Thursday, April 23, 2009

Bermain Di Laman




Pagi minggu itu aku pun meninjau2 laman hijau. Rumput2 liar sudah panjang. Maka aku pun keluarkan mesin rumput F-1 aku dari stor. Dengan sekali start enjin mesin F-1 ku mengaum garang. Ready untuk membaham segala di jalanan. Setelah beberapa ketika laman hijau ku kembali berseri. Hamparan rumput yang dimesin pendek rapat ke bumi itu kelihatan bak hamparan karpet. Rasa bagai hendak ku baring dan menatap langit, namun terik mentari menghalangku.

Hari ni juga rasa ada semangat untuk menabur baja biji di pangkal pokok2 buah. Sudah lama benar tidak berbuah kecuali kelapa dan betik.

Di laman dapur ku renung anggurku yang subur menjalar di jajaran peneduh pintu dapur. Lebat pula daun2 nya. Namun masih belum mengeluarkan buah sulongnya.

Bila berkebun dan manjaga laman menjadi hobi masa terluang di hujung minggu, maka seronok dan gumbira walaupun penat dan letih. Itulah nikmat Allah buat hamba-Nya di lembah prima yang beruntung ini.

Monday, April 13, 2009

Ghostbuster !!

Masih kah ingat filem Ghostbuster yang meletup di box-office lebih dua dekad yang lalu sekitar tahun 1980an. Wa...that long already. Pelakonnya kalau tak silap Dan Akryod, Jim Belushi dan seorang lagi saya lupa. That is one of my favourite movie of all time. Ada unsur humor, jalan cerita yg menarik dan special effect yg canggih. Ia mengisahkan tiga sahabat yang mencipta method dan tools untuk memerangkap makhluk halus atau hantu. Mereka menubuhkan syarikat di New York dan mengiklankan perkhidmatan yang unik itu kepada masyarakat. Di pendekkan cerita perkhidmatan mereka begitu efektif dan "Ghostbuster" menjadi terkenal dan popular di seluruh dunia hinggalah ke Malaysia.

Pada hari minggu lalu, saya telah mencuba tool baru dan terkini saya yang telah dihadiahkan oleh isteri dan anak2 sempena harijadi saya minggu lepas, iaitu Penyembur Racun Rumpai. Paginya setelah bawak anak saya Amir dan Shilah pergi ambik skuter yang di repair dan servis kat bengkel K.Anand, saya singgah beli racun rumpai kat kedai hardware. Harganya RM20, mahal tu, walaupun pek kecik.


Setelah berjaya DIY memasang segala komponen termasuklah memasukkan filter, menyekrukan batang penyembur dan meminyakkan sedikit omboh pengepam tembaga, saya pun ready for action. Maka saya letakkan tangki penyembur tu atas bangku. Saya masukkan racun rumpai secukup rasa iaitu 130ml untuk 10L air. Air dimasukkan dengan bertapis (tapis tu memang disediakan as part of the tool) takut2 masuk lumut ke ape yang boleh menyekat semburan. Ok, so now saya pun mengangkat penyembur racun rumapai ini ke atas belakang, ala-ala bawak beg sandang sekolah gitu. Berat jugak ni. Maklumlah tools tu agaknya dalam 5kg, ditambah pulak dengan air 10L tu. Sakit jugak la belakang aku ni. Jeng Je Jeng....sebijik nampak macam Ghostbuster. Cuma saya tak ada jump suit je. Nevertheless proper attire le jugak, siap seluar track, t-shirt lusuh dan kasut 'power'.

Area of coverage, first tepi pagar belakang rumah yang memang di serang lalang, rumpai menjalar dan 'rumpai daun kapalterbang'. Memang mencacatkan pemandangan view 'resort' kediaman kami ini. Untuk makluman view belakang rumah kami ni mengadap tangki air di kejauhan, bukit-bukau di kiri dgn tasek di lembahnya, dan pemandangan township di sebelah kanan. Rumah kami terletak di atas bukit, jadi angin sepoi2 bahasa memang selalu menjadi teman setia. Kehijauan bumi dan kesegeran udaranya adalah trademark di sini. Jangan jealous ye...he he.

Tidak lupa saya semburkan di sekitar pasu2 bunga, dalam longkang sekeliling rumah, dalam parit besar kat depan dan lalang2 liar di tepi pagar kiri rumah. Habis first round - 10L racun pemusnah rumpai. Cuaca tengahari yang panas mulai mencengkam ubun2 kepala. Mujurlah pakai cap.

Ok, now sediakan second batch, another 10L air bersama 130ml racun rumpai. Misi kali ini ialah memusnahkan rumpai kat kebun depan umah. Cita2 saya ialah untuk clearkan segala semak-samun kat depan tu dan untuk dibesarkan kebun tanaman serai di selang-seli dengan tanaman betik, tebu dan pisang. Misi berjaya. Saya dapat cover the whole area. InsyaAllah segala rumpai dan semak-samun akan mampus secara slow motion sepanjang minggu ini. Dan cuti hujung minggu depan, saya akan buat projek membersihkan kawasan bersama anak jantan untuk di teroka dengan tanaman baru seperti plan tadi.


Harap kan panas sampai ke petang tapi hujan pulak sekitar pukul tiga. Tapi harapnya rumpai2 itu sudah terkesan dan menyerap semburan yang telah dihidangkan untuk menemui detik kemusnahan mereka. Kerana kata orang, hujan boleh meneutralizekan kesan racun rumpai. Harap-harap nya segala usaha saya pagi ni tidak lah membazir. Baiklah itulah saja yang dapat dikongsikan dalam misi "Ghostbuster" ini. Dan malam tadi terserlah betul kepenatan. Siap lepas solat maghrib landing atas sejadah, terus lelap hingga pukul 10 mlm.

@@@

Sunday, April 12, 2009

Betik Power




Betik ni memang power. Seingat aku umurnya dah masuk 6 tahun. Asalnya semai bijik je dari buah betik yg memang best, lupa kat mana dapat. Tumbuh tinggi menjangkau 12 kaki. Berbuah memang tak henti. Setiap dua atau tiga hari ada le sebijik yg masak. Aku la yg tukang potong. Simpan kat peti ais sat. Fuuuh sedap oooo. Buahnya tak le besar. Tapi manis gile. Bijik pulak takde. First class all the way.

Sunday, April 5, 2009

Usia Yang Makin Berkurang



























Usia ku makin setahun berkurang hari ini. Aku lahir tahun 1964 pada bulan April 5 hb, iaitu 45 tahun dulu. Happy birthday to me. Bukanlah untuk di nyanyi2kan atau seronok2kan. Tapi untuk mensyukuri kerana Yang Maha Kuasa masih meminjamkan usia kepadaku untuk hidup lagi. Tidak tahu sampai bila. Kerana ajal maut itu di tentu Illahi. Kalau mengikut sunnah Rasulullah yang wafat pada usia 63 tahun, maka kalau hendak dinisbahkan 63 - 45 jawabnya ada 18 tahun lagi sisa2 hidupku. Setiap ulangtahun kelahiran itu adalah melahirkan hakikat setahun lagi menghampiri titik tolak perjalanan ke alam barzakh pula. Seharusnya melahirkan rasa insaf atas segala dosa dan noda, dan sekaligus bertaubat memohon keampunan-Nya, dan meningkatkan usaha mencari jalan yang lurus, jalan yang mendapat redha Illahi. Semoga di penghujung perjalanan itu ada Syurga Allah menanti ku.

Alhamdulillah atas kesyukuran itu, hari ini isteri tercinta dan anak2 tersayang masing2 bergotong royong menyediakan juadah istimewa iaitu spaghetti special, cocktail delight, kek coklat moist, dan air kelapa muda fresh yang saya petik dari pokok di laman pagi ni. Dimulakan dengan doa yang dibacakan anak sulong Amir Asyraf, kami menjamu selera penuh berselera. Terima kasih, I love you all.

Dan biasalah birthday boy akan mendapat hadiah harijadi. Tahun ni special. Isteri dan 3 anak saya berkongsi wang membeli hadiah istimewa yang memang saya sudah hint kan sejak dua tiga menjak ini...he he. Seronok kerana hadiah idaman itu menjadi kenyataan. Isteri saya terutamanya sanggup mengorbankan wang yang agak banyak untuk membeli hadiah itu. Yes, penyembur racun rumpai untuk keperluan berkebun saya. Isteri memahami sungguh kegemaran suami tercinta nya. Maka dengan tool terbaru ini akan memudahkan saya untuk beroperasi dengan lebih profesional di kebun depan rumah. InsyaAllah ia akan membuahkan hasil yang berlipat ganda hendaknya. Jazakallah.

Sunday, March 22, 2009

Jom Look Around


Hari ni relax la kot setelah penat berkebun semalam. Sebenarnya saya memang looking forward nak relax kat umah sepanjang hujung minggu. Hari kerja tak ada peluang nak relax dan santai sangat. Terkejar2. Entah apa yang dikejar. Keluar 7 pagi balik 7 malam.

Kadang terfikir pulak, kerja ni sebenarnya kerana terpaksa. Kalau tak kerja tak berasap dapur, tak terbayar hutang dan bil, tak tertanggung belanja anak2 sekolah. Itulah hakikatnya. Kalau ditanya betul2 jauh di sudut hati memang nak dudok umah dan bebas membuat apa yang terasa nak dibuat. Mungkinkah hanya saya berperasaan begitu atau ramai lagi yang mungkin punyai keinginan begini?

Baiklah sementalah saya ada masa luang di pagi minggu ini, maka saya pun lepaklah kat laman umah. Jom look around. Saya perhatikan pokok bunga kantan yang subur mencacak, tapi yang di makan hanya pucuknya untuk masak asam pedas.

Saya lihat pokok longan pingpong yang tak berapa subur, mungkin kerana tanah keras dan berbatu kat bawah sana. Tapi ada la keluar jugak buahnya walaupun tak banyak. Pokok kelapa pandan tu pulak memang rajin berbuah, tak putus2.

Rambutan anak sekolah saya pun sama. Ada dua pokok. Daun jarang-jarang. Berbuah kadang-kadang. Tapi semenjak dua menjak tak nak berbuah dia (jadi tempat burung memadu asmara) Pokok rambutan gula batu ada le sebatang, lagilah tak pernah merasa lagi buahnya....belum baligh lagi kot.

Okid isteri saya memang banyak, saya agak dah mencapai ratusan pasu dari pelbagai spesis. Isteri memang minat okid semenjak di bangku sekolah lagi...opps semenjak kat zaman rumah sewa 15 tahun dulu lagi. Standard la kalau nak tengok okid kami klik Seri Orkid.



Saya perhati pokok dragon fruit. Nampak subur la jugak. Menjalar semacam. Tapi tak nak berbuah. Sebijik pun tak merasa lagi. Tak cukup matang ke? Tak cukup zat ke apa?

Namun betik pulak asyik berbuah tak pernah putus. Dua tiga hari sekali dapat le merasa sebijik. Spesis nya pulak memang first class...sedap dan tak ada biji.

Anggur. Yes makin lebat daunnya. Namun bila agaknya akan menghasilkan buah? Hanya Allah yang tau. Saya dambakan anggur hijau atau merah atau hitam yang bergugusan masak ranum dan manis rasanya. Semoga impian menjadi nyata tidak lama lagi.








OK lah....Jom Look Around !!

Keringat di Pagi Minggu


Sudah lama rasanya tidak kekebun saya di kaki bukit sana. Kawasan itu saya pagar elok. Tapi selalu diceroboh babi hutan. Habis pokok pisang dan tebu saya dimusnahkannya. Itu buat saya give-up. Last sekali yang tinggal hanya tanaman serai. Tanahnya berbatu dan tak subur. Saya pulak hanya mengharap air hujan sebagai jirusan. Manalah tanaman nak sihat.

Entah kenapa semalam rasa nak pi jengok kebun tu kejap. Jadi sambil menyorong kereta sorong untuk buang sampah di hujung sana, maka saya pun singgah le kat kebun tu. Memang penuh semak samun. Bangsal tempat berteduh yang saya bina dulu pun sudah ranap menyembah bumi kerana kayu dan papannya menjadi makanan anai2. Lorong ke kebun tu juga penuh lalang. Dengan bacaan berkat Ayat Kursi sebagai pelindung saya teruskan juga melangkah.

Tanpa berlengah saya benamkan mata cangkul ke perdu serai. Saya tarik keluar 5 rumpun serai. Tak berapa gemuk pun tapi bila di pilih2 cukuplah 100 batang tu. Setelah di leraikan dari rumpunnya saya gunakan cutter untuk potong secukup rasa. Haii dekat2 sejam jugak la dok fokus kepada tugasan itu.

Hari tu isteri saya dok pesan supaya jangan lagi masuk ke kebun tu, ye la takut ada binatang2 berbisa. Maka pagi tu memang betul lah, risau isteri saya dibuatnya. Maklumlah tadinya nampak menyorong kereta tolak untuk membuang sampah. Tapi kini sejam kemudian belum balik2 lagi. Air nescafe dan roti bakar untuk breakfast pun sudah sejuk. Macam2 andaian yang tidak baik bermain di kepalanya.

Sekejap tu bunyi skuter manyusul di jalan depan. Anak saya Amir datang menyusul. "Mama suruh balik, breakfast dah ready", laungnya dari atas. "Ok jap", jawab saya. Rumpun terakhir serai tu masih belum beres. Saya mesti cukupkan 100 batang barulah dapat dibawa ke kedai En Harun. Harga 100 batang serai En Harun ambik RM6. Sambil itu Amir parkir skuternya atas rumput di bahu jalan. Tanah tu bercerun, jadi parkir berdepan dengan pokok sebagai langkah berjaga2 takut meluncur turun...naya.

Melihat saya masih rancak memotong serai2 tu, Amir pun join sekali. Kereta tolak yang tadinya saya tinggal di bahu jalan, di tolak masuk ke kawasan kebun. Serai2 yang telah siap dipotong elok dimasukkannya ke dalam kereta tolak, sambil mengira jumlahnya.

Kejap tu terdengar deruan kereta dan bila saya menoleh ke atas kelihatan wira kelabu yang dipandu isteri saya sedang menuju kemari. "Hai, mama risau tu papa tak balik", "Hantar abang pun tak dapat khabar berita he he..". Memang betullah telahan saya. Isteri cukup risau takut apa2 terjadi kat dua beranak ni. "Mama dok terbayang, papa pengsan ke apa dan abang tak dapat nak angkat naik skuter, bla bla...".

Ok lah semua selamat. Sampai rumah setelah breakfast, saya pun terus membersihkan serai2 tadi. Dan di ikat dengan getah setiap sepuluh batang. Yang tak cukup saiz tu saya asingkan. Adalah dalam 20 batang yang lebih, jadi itu untuk kegunaan isteri kat dapur. Isteri pula bertugas menuai pegaga yang hidup subur dan sudah matang. Masalahnya rumput2 liar sama naik bersaing dengan pegaga. Jadi isteri saya terpaksa memakan masa yang lebih lama untuk tugasan mendapatkan daun pegaga itu.

Tugas saya pula ialah membersihkannya. Akhirnya hasil tuaian kami ialah 100 batang serai, sekilo lebih pegaga, sedikit daun kesum dan dua rumpun daun pandan. Sambil berkunjung ke kedai En Harun untuk membeli barang dapur, maka dapatlah hasil jualan berjumlah RM15.50 bersamaan dengan harga ayam 3 kg he he...seronok tu hasil keringat sendiri.

Sunday, March 8, 2009

Jogging Sikit


Weekend ni santai habis. Baca surat khabar dan ulangkaji kitab2 kat rak tu. Jadi petang semalam rasa nak bersenam la sikit. Ajak isteri dan anak2 pi jogging. Cuaca agak redup dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah. Anak2 nak cycling la pulak. Anyway saya dan isteri take a walk. Saya berlari2 anak, berjogging le konon. Boleh tahan jugak, berpeluh. Maklumlah area perumahan kami ni tanahnya berbukit bukau. Jadi satu workout yang menarik. Sambil menikmati kehijauan dan udara yang begitu segar. Pemandangan awan dan langit. Indah sungguh ciptaan Allah. Nikmat yang mana lagi hendak engkau dustakan? Teringat ungkapan2 yang kerap di ulang dalam Surah Al Rahman. Saya dan isteri menghabiskan jarak kurang lebih 1km. Dah sampai rumah tu saya sambung dengan bermain badminton di laman, bergilir2 sparring dengan isteri dan juga anak2. Alhamdulillah satu riadah yang berjaya membakar banyak kalori.

Saturday, February 28, 2009

Kota Sarang Semut

Pagi ini cuacanya yang agak mendung mengundang saya untuk membersihkan laman rumah apa yang patut. Biasalah daun2 kering yg jatuh, potong daun2 pisang tua, dan daun2 bunga kertas. Penuhlah satu troli dan selamat dibuang.

Dalam dok buat kerja2 maintenance tu isteri saya menagih tumpuan saya kepada dua tompok tanah di dataran rumput kami. Setelah memerhati dengan lebih dekat, maka nyatalah ianya adalah kota sarang semut. Kelihatan barisan semut2 yang sedang bekerja kuat. Setiap dari mereka membawa seketul bahan binaan, yang berupa seketul tanah yang bersaiz sebesar biji sawi. Mereka bekerja dalam sebuah sistem yang sistematik. Team work mereka agak terserlah. Hasilnya kota yang mereka dirikan itu sudah setinggi enam inci di atas tanah.

Dalam sebuah artikel berkenaaan semut, ada diceritakan...... Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Saya kini dalam dilema, apakah harus saya biarkan kota sarang semut ini membusut di tengah laman hijau ini atau mengikut hukum alam iaitu terpaksa memusnahkan sebuah projek mega kelompok makhluk Allah yang berupa semut2 hitam ini. Sebanyak mana pun saya mengagumi usaha kuat mereka, namun rasanya pilihan saya agak jelas. Semoga Allah menagampuni saya. Bukan niat untuk menganiaya sesama makhluk.

@@@

Thursday, February 26, 2009

Full of Muscles


Teringat sebuah lagu yang begitu popular di zaman saya kat universiti dulu nyanyian Men At Work. Antara bait2 senikatanya ialah...I'm the man from down under...full of muscles. Kumpulan yang popular ini berasal dari the land down under iaitu Australia. Flashback saya sebuah filem yang jugak popular ketika itu iaitu Crocodile Dundee yang mengisahkan seorang lelaki Australia yang berkunjung ke New York dan mengalami culture shocks yg agak ketara. Heronya saya pun dah lupa namanya adalah seorang cowboy yang sasa and full of muscles. Sebenarnya 80% dari bumi Australia ini adalah agak tandus dan gersang, dan di diami oleh watak2 yang agak 'country' sikit...macam cowboy gitu. They are rough and tough. And of cause...full of muscles.

Anyway apa yang nak saya kaitkan ialah, seorang staf kat ofis saya yang agak junior ini sudah dua tiga kali dok compliment saya atau should I say give his comment bahawasanya lengan dan bahu saya ini agak tough and full of muscles. Hari ini sekali lagi dia dok kata the same thing...siap tanya "bro ada angkat besi ke?". Hmmm...saya pun dok fikir why? Apakah yang menonjol dan tertonjol di sebalik baju kemeja saya itu. Nak kata angkat besi atau workout kat gym tu memang tak ada le. Zaman muda2 dulu ada le sekali sekala workout tu.

Jadi fikir punya fikir maka saya rasa tabii saya yang suka berkebun dan memerah keringat itulah puncanye. I green the earth...remember. Jadi besi yang diangkat itu sebenarnya ialah sebatang cangkul untuk menggembur tanah, membuat batas atau membuang semak samun. Besi yang diangkat juga berkemungkinan besar ialah sebatang 'cok' betul yang memang 100% besi waja buat menggali lubang 2'x2'x2' tika menanam anak2 pokok buah disekitar laman rumah, di bahu jalan, dan di laman rumah kosong kat depan tu. Apakah dengan mengangkat besi2 itu telah mencorak otot2 di lengan dan bahu menjadi agak sasa, ada kemungkinan. Atau workout disekitar laman semasa membuat kerja2 maintanance saban minggu. Full of muscles....he he nak tergelak beb!

@@@

Tuesday, February 10, 2009

Berkebun 3 in 1


Cuti 3 hari ini termasuk cuti thaipusam telah aku manafaatkan dengan berkebun. Bermula dengan pembersihan semak samun dan penambahan tanaman serai di laman rumah depan yang tidak berpenghuni itu. Semalam segala semak samun yang terkumpul macam bukit itu telah aku bakar menjelang senja. Ketika jiran2 sudah menutup tingkap rumah masing2. Bukan apa takut isu asap masuk rumah menjadi masalah pulak. Alhamdulillah udara tenang dan tidak berangin sangat. Jadi asap tu cantek mengarah ke atas dan tidak ke kiri atau ke kanan. Selamat semak samun kering itu menjadi abu. Dan hari ini sisa2 yang tinggal telah aku kumpulkan dengan cangkul sebagai baja bakar. Aku agih2kan baja itu ke pokok2 serai yang baru kutanam 2 hari lepas dan pokok2 besar di laman termasuklah 3 pokok rambutan, pokok kelapa gading, pokok longan, dan pisang. Tidak ketinggalan jugak pokok mata kucing yang baru di 'modify' semalam. Dan Alhamdulillah hujan renyai2 pulak lepas maghrib tadi, maka insyaAllah suburlah hendaknya. Hari ini jugak aku telah keluarkan 3 pokok salak (dari perut buni) yang di tanam beberapa bulan lalu di laman, yang mengikut isteriku perlu di buang memandangkan duri2nya yang agak bahaya ibarat 'jarum jahit tilam' dan demi untuk melapangkan lagi laman. Aku akur dan memasukkan ketiga2 anak pokok yang sudah tingginya sekaki itu ke dalam poly bag. Hari ini aku sedekahkannya kepada jiranku Hj Munir & Hj Shaharuddin untuk di tanam di kebun masing2. Manakala satu lagi selamat aku tanam di laman surau Al Faiizeen. Aku niatkan sebagai sedekah jariah jika menjadi berbuahnya nanti. Maka lengkaplah 3 in 1 aku dalam berkeringat. Yes, I green the earth!

Anggur Belum Berbuah



Jalarnya galak sekali. Daunnya hijau dan lebat jugak. Sesekali aku kena ejaskan lilitan dan pautannya agar bisa mendominasi ruang yang ada, antara jaringan2 di bawah bumbung hijau di anjung pintu dapur itu. Harapanku ialah untuk melihat buah2 anggur berjuntaian suatu masa nanti...

NURSERI KERINGAT

Bermula bulan ogos iaitu kiranya satu bulan lalu saya mulakan satu projek, iaitu menyemai dan mengembang biak spesis terpilih. Pelbagai spes...