Tuesday, September 8, 2026

NURSERI KERINGAT

Bermula bulan ogos iaitu kiranya satu bulan lalu saya mulakan satu projek, iaitu menyemai dan mengembang biak spesis terpilih. Pelbagai spesis tumbuhan, flora, dan fauna ada di laman rumah kami ini. Byk posting di blog Keringat ini saya kongsikan perihal hasil DIY dan keringat saya dan isteri mencantekkan seni laman kami. Jadi tiba masanya utk menyemai dan membiakkannya. Jika ada tetamu yg datang ke rumah maka tidak perlu kami ambik drp pokok2 yg ada di laman. Instead pokok2 yg saya semai ini boleh diberikan. Dan jika subur elok mungkin ini boleh dijadikan stok utk dipamer di pasar pagi atau event2 car boot sale. Dua tiga hari lepas saya bertanya kpd isteri apakah nama yg sesuai utk diberikan kpd so call nurseri saya ini? Isteri mencadangkan Nurseri Keringat. Teruja saya, itulah juga nama yg terlintas di kepala saya. Wave length kecintaan kami kpd seni laman, flora, dan fauna mungkin ada persamaan. Smoga Nurseri Keringat ini terus berkembang maju.

@@@


Tuesday, July 28, 2026

TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menarik krana di selitkan susunan batu2 sungai yg menyerlahkan susun atur agak unik.


Pelbagai spesis flaura dan fauna dpt dinikmati mata yg memandang segar dlm pasu2 yg klasik dan eksotik. Justru saya pahatkan di posting kali ini snapshot koleksi pokok2 hiasan dan pokok ulam-ulaman yg memenuhi laman sebelah kiri rumah kami ini. 


Terutamanya buat tatapan kami sekeluarga. Krana masa terus berlalu tanpa henti. Tumbuh-tumbuhan juga turut berubah. Seni susun atur laman juga berubah-ubah mengikut kesesuaian dan kesedapan mata memandang dari masa ke semasa. 


















































































Begitulah seni laman yg ingin saya kongsikan pagi ini. Smoga menyeri halwa mata yg memandang. Hebat ciptaan Allah utk sama2 kita renung dan fikir. Agar menguat aqidah kita semua akan keesaan dan kebesaran Allah. Kita ini tiada apa melainkan kesemuanya atas izin Nya dan kudrat dan iradat Nya. Sekian, terima kasih.


@@@

NURSERI KERINGAT

Bermula bulan ogos iaitu kiranya satu bulan lalu saya mulakan satu projek, iaitu menyemai dan mengembang biak spesis terpilih. Pelbagai spes...