Sunday, June 21, 2009

Pagi Sabtu Ku


"Pa ambik lengkuas sikit, mama nak masak gulai ikan kering tengahari ni", mohon isteri saya. Saya sebenarnya sakit kaki. Jadi malas nak berkebun pagi ni. Tapi tadi sempat le jenguk kebun depan umah tu. Kot kot buah betik yang bersusun tu ada yang dah masak. Rupanya belum lagi, tiada yang kuning melainkan hijau semuanya. Alang2 menyelok pekasam, maka saya pun clearkan daun2 tebu yang dah tua dan longgokkan kat tempat membakar. Satu hari akan kubakar jua supaya dapat baja bakar. Bukan saya tak tau yang si daun tebu tajam tepinya, bisa melukakan kulit. Namun terjadi jugak. Tiga irisan berlaku, dua di jari dan satu di dahi. Lain kali kena lebih berhati2. Berbalik kepada permintaan isteri saya tadi, saya pun mengambik 'cok betul' dan menggali lengkuas yang di tanam kat tepi pagar kanan rumah. Tak lah subur sangat tapi selalu le jugak merasa hasilnya. Diam2 lengkuas berisi la katakan he he.

Selepas tu sambil anakanda memesin rumput, saya dengan misi seterusnya. Apa dia? Memetik buah kelapa pandan. Dari pandangan mata ada dua tandan yang sudah agak matured. Tapi macamana nak tau sebab isinya dilindungi tempurung dan kulit kelapa? Jawabnya experimen. Ambik sebijik bagi setiap tandan. Belah baru tau. Maka hanya satu tandan yang sudah ok walaupun buahnya agak kecil jika dibanding dengan tandan yang satu lagi tu. So ambik 3 bijik lagi. Di cantas di tebuk lubang di keluarkan airnya ke dalam jag di belah di 'kokok' isinya dengan sudu. Masukkan gula dua sudu. Sejukkan dalam freezer. Sejam kemudian...jeng jeng air kelapa muda penuh nikmat sedap dan lazat !!

Tuesday, June 16, 2009

Betik dan Kedondong


Jadi buah betik sulong hasil production pokok betik kat tengah2 kebun saya tu selamat dipetik, di kupas kulit, di belah, di slice, dan siap letak dalam peti ais kejap bagi sejuk untuk dinikmati bersama. Pokok2 betik yang saya tanam ni adalah dari species yang special, bijik nya kalau ada pun sikit sangat. Isinya memang manis gile, pejal dan tidak lembik macam kebiasaan. Buahnya pulak sederhana saiznya.

Dalam intai2 suasana sekitar dalam cuaca redup pagi ni, mata terpaku pula kepada pokok kedondong yang jarang saya ambil peduli. Bukan apa ianya selalu di serang serangga dan ulat. Tapi Alhamdulillah daya ketahanannya masih kuat. Walaupun satu masa dulu pokoknya nampak macam nak kong tapi daun2 dan pucuk2 baru terus berputik. Saya pulak kadang tu mencurah 'air ikan' dan baja hijau serta baja bakar sebagai penjana kuasa. Jadi nak ceritanya pagi ni terkejut saya melihat beberapa rumpun buah kedondong yang sudah besar. Saya petik 3 bijik dari kelompok buah yang sudah matured. Saya kopek kulitnya. Iris kecik2 dan masukkan dalam mangkuk. Letak kicap dan sedikit gula. Fuuh...memang best.

Monday, June 15, 2009

Betik dan Pisang


Saya suka tengok2 tanaman saya kat kebun ni. Pokok betik kat tengah tu subur betul. Tingginya melepasi tembok rumah Mr Liew. Lebat buahnya. Buah yang saya paparkan ni merupakan buah sulong yang hampir masak. Buah yang lain, tak kurang dari 20 bijik tu masih hijau.


Pisang emas kat depan umah tu pulak mengeluarkan buah. Kalau tak silap ini kali kedua dari rumpunan pisang emas yang tumbuh kat depan sebelah kiri gate. Buahnya kecik2 je. Tak boleh nak goreng tapi sesuai untuk makan saja atau buat cikodok. Melihat hasil tanaman ni membawa kenikmatan dan keseronokan pula.

Saturday, June 13, 2009

Tanam Tebu




Pagi ni rasa nak clear tebu2 yg mengelawang tanpa arah tu. Ada le dalam 12 batang menjadi mangsa. Yang tinggal batang2 tebu yang tegak dan kuat. Barulah nampak ok sikit rumpun2 tebu tadi. Setelah di potong dan di risik kulitnya dapat sebaldi penuh, ready untuk di mesin. Ingat petang ni nak keluar pergi mesin kat tempat biasa. Bahagian pucuk dan batang yang tua saya potong pendek2 nak buat benih. Dapat lah dalam 20 kerat gitu. So saya pun guna 'cok betul' buat lubang sikit kat tepi tembok di kebun depan umah. Letak dua keratan pada setiap lubang dan kambus dengan baja bakar. Bila saya kira, dapat 13 lubang semuanya. Mission accomplished. Kebetulan pulak petang tadi hujan. InsyaAllah suburlah tanaman kat kebun ni, termasuklah tebu2 yang baru di tanam tu.

Saturday, June 6, 2009

Relax Kat Kebun









Sambil dok buat projek serai tu, saya buat housekeeping tanaman2 yang sedia ada. Seronok pula tengok betik lebat berbuah. Tebu pun masih bertahan. Pokok2 pisang kurang subur sikit. Tapi bila di rawat dan letak baja bakar tu hendaknya menjadi balik.

Tambah Serai


Sejak beberapa weekend ni, saya bersihkan kawasan semak kat kebun depan rumah sikit demi sikit. So far dah tiga round. Selesai bersihkan satu kawasan, maka saya pun buat lubang secara tersusun menggunakan cangkul besi 'cok betul' dan letakkan setengah sudu kecil baja biji hijau pada setiap lubang tadi. Kemudian saya ambik serumpun serai yang dah tua untuk buat benih. saya lerai-leraikan bersama akarnya untuk jadi benih induk. Saya potong daun serai bagi kontot menggunakan cutter. First round hari tu dapat tanam 40 lubang. Last weekend tambah 20 lubang lagi dan semalam expand lagi kawasan dan berjaya complete 40 lubang lagi. So total dah dapat 100 lubang yang akan berkembang menjadi 100 rumpun, insyaAllah.


Saya dok congak2 kalau setiap rumpun dapat produce 30 batang serai, maka 100 rumpun dapat le 3,000 batang serai. Kalau 100 batang harganya RM6 maka 3,000 batang serai tu dapat RM180 ye tak? Saya bercadang nak expand 100 rumpun lagi. Campur yang dah sedia ada dapatlah lebih kurang 300 rumpun. Kalau ok dapatlah 9,000 batang setiap 3 bulan iaitu RM540. Ok la tu, sebagai hobi.

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...