Sunday, August 29, 2021

IMPIANA IMAN


Selamat menyambut Hari Merdeka yg ke-64. Kurang aktif saya update blog Keringat ini. Saya banyak menumpu kpd dua blog saya yg lain iaitu blog Politikus & blog SchoolOfTots. 

Apa pun tujuan asal blog Keringat ialah utk mengabdikan perihal pengurusan laman rumah kami Impiana Iman yg memang kami ushakan sendiri DIY semenjak mula berpindah ke sini pada penghujung tahun 2002, sudah 18 tahun lebih dahulu.

Tanpa blog ini dgn sgala coretan  posting dan gambar2, sukar utk kami rekodkan perjalanan dan perubahan yg berlaku. Sebagai contoh, dulu ada pokok mangga epal subur berbuah, kemudian diserang anai2 terpaksa di tebang. Saya ganti pokok cempedak, juga berbuah lebat, kemudian hidup segan mati tak mau, terpaksa juga di tebang. Kini saya tanam pokok durian belanda di tapak yg sama. Jadi kronologi bisa hilang begitu saja tanpa blog ini, hari ini dlm sejarah tidak ada untuk diimbas kembali.

Berikut saya paparkam beberapa keping gambar di laman Impiana Iman yg saya snap menggunakan Samsung S10 pada pagi tadi buat tatapan anak cucu, waris waros, dan kenalan semua. Jazakallah

#LamanYangBerseri



















No comments:

IMPIANA IMAN

Selamat menyambut Hari Merdeka yg ke-64. Kurang aktif saya update blog Keringat ini. Saya banyak menumpu kpd dua blog saya yg lain iaitu blo...