Sunday, June 21, 2009
Pagi Sabtu Ku
"Pa ambik lengkuas sikit, mama nak masak gulai ikan kering tengahari ni", mohon isteri saya. Saya sebenarnya sakit kaki. Jadi malas nak berkebun pagi ni. Tapi tadi sempat le jenguk kebun depan umah tu. Kot kot buah betik yang bersusun tu ada yang dah masak. Rupanya belum lagi, tiada yang kuning melainkan hijau semuanya. Alang2 menyelok pekasam, maka saya pun clearkan daun2 tebu yang dah tua dan longgokkan kat tempat membakar. Satu hari akan kubakar jua supaya dapat baja bakar. Bukan saya tak tau yang si daun tebu tajam tepinya, bisa melukakan kulit. Namun terjadi jugak. Tiga irisan berlaku, dua di jari dan satu di dahi. Lain kali kena lebih berhati2. Berbalik kepada permintaan isteri saya tadi, saya pun mengambik 'cok betul' dan menggali lengkuas yang di tanam kat tepi pagar kanan rumah. Tak lah subur sangat tapi selalu le jugak merasa hasilnya. Diam2 lengkuas berisi la katakan he he.
Selepas tu sambil anakanda memesin rumput, saya dengan misi seterusnya. Apa dia? Memetik buah kelapa pandan. Dari pandangan mata ada dua tandan yang sudah agak matured. Tapi macamana nak tau sebab isinya dilindungi tempurung dan kulit kelapa? Jawabnya experimen. Ambik sebijik bagi setiap tandan. Belah baru tau. Maka hanya satu tandan yang sudah ok walaupun buahnya agak kecil jika dibanding dengan tandan yang satu lagi tu. So ambik 3 bijik lagi. Di cantas di tebuk lubang di keluarkan airnya ke dalam jag di belah di 'kokok' isinya dengan sudu. Masukkan gula dua sudu. Sejukkan dalam freezer. Sejam kemudian...jeng jeng air kelapa muda penuh nikmat sedap dan lazat !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TRAVELOG UMRAH #2
Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
2 comments:
salam!
Tang 'cok betul' nak suko... lamo tak dengar.
Terima kasih abah aiman kerana sudi ziarah. Jangan jemu untuk ziarah lagi.
Cok betul saya ni banyak betul berjasa. Hidup menjadi mudah dengan cok betul. Bukan sebarang cok betul tapi cok betul besi dari hujung ke hujung, tiada yang besi melainkan besi waja belaka. Kalau yang ulu kayu mungkin akan patah jua akhirnya. Jadi untuk peminat cok betul semua silalah beli yang besi 100%.
Post a Comment