Wednesday, June 12, 2013
Pokok Pisang
Koleksi pokok pisang di serata laman menjadi penyeri malah pada beberapa segi bisa mengalahkan tanaman hiasan. Tambahan pula bila mendapat bekalan baja tahi ayam gred premium yang mencukupi dosnya.
Rumah Okid
Rumah Okid ini sudah 9 tahun usianya. Kelebihan binaan menggunakan tiang simen batu dan kerangka besi ialah ianya tahan lasak dimamah bahang cuaca sejuk dan panas, hujan atau kemarau. Berbeza dengan binaan awal kami yang menggunakan bumbung kayu. Tak lama tahannya, terus reput dan runtuh. Cuma tiang simen batu terus dapat digunakan bersamaan binaan baru ini.
Tuesday, June 11, 2013
Pasu dan Rumput
Pasu dan rumput memang compliment each other. Saya suka laman yang lapang dengan padang rumput. Isteri pula gemar meletakkan pasunya di pinggiran. Pabila di lihat dari bawah foyer dan porch maka terserlah keindahan kombinasi ini. Bertambah serinya di bawah sinar mentari pagi.
Front View
Cannot help but putting a glance when driving through. That is the act of strangers. I can see it from inside behind my front glass sliding door. Raising my curiosity all this while. So I take out my smart phone for snapshots. And I wanna share it with you...the Front View. From the eyes of those strangers.
Pasu Dan Kerusi
Kombinasi pasu dan kerusi boleh menambah seri. Terletak pada bijak dan seninya hiasan laman. Supaya indah memandang dan sejuk hati di dalam. Kadang mengundang juga iri hati teman dan lawan. Namun apapun semuanya milik Allah belaka. Kita tidak punya apa-apa. Dunia ini sekadar penyeri dan hiburan.
Buai Kayu
Buai kayu hasil seni hebat ini sudah berada di hadapan sliding door depan rumah sebagai penyeri dan tempat rehat yang inviting sejak bulan October 2012 sepadan dengan siapnya pemasangan mozek porch rumah. Ia adalah hasil kerja seorang sahabat yang sangat berbakat besar dalam seni pertukangan kayu dan hiasan dalaman. Saya dan isteri sangat gemar bersantai di sini terutamanya di waktu pagi sambil menghirup udara segar dan menikmati laman yang hijau. Anak perempuan kami gemar membaca novel atau melayari internet di notebook masing2 di atas buai kayu ini.
Monday, June 10, 2013
Pergola Kayu Chengal
Pandangan majestik dan klasik setiap kali mata terpaku pada pergola kayu chengal ini. Umurnya sudah mencapai 11 tahun, namun masih gagah dan tegap menadah langit. Tetap utuh walau di hujani guruh dan petir serta panas terik mentari saban hari beserta sejuk embun malam. Itulah hebatnya pergola kayu cengal ini. Sungguh klasik dan rustik kombinasi kayu chengal tua dari hutan Raub digarap oleh kepakaran tukang kayu hebat iaitu Abang Pin dari Hulu Bernam. Pergola Kayu Chengal semoga dapat berdiri megah hingga banyak masa mendatang.
Sunday, June 9, 2013
Bagai Aur Dengan Tebing
Saya teringat pepatah melayu Bagai Aur Dengan Tebing sangat sesuai untuk menggambarkan keakraban pokok tanduk rusa ini bertaut di batang pokok kelapa pandan untuk menumpang kasih dan menyambung sebuah kehidupan. Kelopak demi kelopak pokok tanduk rusa yang keluar terus menjadi penyeri laman kami. Berkat kebaktian pokok kelapa pandan ini terhadap temannya mengundang rahmat Allah hinggakan buah kelapa pandan tidak putus-putus menghasilkan tandan demi tandan buah kelapa pandan. Harga sebijik kelapa pandan kat kedai mamak tak silap saya RM3. Satu lagi pepatah melayu yang membawa maksud yang hampir sama ialah Bagai Isi Dengan Kulit. Maka mungkin juga saya cetuskan satu pepatah baru Bagai Tanduk Rusa Dengan Kelapa Pandan. Apapun saya panjatkan penuh rasa syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini. Kembalikan segala pujian kepada yang Maha Pencipta. Alhamdulillah.
![]() |
| Bagai Tanduk Rusa Dengan Kelapa Pandan |
Wednesday, June 5, 2013
Oksigen dan Karbon Dioksid
Setiap detik denyutan jantung ini, kita sedut Oksigen dan kita hembus Karbon Dioksid ke ruang udara. Karbon Dioksid pula di sedut rakus oleh daun2 hijau dan di jeluak keluarkan Oksigen pada proses fotosintisis. Hebat sistem ciptaan Yang Maha Pencipta. Lengkap dan sangat canggih. Sempurna teknologinya dan sangat hebat kekuasaannya. Tapi manusia mudah lupa bahawa Oksigen pemberian Allah pada kita ini sangat berharga hingga tidak ternilai harganya. Tapi ada kita tunjukkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Maha Pemberi ini? Ada kita bayar bil bulan2 untuk bekalan Oksigen ini? Ada kita jaga solat fardu 5x sehari itu sebagai pra-syarat bagi bekalan Oksigen kesetiap lubang jantung? Sendiri mau ingat. Jangan menyesal bila nikmat Oksigen di tarik balik satu hari nanti.
![]() |
| Pandangan Dari Anjung Masjid Wakaf Lichong |
![]() |
| Bumi dan Langit |
![]() |
| Tanah Bendang Di Pasir Puteh |
![]() |
| Bumi Merekah |
![]() |
| Ombak Rindu |
![]() |
| Saujana Mata Memandang |
![]() |
| Lambaian dan Zikrullah |
![]() |
| Kita Hanya Insan Kerdil Di Bumi Allah |
Subscribe to:
Posts (Atom)
HASIL TANAMAN
HASIL TANAH Tidak rugi berbudi pada tanah. Benih yg disemai bakal menghasilkan buah di kemudian hari. Begitulah umpamanya kita di dunia ini...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...
























































