CLICK my AD

Sunday, January 31, 2010

The Color Of Money

Semalam anak kedua kami 'kakak' teruja sakan apabila mendapat gaji pertamanya setelah berpenat lelah bekerja di bookstore BS. Sudah sebulan kakak bertugas di sana sebagai mengisi masa cuti menunggu keputusan SPM nya. "Penat nya mama," selalu itulah rungutan kakak setiap kali pulang dari kerja, apatah lagi bila ditugaskan bekerja overtime direct dari 8 pagi hingga 11 malam. Kesian anakku. Kami menghantar dan mengambilnya setiap hari, maklumlah anak perempuan tidaklah sebebas anak lelaki dan kenalah di tatang bagai minyak yg penuh.

Saya dan isteri pula merasa bangga juga kerana kakak adalah anak yang pertama bekerja dalam kalangan anak kami yang bertiga itu. Tahniah kak. Kakak tu kadang over excited pula untuk memegang segumpal duit hasil titik peluhnya. Kakak begitu gem
bira apabila membuka akaun bank di Public Bank tempoh hari dan tersengih-sengih bila mendapat kad ATM nya. Cuma pesanan untuk kakak ialah jangan boros berbelanja dan saving more. Ingatlah penat lelah dan bukan mudah nak dapat duit itu.

But anyway sempena fi
rst pay, kakak telah merancang untuk belanja kami sekeluarga makan. So semalam kami dinner di Rawang. Kakak belanja kat Pizza Hut, best!! Thanks Kak and keep up the good work.

Saturday, January 30, 2010

Santai Di Laman


Santai di laman seketika bagi me ra'i kan suasana. Isteri sedang menyiram pokok2 bunga dan pokok2 hiasan di laman rumah. Maklumlah kebelakangan ini cuaca agak panas dan jarang sekali hujan.



















Saya yang sedang ment
elaah akhbar The Star sepulang dari pasar tadi, di kejutkan dengan panggilan pulau oleh isteri untuk menolongnya di laman clear kan apa yang patut. Ok lah sampai seru untuk saya setelah dua tiga menjak ni agak liat sikit nak berkebun atau membuat kerja2 maintenance kat laman. Tadi pakai t-shirt puteh, tak boleh jadi ni, sebab sudah banyak helai t-shirt yg elok dah jadi tak elok dan bertompok akibat di buat berkebun. Jadi saya pun masuk bilek pekena unifom berkebun, t-shirt warna kelabu dan seluar trek. Pertama sekali ambik kereta tolak kat tepi rumah, isikan segala bahan2 buangan dan ranting2 pokok yg isteri trimkan. Saya cabut rumput2 liar dan potong ranting2 yg memang menyemak kat anjung dapur tu.

Buah kelapa gading kat depan tu nampak oren semacam, dah besar dan macam dah boleh di petik. Ok tawakkal. Dah mantap kot. Bila di belah, airnya banyak namun isinya masih belum matang sangat. Tapi ok lah, bila disejukkan dalam freezer, memang nikmat bin nikleh untuk santapan masa lunch.

Rumput yg dah dipenuhi
kemuncup di laman ni memang berbulu mata saya memandang.
Saya mintak tolong anak jantan yg kebetulan balik cuti weekend yg dok asyik ber 'facebook' dan ber 'you tube' supaya keluar ke laman dan mesin rumput.

Alhamdulillah siap dan nampak terurus kembali taman impiana iman ini.
@@@

Sunday, January 24, 2010

Raikan Suasana


Semalam pi ziarah anak saudara yg accident di Ampang Puteri. Pastu singgah ambik amir yg balik weekend kat LRT Jelatek. Ooo sebelum tu pi breakfast nasi belauk kat Restoran Mak Wan dekat Pasar Keramat. Dah lama tak merasa nasi belauk ni, memang power.
Malam tadi pulak lepas ambik kakak yang habis kerja shift malam pada pukul 12 tgh malam, kami anak beranak singgah 'dinner' kat Bistro Salam Sentosa. Roti milo, roti planta, dan capati jadi pilihan. Minuman pulak milo ais, teh tarik dan nescafe tarik. Hari ni mama masak special rojak mee, fuuhh boleh tahan. Ok lah kami nak pi jogging ni...bye. Kakak dah pi kerja. Amir lak dah balik UIA.

@@@

Sunday, January 17, 2010

Menghirup Udara Segar

Pagi hari minggu yang agak produktif, iaitu selepas solat subuh berjemaah dgn isteri dan anak, sempat mengaji Al-Qur'an sekadar dua mukasurat bersama terjemahannya. Kemudian parking depan TV9 sat tengok rancangan "Tanyalah Ustaz", pagi ni kelolaan Ustaz Zahzan. Kemudian bersiap nak hantar Iman ke sekolahnya di SMK-BS untuk mesyuarat badan pengawas nya yang bermula jam 8 pagi. Bersekalilah pula untuk hantar Nur Farihin (kakak) ke tempat kerjanya di BookWorm, shift pagi 8pg-4ptg. Untuk info, kakak dah 3 minggu kerja di BookWorm sepanjang masa cuti tunggu result SPM ni. Alhamdulillah.

So singgah sat kat kedai Mesra Petronas, beli roti Delecia dan air Dutchlady buat bekal breakfast Iman & Kakak. Ok then have a sweet time dengan isteri ambo, gi breakfast roti telor & teh tarik di Salam Sentosa. Bungkus roti milo satu, untuk hantar kat Kakak buat makan masa break nanti. Pastu drop mama kat pasar cari lauk-pauk & sayur-mayur. Hmm...sambil tu pi isi minyak kereta & beli The Star.

Balik umah jeng jeng...misi mesen rumput. Clear beb. Cantek & green. Macam biasalah daun2 kering, pelepah2 kelapa & pisang memenuhi 'kereta tolak' yg masih kempis tayar tu, untuk di nyahkan di kaki bukit sana. Mission berjaya. Then pickup Iman dari sekolahnya. Mama masak percik ikan untuk lunch...best.

Lepas lunch tu, relax sat kat sofa di 'm
ini library corner' di bawah deru kipas sambil baca The Star. Sedih melihatkan berita front page tentang bencana gempabumi di Haiti yang dikhuatiri meragut 200,000 nyawa dari sejumlah 4 juta penduduknya. Apabila bala Allah tiba, maka di sana tiada lagi di bezakan antara yang mana kelompok yang beriman atau yang kufur.

Around pukul 4ptg s
ekali lagi pulas steering pi ambik Kakak pulang dari kerjanya. Selepas solat asar dan minum petang bersama juadah bubur jagong (mama sediakan juadah peberet Iman ni dah masuk kali ketiga untuk minggu ini), kami sekeluarga bersiap untuk keluar riadah iaitu berjogging & cycling sekitar taman yang dikelilingi pemandangan indah bukit bukau, awan di langit, tasek dan kehijauan di bumi. Sambil menghirup udara segar kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya, yang menjadi penyebab dan hukum alam untuk kita dapat bernyawa & bernafas lagi hari ini. Alhmadulillah.

Terasa sihat badan setelah saya berlari-lari anak sejarak 3 km ini. Berpeluh seluruh badan. Cuma di khuatiri akan di susuli sakit2 urat malam nanti, maklumlah permulaan aktiviti ri
adah yang sudah lama tidak di amalkan. Amalan gaya hidup sihat ini harapnya diteruskan menjadi rutin mingguan sekeluarga, insyaAllah. Oh ya, sempat jugak menuai hasil tanaman, iaitu setandan pisang emas.

Ok setelah kering peluh, bersiap pula untuk berjemaah maghrib di surau. Kemudian ke Pasar Malam untuk membeli dinner dan apa yg patut. Kami mencuba nasi kukus ayam kampong sebagai juadah makan malam. Boleh tahan juga sedapnya. Anakanda menonton movie "My Wife Is A Gangster" di TV8. Saya masuk beradu sekitar pukul 11 malam kerana kepenatan.

Se
bagai konklusi posting ini dan mengambil tajuk yang digunakan, maka saya sangat lah bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat dan rezki yang di kurniakan. Terutamanya nikmat saya sekeluarga dapat "Menghirup Udara Segar" di kaki bukit ini. Saya merasa sangat bertuah kerana di pilih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini. Amiin.

@@@

Sunday, January 10, 2010

Buah Kedondong


Semalam mama sound mintak ambik buah kedondong kat pokok yang dah besar2 tu, nak buat jeruk katanya. Hmmm memang jeruk kedondong ni sedap. So pagi ni balik dari pasar tu terus saya ambik cutter dan menuju ke pokok kedondong kat depan yang kebelakangan ni subur dan lebat daunnya. Buah2 yang bergayutan itu rupanya banyak jugak di celah2 daun2 yang rimbun itu. Ok lah semoga mama dapat meneruskan niat menjeruk buah2 kedondong ini dengan kadar segera, supaya sama2 dinikmati bersama secepat mungkin.

@@@

Saturday, January 9, 2010

Betik Masak


Betik masak kat depan umah. Dua pohon dan ada sebijik setiap pohon yang masak. Seronok la jugak. Besar buah nya. Harap sedap isinya, kerana kalau tak silap baka nye lain sikit dengan betik yang memang ada sepohon kat laman umah tu yg memang dah terbukti kesedapannya. Buah yang baru petik ni jenis buah besar sikit. Buah betik ni memang baik untuk kesihatan. Tanamlah sepohon kat depan umah tu. Tak rugi. Untung ada le.

@@@

Monday, January 4, 2010

Bukak Sekolah


"Selamat Kembali Ke Sekolah", itulah paparan di white board kat umah yg di tulis oleh anak kami yang masih bersekolah iaitu Iman Asilah. Form 3 tahun ni. Semalam pi Rawang cari peralatan sekolah last minute. Balik umah malam tu Iman bersiap-siap dengan beg sekolah, buku2, pakaian, dan segala aksesori. Tahun ni kena sekolah pagi jadi pukul 5:30 pagi tu dah kena bangun dan bersiap. Van datang ambik pukul 6:30pagi. Nampak bersemangat anakku, maklumlah tahun ni PMR. Balik sekolah terus sambung tusyen jam 3-5 ptg.

Abangnya semalam balik ke UIA PJ setelah pulang ke rumah on weekend. Dua kawan nya dari UIA turut sama iaitu Shamil (Kenet) dan Zaki. Shamil ni asal dari Sabak Bernam manakala Zaki dari Kuala Berang. Jadi puas lah entertain depa cuti weekend tiga hari ni. Sempat le mesin rumput, main ping pong, mesin tebu, pi kenduri kesyukuran, solat di surau Al-Faaizeen dan masjid BS, makan nasi ayam, dan pi pasar malam.


Anak kami yang tengah tunggu result SPM, Nur Farihin pula dapat kerja di kedai buku 'BookWorm'. Setakat ni dah 8 hari bekerja. Alhamdulillah semoga mendapat pengalaman berguna.

Hari ni
saya ambik cuti. Nak settle yuran dan beli buku kat sekolah Iman. Pastu kami akan ke Rawang untuk urusan perbankan yang mahu diselesaikan. The rest of the day bolehlah rehat.

Anak kiranya tiga2 orang tak ada umah, sunyi le pulak. Maklumlah cuti panjang hari tu ketiga-tiga mereka most of time ada kat umah, kecuali abangnya yang hanya balik di hujung minggu. That's life. Kena bersedia untuk terkontang-kontang suami isteri je, bila anak2 dah besar dan berada di institusi pengajian. Apatah lagi bila mereka semua dah bekerjaya dan berumahtangga nanti.

Esok saya masuk ofis balik, jadi tinggal le isteri sorang2 ye. Oh ye nasib baik kakak (Nur Farihin) off besok, ade la teman.
Itulah sedikit coretan sebagai posting santai blog Keringat yg agak lama menyepi.

@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...