Buah Lemon Saiz Giant |
Buah Lemon Lebat Berbuah Di Musim Panas Ini |
Mungkin asbab cukup baja taik lembu atau kerana dapat banyak cahaya matahari maka pokok lemon kami lebat berbuah setelah agak merundum sekian lama. Saya kira tidak kurang daripada 20 biji lemon pelbagai saiz sedang bergayutan di ranting2 rimbun yg berselerak itu pada saat ini. Sangat teruja melihatkannya. Satu kurniaan Allah yang hebat.
Cuba lihat gambar yang saya snap petang tadi. Saiz buah lemon ni besar giler. Pelik dan ajaib. Kalau buat air lemon dan sejukkan dalam peti ais, fuuuh memnag best.
Tapi make sure jgn perah kulitnya sekali time nak perah isi tu sebab acoording to my wife, rasa air akan jadi 'kelaq' sikit dan boleh peritkan kerongkong. Cara yang betul ialah pabila lemon siap di iris 4 atau 8 slices maka urutkan isinya dengan jari untuk perah airnya. Jangan urut kulitnya sekali.
Air lemon sejuk memang nikmat untuk di minum. Atau satu pilihan lagi ialah teh lemon ais. Dalam cuaca panas kini, kalau dapat pekena minuman sejuk sebegini memang nikmat bin nikleh, the best of the best. Renung2kan dan selamat beramal.
@@@
No comments:
Post a Comment