Sunday, March 22, 2009
Jom Look Around
Hari ni relax la kot setelah penat berkebun semalam. Sebenarnya saya memang looking forward nak relax kat umah sepanjang hujung minggu. Hari kerja tak ada peluang nak relax dan santai sangat. Terkejar2. Entah apa yang dikejar. Keluar 7 pagi balik 7 malam.
Kadang terfikir pulak, kerja ni sebenarnya kerana terpaksa. Kalau tak kerja tak berasap dapur, tak terbayar hutang dan bil, tak tertanggung belanja anak2 sekolah. Itulah hakikatnya. Kalau ditanya betul2 jauh di sudut hati memang nak dudok umah dan bebas membuat apa yang terasa nak dibuat. Mungkinkah hanya saya berperasaan begitu atau ramai lagi yang mungkin punyai keinginan begini?
Baiklah sementalah saya ada masa luang di pagi minggu ini, maka saya pun lepaklah kat laman umah. Jom look around. Saya perhatikan pokok bunga kantan yang subur mencacak, tapi yang di makan hanya pucuknya untuk masak asam pedas.
Saya lihat pokok longan pingpong yang tak berapa subur, mungkin kerana tanah keras dan berbatu kat bawah sana. Tapi ada la keluar jugak buahnya walaupun tak banyak. Pokok kelapa pandan tu pulak memang rajin berbuah, tak putus2.
Rambutan anak sekolah saya pun sama. Ada dua pokok. Daun jarang-jarang. Berbuah kadang-kadang. Tapi semenjak dua menjak tak nak berbuah dia (jadi tempat burung memadu asmara) Pokok rambutan gula batu ada le sebatang, lagilah tak pernah merasa lagi buahnya....belum baligh lagi kot.
Okid isteri saya memang banyak, saya agak dah mencapai ratusan pasu dari pelbagai spesis. Isteri memang minat okid semenjak di bangku sekolah lagi...opps semenjak kat zaman rumah sewa 15 tahun dulu lagi. Standard la kalau nak tengok okid kami klik Seri Orkid.
Saya perhati pokok dragon fruit. Nampak subur la jugak. Menjalar semacam. Tapi tak nak berbuah. Sebijik pun tak merasa lagi. Tak cukup matang ke? Tak cukup zat ke apa?
Namun betik pulak asyik berbuah tak pernah putus. Dua tiga hari sekali dapat le merasa sebijik. Spesis nya pulak memang first class...sedap dan tak ada biji.
Anggur. Yes makin lebat daunnya. Namun bila agaknya akan menghasilkan buah? Hanya Allah yang tau. Saya dambakan anggur hijau atau merah atau hitam yang bergugusan masak ranum dan manis rasanya. Semoga impian menjadi nyata tidak lama lagi.
OK lah....Jom Look Around !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TRAVELOG UMRAH #2
Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
No comments:
Post a Comment