Wednesday, November 26, 2014

Nangka Madu Manis



Alhamdulillah pokok nangka madu depan gate rumah saya yg tingginya sudah melepasi tali letrik TNB telah berbuah lagi. Saya kira ada 10 biji semuanya. Saya telah balut elok dgn kampit plastik atau cebisan guni beras sejak beberapa bulan lps.

Kini buah2nya sudah mula matang dan masak. Setakat ini sudah 5 biji telah di bedah siasat. Ada yg dpt d ambil isi sebhg sahaja kerana selebihnya buruk. Pada hari minggu lps dpt kami hadiah kpd rakan2 msj sebyk 6 pek.

Malam tadi saya ambik dua biji lagi. Satu d operate dan satu lagi saya peram. Petang nanti saya potong. Kat dahan pokok ada 3 biji lagi. Alhamdulillah.

Sunday, October 12, 2014

Pisang Awak


Pagi ini ada projek. Rebahkan pokok pisang Awak. Sesuatu yg mencabar. Kerana jenis spesis batang besar. Semalam saya lihat buahnya sudah mula menguning tanda masak. Agak lama masa yg di ambil untuk masak. Kurang lebih 4 bulan. Sesikat yg sudah kuning itu isteri saya akan goreng kejap lagi supaya anak yg nak balik asrama tu dpt rasa. Sebagai bonus kebetulan pisang emas kat tepi pagar juga sudah boleh di  tuai. Memang benar pesan orang tua. Tidak rugi berbudi pada tanah. Rezki Allah bagi.










Monday, July 21, 2014

Buah Cempedak Di Luar Pagar



Buah Cempedak di luar pagar yang saya tanam sejak beberapa tahun lalu akhirnya telah mula berbuah...yahoo. Saya sebnarnya dah give up kerana pokoknya besar elok tapi tunggu punya tunggu tak jugak keluar buah, hinggalah awal tahun ni mula berbunga dan berputik. Saya dan isteri excited bangat. Saya pun bungkus buah2 yang baru keluar tu dengan plastik. Banyak yang tak menjadi dan gugur. Namun ada enam bijik yang membesar elok. 

Dua minggu lepas buah yang pertama gugur tapi tak brapa menjadi, isinya macam keras. Minggu lepas saya dapati ada dua bijik di dahan bawah tu dah mengelurkan bau harum semerbak dan saya tengok tangkainya pun dah mengecut tanda buah dah masak. Jadi saya pun petik dan biarkan kat dapur beberapa hari. Tu dia bau cempedak semerbak, so anak saya pun belah sebijik. 


Alhamdulillah isinya sedap dan manis. Buah sulong yang dapat di rasa hasilnya. Malam tadi balik teraweh, isteri saya pun goreng. Fuyoo makan goreng cempedak kami anak beranak. Sedap dan memang best. Apatah lagi hasil tanaman sendiri, pokok cempedak di luar pagar laman depan rumah. Rezki di 10 terakhir Ramadan. Alhamdulillah atas nikmat Mu yang terbaru ini ya Allah kepada kami sekeluarga.


@@@

Tuesday, June 17, 2014

Beautiful Family Vacation

We spend three days and two nights recently for a nice family vacation at Ilham Resort, Port Dickson. Vacation is always good. Take a break from works and everything else in between. And spend quality time with my family. Watching sunset at Blue Lagoon beach is simply marvellous. Allah creation is so wonderful. Experiencing kampung nelayan at Kg Bukit Pelanduk on both rustic wooden jetty and contemporary concrete jetty is breathtaking. Beautiful beach at Pantai Sri Purnama. Jungle tracking at Tg Tuan, climbing Menara Ilham and last but not least enjoying ABC and leecheeekang at crowded pantai Teluk Kemang. Holiday is always good. 





Musafir Anak Muda Merentas Benua


MUSAFIR ANAK MUDA MERENTAS BENUA

Kembara Musafir Anak Muda

Merentas Laut dan Benua
Mencari Ilmu Penuhi Dada
Menimba Pengalaman Berguna
Managih Rezeki Si Pengembara
Merencah Hidupan Dewasa

Kembara Musafir Anak Muda

Bukan Duduk Tanpa Usaha
Watak Wawasan Bijaksana
Reti Mencari Bukan Meminta
Tahu Apa Yang Mahu Di Damba
Mematah Layu Dengan Bisa
Menongkah Arus Dengan Perkasa

Kembara Musafir Anak Muda

Jauh Berjalan Luaskan Minda
Beribu Batu Di Seberang Sana
Tidak Melayu Hilang Di Dunia
Selagi Bicara Bahasa Agama
Mengikat Diri Aqidah Waja
Ayuh Sang Anak Muda

Kembara Mu Biar Bermakna

Renung Pada Indah Panorama
Kerana Di Sana Ciptaan Yang Esa
Pemilik Segala Alam Dunia
Pengatur Gerak Cakerawala

Renung Pada Diri Mu Anak Muda

Kau Harapan Bangsa Dan Keluarga
Pencetus Ummah Daripada Leka
Seolah Dunia Dia Yang Punya
Lupa Bahawa Allah Milik Segala

Musafir Mu Anak Muda

Mengajak Fikir Dan Faham Agama
Menuju Redha Ke Pintu Syurga
Ayuh Kembara Mu Biar Bermakna
Bukan Sekadar Suka Gembira
Tanpa Ada Makna Apa Apa
Itu Sia Sia Belaka Jadi Nya

Kembara Musafir Anak Muda

Membuah Syukur Ayah Dan Bonda
Semoga Ada Ruh Pencetus Rasa
Iman Yang Sahih Pertama
Amal Yang Soleh Kedua

Doa Kami Kamu Berjaya

Pengembara Yang Tahu Makna
Anak Muda Yang Faham Agama
Bergerak Yakin Membelah Dunia

SOT

15jun2014


@@@

Monday, May 12, 2014

Lamb Blackpepper Steak

Alhamdulillah saya dan isteri lunch homemade Lamb Black Pepper Steak sudah dua hari berturut-turut. Kos RM35. About RM8 per meal per person.  Sedap dan lazat. Rasanya lagi jimat dari pi makan kat luar. Anyway kami modify la sikit, nak bagi kenyang. Instead of makan with wedges, coleslaw & whip potatoes, my wife masak nasi puteh. Suprisingly sedap la pulak bila makan Lamb Blackpepper Steak ni dengan nasi panas2. Sidekick daun salad (lettuce). Nak2 time musim hujan di tengahari, memang best dan jeligho (ekspresi org kelate). 

Nak tahu resipi nya?

  1. Pergi AEON Rawang (or any other AEON) 
  2. Buy marinate Lamb yang size kecil2 tu (not the big Lamb Chop cutting) - harga RM29/kg
  3. Panaskan pan@kuali dan masuk sedikit majerin
  4. Then masukkan ketulan Lamb Blackpepper Steak tadi
  5. Panggang atas pan tu sehingga kering airnya
  6. Balik2kan, rasanya dlm 20 min dah masak 
  7. Hidangkan dalam pinggan untuk citarasa nikmat daging kambing sebenar
  8. Tambah dan makan bersama nasi panas...lagi dan lagi sehingga sendawa 3x
  9. Alhamdulillah
@@@



Sunday, May 11, 2014

Laman Best

Hari ini buat mantainance laman. Saya mesin rumput. Isteri trim pokok dan cabut rumput liar. Penuh la jugak satu kreta tolak bahan buangan. Kami suka maintain sendiri. Dapat jimat. Kalau upah org mau kena RM100 per sesi. Memang la penat tapi seronok melihat tmn yg bersih dan indah. Tambahan pula ia sebagai riadah kami untuk keluarkan keringat. TQ Allah utk nikmat yg tak ternilai ini.





Sunday, April 13, 2014

Lamb Chop Cara Mudah




Alhamdulillah hari ini saya sekeluarga lunch homemade kombinasi lamb chop dan chicken chop hasil kretiviti dan skil memasak isteri tercinta. Resepi chicken chop boleh dirujuk ke blog FZ Menu yg kini sudah dikunjungi oleh 78,762 pengunjung utk posting resepi chicken chop sahaja. Ia menjadi posting terlajak popular daripada 186 resepi yang dikongsikan. 

Keseluruhan page view untuk FZ Menu sekarang sudah mencapai 952,358 visitors iaitu sudah dekat satu juta pengunjung. Wow...saya pun naik heran bin ajaib. Purata pengunjung ialah 850 orang sehari (meningkat 1,000 sehari di bulan Ramadan). 

Blog FZ Menu ialah wadah isteri saya untuk berkongsi ilmu memasak dan aneka resepi. Blog FZ Menu menemui pembaca di alam siber ini bermula semenjak 10/6/2009. Alhamdulillah. Semoga ia menjadi ilmu bermanfaat peninggalan isteri tercinta buat umat ini yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Dalam posting ini sesuai dengan tajuk yang tertera di atas, saya ingin kongsikan resepi homemade Lamb Chop bagi manfaat kita semua..

1. Daging Kambing (Lamb)


  • Sediakan 7 keping daging kambing. Boleh di beli di Hypermarket berdekatan. Basuh sampai bersih. Tos sampai sejat airnya. Lumurkan dengan sedikit garam. Perap seketika (1-2 jam). Sediakan tepung gandum digaul dengan lada hitam yang ditumbuk. Celup dan balik2kan daging kambing dalam tepung lalu digoreng dalam minyak yang penuh dengan api dapur sederhana. Bila sudah separa garing, boleh tos dan angkat. Masukkan dalam bekas berlapik kertas tisu untuk sejatkan minyaknya. 


2. Penyediaan Sos


  • Tumbuk bawang puteh dan halia. Tumiskan. Masukkan lada hitam yang ditumbuk diikuti dengan air masak. Kemudian tambahkan sos tomato serta sedikit kicap (fungsi kicap nak kasi kaler sos cantik supaya color nampak gelap sikit). Campurkan sedikit tepung gandum supaya sos jadi likat. Perasakan dengan garam dan gula.


3. Penyediaan Aksesori Hiasan


  • Kentang wedges - Goreng kentang kemudian gaulkan dengan sedikit margerin dan sos lada hitam
  • Cole Slaw
  • Whip Potato
  • Daun salad
  • Buah tomato
  • Sayur brocoli dicelur sekejap
  • Carrot -  ikut kreativiti masing2



Ok selamat mencuba, Anak lelaki saya yang sedang menuntut engineering di UIA itu pun dah terer buat, takkan Tuan2 atau Puan2 tak boleh try kot. Senang sahaja. Renung2kan dan selamat beramal.

Untuk resepi homemade yang lain jangan segan untuk klik blog fzmenu. Ada 151 resepi pilihan dari A to Z untuk di cuba. Masak dan usha sendiri lebih membawa berkat kepada keluarga tercinta.

@@@

Thursday, April 10, 2014

Aneka Bunga Kertas Di Laman

Wow.... meriah la pulak bunga kertas beraneka warna di laman ni. Mungkin cuaca panas kebelakangan ini yang di selangi dengan hujan renyai telah menyuburkan pokok2 bunga kertas yang isteri saya maintain sejak sekian lama. Rasanya tidak kurang daripada 20 species bunga kertas yang ada.

















Tapak Pejalan Kaki Refleksologi

Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan laman. Makanya pada hari minggu lepas tika berkunjung ke Sg Buloh isteri saya pun membeli 5 keping tapak simen berbatu refleksologi dari sebuah kedai kelengkapan nurseri yang memang kami sudah biasa berurusan. Kami memilih design dan bentuk batu yang sesuai supaya bila pijak nanti tidak tajam sangat. 

Setelah di susun di laman iaitu berdepan dengan area foyer bertentangan dengan buai kayu, maka saya pun mengambil cangkul 'cok betul' dan mula membuat petak sebagai tapak untuk di letak tapak pejalankaki tadi. Saya mebuat petak segi empat sama yang kedalamannya 1 inci saja, supaya tidak terlalu tenggelam dan di jalari rumput laman pula. Selepas setengah jam fokus maka wallaaa....satu hasil kerja yang boleh dibanggakan juga.









Baja Taik Ayam

Pada hari sabtu lepas saya dan isteri ke Sg Buloh dan singgah sat di nurseri sambil dok cari anak pokok bunga kertas untuk tambah koleksi, baja tahi ayam gred tinggi, tanah subur, dan item baru iaitu tapak pejalan kaki refleksologi...




TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...