Tuesday, September 22, 2009

Raja Longan




Sempena Raya ni, Raja Longan kami menunjukkan taringnya. Berbuah tidak lebat tapi cukup untuk memapamerkan potensi dalaman. Maklumlah spesis Longan Ping Pong. Mengikut lagenda baka sebenarnya ialah membesar hingga ke saiz bola ping pong. NikMat bin NikLeh betul bila memetik dengan jari sendiri dan membelah kulit mudanya dengan gigi kapak di pagi raya kedua. Seterusnya merasakan kemanisan melampau isinya....adus. Kebetulan kawan datang ziarah raya tengahari tu...terus saya petik sebijik buat anakanda bongsunya sebagai penawar.

Friday, September 18, 2009

Rumah Okid Baru





Sempena Hari Raya biasanya orang tukar langsir baru, sofa baru, dsb tapi kami tukar rumah okid baru. Sebenarnya kerana terpaksa. Rumah okid lama yang berbakti kepada kami selama 7 tahun telah rebah menyembah bumi kerana reput di telan usia. Maklumlah dibuat dari kayu biasa bukan kayu cengal tua seperti pergola kami tu. Cuma enam tiang batu yang menyokong bumbung kayu rumah okid itu je yang masih bertahan dan masih boleh diguna khidmatnya.

Setelah berfikir hampir sebulan tentang design baru rumah okid ini maka di minggu ketiga ramadhan hari tu kami membuat keputusan mutlak untuk membuat design 'iron rod' pulak. Supaya lebih tahan kepada dedahan cuaca panas dan hujan itu. Kami anggarkan mungkin ia boleh bertahan hingga sepuluh tahun sebelum di makan karat dan turut menyembah bumi.

Jadi pada hari rabu minggu lepas tempahan kami siap di pasang. Hmmm....agak menarik dan unik. Tukang yang memasang yang bernama Alex itu pun mengaku ini adalah first time dia membuat rumah okid. Isteri saya terpaksa memantau pemasangan 'netting double layer' bagi memastikan kekemasan finishing nya.

Dan minggu ini barulah isteri saya siap memindahkan okid2 dan sekali lagi menyerlahkan kretivitinya untuk menyusun atur puluhan orkid kami ke rumah barunya. Tidak terlalu padat supaya ada laluan lapang untuk rasa 'inviting' untuk di lalui di bawahnya.

Kami paparkan beberapa snapshot untuk memberi gambaran sebenar rumah okid baru ini...

Thursday, September 3, 2009

FZ Homemade Cookies


Memerah keringat menjayakan projek FZ Homemade Cookies sudah bermula semenjak pertengahan syaaban lagi. Inilah bisnes musim raya isteri tercinta semenjak 10 tahun yang lalu. Pelanggan kami kebanyakannya merupakan 'repeat customers' yang memang serasi dengan produk kami. Mereka pula yang bertanya khabar bisnes on ke tak on...he he. Anyway pelanggan baru juga ada dari semasa ke semasa.

Isteri saya membuat segalanya as a 'one woman show'. Anak kami Amir ada juga membantu ketika balik hujung minggu. Saya pula sekadar buat marketing kat ofis dan menolong dari segi delivery. Sekali sekala membantu potong kertas pelapik, sticker dan salotape kan balang2 yang sudah di pek dengan cookies. Tempahan sudah di tutup semenjak hari kedua Ramadhan lagi. Target 400 pek sudah tercapai. Masih ramai yang ingin menempah tapi terpaksa di tolak, kerana takut tak sempat kecuali untuk penghantaran lepas raya.

Tahun ini ada pilihan empat produk iaitu Chip Sporty, Nestum Crispy, Oat Rings, dan Kek Coklat. Harga tahun lepas masih dikekalkan iaitu RM19 untuk cookies dan RM25 untuk kek, walaupun rata2 peningkatan kos yang ketara dan kesukaran mendapat bekalan gula. Semoga pelanggan kami happy dan puas hati dengan FZ Homemade Cookies.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...