Bila dah tukar spare part say lower arm belakang kanan maka part tu settle. Tapi yg sblah kiri pulak buat hal so ganti. Then bearing tayar depan kanan buat hal so ganti together dgn brake pad.
Then last skali betulkan chamber dpn blkg with alignment. Baru smooth drive tak rasa macam terloncat-loncat tak brapa stabil.
Begitulah adanya. Sebab tu kalau give up urusan maintenance time kreta meragam, kena la tukar kreta baru.
Semalam saya ronda punya ronda jauh la jugak. Tup tup time balik sampai je depan gate rumah enjin stop (miracle#1). Nak start balik tak boleh, keluar bunyi...ta tap ta tap. Miracle krana dah sampai depan gate rumah. Kalau buat hal tgh2 jalan lagi masalah.
Bukak hood check apa yg patut. Try start tapi tak mahu hidup jugak. Last2 mintak tolong anak dan isteri tolak kreta masuk laman rumah. Malas nak fikir.
Pagi ni start tak mahu hidup jugak. So my teori, bateri kong. Tapi rasanya bateri baru tukar tak sampai setahun. So ajak anak dan isteri tolak dan masuk gear dua...vroom hidup enjin.
Singgah worksyop Arif, cerita pasal masalah enjin tak boleh start tu. Dia check tengok. Katanya bateri kong. Tapi saya tengok kat bateri tertera tarikh 25/2/15. Maknanya baru enam bulan lebih, takkan jangka hayat pendek sangat.
Arif mintak staf dia Mus pi tukar bateri kat kedai sebab still under warranty, boleh tukar baru with no question asked. Arif tak ambik upah pun. So tiba2 dpt bateri baru free (miracle#2).
So start baik punye. Off to Rawang. Singgah Tesco sebab org umah nak beli barang. Time nak balik tu, buat hal pulak...ta tap ta tap. Enjin mati.
Tiba2 ada dua org lalu bersama seorang kanak2 kat tempat parking sedang berjalan nak masuk Tesco. "Apahal bang?" tegur brother tu. "Ni kreta tak boleh start la pulak. Bateri baru je tukar," jawab saya.
"Biar adik saya ni check. Dia ni doktor kreta," balas brother tu sambil berlalu bersama anaknya hala Tesco. Allah hantar org tolong (miracle#3).
Anak muda ni nama Boy. Rupanya dia krja sebagai pomen bersama abangnya tadi di pusat servis proton subang. Hari ni balik awal katanya sebab malam nanti ada pertandingan memancing. Abangnya nak gi beli mashmallow di Tesco, untuk umpan mancing.
"Bukan nak beli mashmallow untuk anaknya?" tanya saya kepada Boy untuk kepastian takut silap dengar. "Btol untuk mancing."
Abang saya pernah menang hadiah pertama pertandingan memancing di Tasek Titiwangsa, menang RM50k. Fuyoo. "Umpan mashmallow," jelas Boy. Dalam hati saya kata mungkin ikan2 tu dah boring makan cacing atau seafood kot.
Godek punya godek Boy bagitau, "Ni problem koil ni. Api takde." Tu dia kena lagi aku. "Kena bukak bwk hantar kedai servis 2,3 hari baru siap ni," katanya. Aduhai.
"Jap bang, kebetulan saya ada spare part kreta member yg saya tgh repair angkat enjin, boleh la guna dulu," Boy memberi cadangan bernas. "Buat la Boy," saya bagi green light.
After ganti tu dpt start kreta balik umah. Esok tu pi KL. Aduhai kreta wat hal balik. Ta tat ta tat balik dah. Mintak org tolak, masuk gear dua hidup enjin.
Lepas solat jumaat d Msjd ar Ridwan, tak boleh start balik. Mintak org tolak, cross jln ke kedai tayar sebelah Msjd. Nyaris nak accident cross jln. Pomen pakai jumper. Enjin hidup.
Otw nak ambk isteri kat Aeon. Sampai simpang Ameen Bistro nak belok kanan, free gear. Aduss enjin mati pulak kat tgh2 jalan. Nasib baik kreta tak byk.
Saya mintak jasabaik seorang pemuda kat tepi jln tu tlg tolak. Masuk gear dua pun tak mau hidup jugak. So tolak ke tepi jln. Relax sat. Tarik nafas dulu.
Ujian agak bertubi kali ini. Lokasi kejadian agak berdekatan dgn ofis lama. So WA mintak tlg kwn2. Ada yg awal2 dah taichi. Namun Allah hantarkan jua pertolongan iaitu sdra Yus dtg membawa jumper (miracle#4).
Maka saya berjaya ambik anak kat UIA tanpa tutup enjin kreta, slamat sampai ke rumah. Pagi ni dapat start kreta untuk ke worksyop Arif. Bila off enjin terus kong. Pomen kata kena tukar alternator.
Lepas solat asar di Msjd dan riadah main pingpong dgn kwn2 Msjd, gerak pulang. Pastu terperasan alert sign bateri merah kat dashboard. Power steering pulak keras macam steering manual pulak. Apahal? Ujian lagi nampaknya.
Terus saya buat U-turn ke worksyop. Harap2 blom tutup walau pun hari dah nak masuk maghrib. Pomen chk rupanya belt alternator lesap. Putus gamaknya. So kena ganti belt baru.
Itulah ceritanya. Keringat di dahi bila di uji tubi. Harapnya dapat tarik nafas lega. Sebab besok nak ke KL hantar anak balik ke UIA dan saya pulak nak sertai Kongres Mahasiswa Kebangsaan 2015 di Ampang.
@@@
No comments:
Post a Comment