Monday, October 8, 2018

FRASER HILL








Saya menetap di Selangor ni sudah masuk 28 tahun, namun ini lah kali pertama saya berkunjung ke Fraser Hill. Hajat nak ke sana sudah banyak kali, tapi baru kali ini menjadi.

Jarak rumah saya ke Fraser Hill ini hanya 72km. Namun jln yg bengkang bengkok menyebabkan pemanduan hampir 2 jam.

Saya menetap di Silverpark Resort. Apartment 2 bilek yg cantek dan selesa. Living room, kitchen & varendah yg luas. Pemandangan hutan bukit yg menarik.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. 

Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut.[1] Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bagi saya Bukit Fraser ini satu destinasi holiday yg ideal untuk relax dan chill out, taking a break from your hectic schedule. Suhu yg dingin membolehkan anda menyarung sweater atau summer jacket. Juga tidak perlu unit aircond di apartment. 

Terdapat sebuah masjid yg selesa antara bulatan jam dgn apartment kompleks tempat kami stay. Kami sempat berkunjung ke Allen Lake, Strawbbery Park, & Air Terjun Jeriau.

Konklusi percutian kali ini, saya bersama 4 ahli keluarga sangat berpuas hati. Lain kesempatan kami bakal datang lagi.

#OurHolidayMaker
#TakingAGoodBreak

1 comment:

School Of Tots said...

cuti sekolah ni sesuai gak ke Fraser Hill

IMPIANA IMAN

Selamat menyambut Hari Merdeka yg ke-64. Kurang aktif saya update blog Keringat ini. Saya banyak menumpu kpd dua blog saya yg lain iaitu blo...