikan suasana. Merdeka itu satu peristiwa yg besar. Wajar diraikan oleh semua anak bangsa, warga negara tercinta. 

Saya sudah berjalan ke banyak negara. Namun Malaysia tetap unik dan tidak boleh ditukar ganti. I belong here. Ini negara saya. Laman rumah yg indah ini kurniaan Allah untuk saya dan keluarga. Rumah freehold ini adalah rumah saya. Di sinilah anak2 dan cucu cicit saya akan berkumpul dan berhimpun sebagai satu keluarga besar. Ini lah rumah pusaka untuk kamu semua. Jagalah dan rapikan ia dgn penuh perasaan dan kasih sayang. Rumah kediaman rasmi Hisham AR ini bersama lamannya aku namakan Impiana Iman. Selagi upaya, aku akan terus maintain laman ini sendiri. Aku syukur atas segala kurniaan ini, ya Allah.

@@@

Thursday, August 13, 2020

WARKAH


Aslmlkm anakanda.

Mesej papa ni panjang sikit. Anakanda baca dgn relax & hadam sampai habis ya..

Bykkan syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan kpd anakanda setakat ini, business yg berjaya, keluarga yg elok, rumah & kereta yg selesa.

Jgn pula jadi istidraj.

Tanda syukur kpd Allah ialah kita jaga hubungan dgn Allah. Kembalikan segala pujian kpd Allah. Segalanya milik Allah. Dia boleh tarik bila2 masa. 

Tanda syukur kpd Allah, ialah lagi byk nikmat dan rezki yg anakanda dapat, maka makin meningkat anakanda buat amal soleh, lagi byk perkara kebaikan dan kebajikan yg anakanda lakukan. Maknanya makin taat dan patuh kpd pemberi nikmat iaitu Allah SWT. Lebih melakukan segala suruhan Nya & lebih menjauhkan diri drp segala larangan Nya. Jelas tak? Maksudnya anakanda akn jadi hamba yg lebih ber taqwa. Insya-Allah.

Papa perhatikan anakanda kurang jaga soal solat. Anakanda juga tak jaga soal solat isteri. Sedangkan solat fardhu ini paling utama. Jika gagal ibadah solat, maka amal soleh yg lain jadi sia-sia di hadapan Allah.

(1) Betulkan dulu hal solat ini. Sepatutnya dah tak timbul masalah tertinggal solat, tak solat, atau subuh gajah.
(2) Keduanya, papa tengok anakanda tak duduk di majlis2 ilmu.
(3) Kerana anakanda tak make a point pi solat berjemaah di masjid,
(4) sekurang2nya maghrib & isyak.
(5) Rehat sebentar di masjid, sambil dgr ustaz dok mengajar, baru bertambah ilmu agama.
(6) kena ada masa berpisah sekejap drp keluarga dan berada di rumah Allah, kerana dah 24jam dgn isteri & anak. Kena ada masa bersendiri dgn Allah, lari drp hiruk pikuk dunia, keluarga, atau kerja.
(7) dan kalau anakanda nak jadi org hebat dan berjaya bukan sekadar di dunia, anakanda azam untuk bangun pagi pk 5:30, solat tahjud dua rakaat, solat witir satu rakaat, doa mohon keampunan Allah, mohon bantuan & hidayah Allah dlm semua hal. Curahkan isi hati kpd Allah, kalau boleh sampai keluar air mata. Dia penyelesai segala masalah, pengampun segala dosa, & pemberi segala nikmat.  Insya-Allah jiwa anakanda akan tenang.
(8) kemudian pergilah ke surau @masjid berdekatan. Niat iktiqaf. Solat sunat subuh dua rakaat itu lebih baik drp dunia & seisinya.
(9) kemudian dirikan solat subuh berjemaah.
(10) dan balik ke rumah dgn segar, kalau boleh jgn tidur balik, ngaji Quran sikit. Gunakan masa ini utk buat mcm2 benda, utk berfikir, utk planning hal keluarga, hal business. Semua businessman yg berjaya, amalkan bangun awal pagi, mengundang rezki Allah yg melimpah ruah.
(11) dan last sekali, papa rasa dah sampai masa anakanda quit smoking once and for all. Satu, ia bahayakan kesihatan anakanda. Keduanya, ia membahayakan kesihatan isteri, anak  & baby yg bakal lahir. Cukuplah 12 tahun anakanda tunduk kpd nafsu rokok. Atau terpaksa cari pot utk hisap rokok. Bangkitlah anakanda utk jadi manusia yg lebih baik. Jadi suami, anak, bapa yg lebih hebat, utk menjadi idola & contoh. Papa cabar anakanda utk kalahkan nafsu rokok ini.

Anakanda simpanlah mesej papa ini somewhere. Jangan delete.

Bak kata Albert Einstein, "The measure of intelligence is the ability to change."

Jadikan ia nasihat ikhlas papa utk anakanda. Anakanda ulang2 lah baca bila ready atau berkelapangan.

Juga rajin2 lah baca segala tulisan @ posting papa samada drp buku2 papa, blog2 papa, dan posting2 di FB, IG, & WA grup. Semoga ada manfaat, & dapat memberi inspirasi kpd anakanda mengenali papa dgn lebih baik. Terutamanya bila papa tiada lagi. Tulisan2 ini adalah antara pusaka papa. Smoga ada nilaian di sisi Allah sebagai ilmu bermanfaat yg menjadi saham akhirat papa.

Baki usia papa makin berkurang. Papa doakan anakanda menjadi seorang yg bijaksana. Bukan sekadar mengejar harta dunia, tetapi yg lebih utama berusha gigih setiap hari utk dapat menyediakan diri mencari bekal amal soleh ke akhirat yg kekal, utk diri & keluarga.

Istiqamah dlm bersedeqah setiap hari. Allah akn balas 10x ganda sedeqah anakanda itu. Insya-Allah.

Jgn ada sifat bakhil @ kedekut dlm diri, terutama dgn ahli keluarga & waris warah sendiri.

Papa doakan agar Allah pandu anakanda ke jalan yg benar, menuju redho Nya dan melayakkan anakanda berada di syurga Allah. Doakan semua kita akan berjumpa dan bersatu semula di syurga nanti. Aamiin.

Coretan papa utk anakanda.

Hisham AR
22 zulhijjah 1441H
12 ogos 2020.

Friday, June 12, 2020

LAMAN YANG INDAH









Saya dan isteri maintain laman rumah kami ini dengan tulang empat kerat dan keringat kami. Seingat kami hanya beberapa kali saja upah orang potong rumput. Selebihnya kami usha sendiri. Akhir tahun 2002, kami buang batu apa yg patut, dan beli top soil satu lori, ratakan dan tanam rumput. Seterusnya beli benih pokok2 buah di nursery sg buloh dan juga nurseri di area hulu bernam. Saya tanam pokok rambutan anak sekolah, pokok klapa gading, klapa pandan, mangga, pokok pisang, nangka madu, tebu, pandan, kantan. Manakala isteri pulak groom pokok2 bunga, okid, dan tanaman  hiasan. Menjadi kepuasan melihat pokok2 tanaman grow & matured over the years.

@@@

Tuesday, April 7, 2020

STAY HOME

Stay home. What to do? Selepas sarapan, keluar ke laman rumah. Appreciate keindahan laman.

Sudah beberapa hari yg lepas, saya dan isteri dok merapi laman rumah. Semak2 dan tumbuhan, pasu2, tanaman hiasan di bersihkan, dibuang apa yg patut, di trim dan yg sewaktu dgnnya. Penuh 11 bag plastik hitam bersaiz besar, saya pi buang di container sampah.

So hari ni, saja nak capture gambar2 kat laman untuk diabadikan dlm posting kali ini.

#StayHome
#RelaxKatLaman
















































TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...