CLICK my AD

Saturday, August 25, 2012

Buah Salak Gred A



Buah Salak Gred A hasil usha anak sepupu saya Mohd Sowi (beberapa tahun senior saya) dari Kg Chenderong Batu, Kelantan. Asalnya benih Salak Sabah ini diberikan oleh bapa saudaranya iaitu arwah Hj Shafie, bekas Imam Masjid Chenderong Batu.


Dia telah menyemai bijinya dan menguasai teknik kawin jantan-betina pokoknya bagi penghasilan buah yang subur. Tanah kampung memang sesuai dan keredupan di bawah lindungan bayang pokok2 besar di sekitarnya memberikan pencahayaan 50-50 sangat ideal untuk pokok salak ini membesar dan hidup subur.


Kini Mohd Sowi adalah pemilik yang berjaya kepada ratusan pokok salak yang sudah matang yang sentiasa menghasilkan buahnya tanpa mengenal musim. Tahniah Mohd Sowi (yg saya panggil Abe Ngoh) atas budi mu pada tanah yang di balas Allah dengan rezki melimpah. Pada tahun ini sahaja sudah kurang lebih RM6,000 diperolehinya daripada jualan kepada peraih yang datang ke kampungnya. Pendapatan ini mungkin mencecah tiga kali ganda jika dia menjualnya secara langsung di pasaran.


Nota: Abe Ngoh hadiahkan saya 5 kg buah salak fresh sebagai cenderahati pada pertemuan kami di Hari Raya beberapa hari lepas. Terima kasih.


@@@

Friday, August 24, 2012

Kereta Tolak Sporty








Alhamdulillah rezki yg tidak di sangka2. Sekembali daripada cuti balik kampung raya, isteri bagi suprise dengan menghadiahkan suaminya kereta tolak baru yang agak canggih ini. Ianya untuk menggantikan kereta tolak lama hadiah harijadi yang sudah berbakti kepada saya hampir 6 tahun. TQ my dear wife. Kalau kereta tolak lama dulu harganya RM45, maka kereta tolak sporty ini harganya RM98. Ini termasuklah trade-in tayar ori dengan tayar tubeless warna kuning ini. Tertera harga RM45 pada tayar ini, tapi bila trade-in cuma tambah RM15 je setelah di nego baik punye dengan tuan kedai hardaware tu. Antara ciri penting tayar ini ialah maintenance free, lasak dan can-go-anywhere...hebat hebat.


Tengahari tadi kereta tolak ini telah digunakan oleh anak sulong saya bagi membuang tumbuhan buangan di laman. Tidak kurang daripada lima trip anakanda ke kaki bukit sana membuang sisa buangan yang terdiri dari lalang dan rumput, pelepah pisang, pelepah tebu, dan pokok2 bunga kantan. Mengikut komen anak saya performance kereta tolak sporty ini memang bagus, ringan, lasak dan reliable. Semoga dapat bertahan melebihi rekod 6 tahun yang di pegang oleh kereta tolak lama saya sebelum ini. Alhamdulillah mission accomplished. Laman nampak menawan dan indah mata memandang.

@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...