CLICK my AD

Monday, July 21, 2014

Buah Cempedak Di Luar Pagar



Buah Cempedak di luar pagar yang saya tanam sejak beberapa tahun lalu akhirnya telah mula berbuah...yahoo. Saya sebnarnya dah give up kerana pokoknya besar elok tapi tunggu punya tunggu tak jugak keluar buah, hinggalah awal tahun ni mula berbunga dan berputik. Saya dan isteri excited bangat. Saya pun bungkus buah2 yang baru keluar tu dengan plastik. Banyak yang tak menjadi dan gugur. Namun ada enam bijik yang membesar elok. 

Dua minggu lepas buah yang pertama gugur tapi tak brapa menjadi, isinya macam keras. Minggu lepas saya dapati ada dua bijik di dahan bawah tu dah mengelurkan bau harum semerbak dan saya tengok tangkainya pun dah mengecut tanda buah dah masak. Jadi saya pun petik dan biarkan kat dapur beberapa hari. Tu dia bau cempedak semerbak, so anak saya pun belah sebijik. 


Alhamdulillah isinya sedap dan manis. Buah sulong yang dapat di rasa hasilnya. Malam tadi balik teraweh, isteri saya pun goreng. Fuyoo makan goreng cempedak kami anak beranak. Sedap dan memang best. Apatah lagi hasil tanaman sendiri, pokok cempedak di luar pagar laman depan rumah. Rezki di 10 terakhir Ramadan. Alhamdulillah atas nikmat Mu yang terbaru ini ya Allah kepada kami sekeluarga.


@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...