![]() |
| Bagai Tanduk Rusa Dengan Kelapa Pandan |
Sunday, June 9, 2013
Bagai Aur Dengan Tebing
Saya teringat pepatah melayu Bagai Aur Dengan Tebing sangat sesuai untuk menggambarkan keakraban pokok tanduk rusa ini bertaut di batang pokok kelapa pandan untuk menumpang kasih dan menyambung sebuah kehidupan. Kelopak demi kelopak pokok tanduk rusa yang keluar terus menjadi penyeri laman kami. Berkat kebaktian pokok kelapa pandan ini terhadap temannya mengundang rahmat Allah hinggakan buah kelapa pandan tidak putus-putus menghasilkan tandan demi tandan buah kelapa pandan. Harga sebijik kelapa pandan kat kedai mamak tak silap saya RM3. Satu lagi pepatah melayu yang membawa maksud yang hampir sama ialah Bagai Isi Dengan Kulit. Maka mungkin juga saya cetuskan satu pepatah baru Bagai Tanduk Rusa Dengan Kelapa Pandan. Apapun saya panjatkan penuh rasa syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini. Kembalikan segala pujian kepada yang Maha Pencipta. Alhamdulillah.
Wednesday, June 5, 2013
Oksigen dan Karbon Dioksid
Setiap detik denyutan jantung ini, kita sedut Oksigen dan kita hembus Karbon Dioksid ke ruang udara. Karbon Dioksid pula di sedut rakus oleh daun2 hijau dan di jeluak keluarkan Oksigen pada proses fotosintisis. Hebat sistem ciptaan Yang Maha Pencipta. Lengkap dan sangat canggih. Sempurna teknologinya dan sangat hebat kekuasaannya. Tapi manusia mudah lupa bahawa Oksigen pemberian Allah pada kita ini sangat berharga hingga tidak ternilai harganya. Tapi ada kita tunjukkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Maha Pemberi ini? Ada kita bayar bil bulan2 untuk bekalan Oksigen ini? Ada kita jaga solat fardu 5x sehari itu sebagai pra-syarat bagi bekalan Oksigen kesetiap lubang jantung? Sendiri mau ingat. Jangan menyesal bila nikmat Oksigen di tarik balik satu hari nanti.
![]() |
| Pandangan Dari Anjung Masjid Wakaf Lichong |
![]() |
| Bumi dan Langit |
![]() |
| Tanah Bendang Di Pasir Puteh |
![]() |
| Bumi Merekah |
![]() |
| Ombak Rindu |
![]() |
| Saujana Mata Memandang |
![]() |
| Lambaian dan Zikrullah |
![]() |
| Kita Hanya Insan Kerdil Di Bumi Allah |
Wednesday, May 15, 2013
Lemon Hijau
Cuaca agak panas kebelakangan ini. Pagi tadi saya lihat tiada embun pun di atas bumbung kereta saya di laman. Musim panas sekarang ini. Orang puteh kata it's summer time. Mungkin asbab cuaca panas dan baja yang cukup maka pokok lemon sebatang saya di tepi laluan dapur menjadi-jadi subur berbuah. Saya kira tidak kurang dari 12 biji sedang menyubur buahnya. Its a miracle. Hebat ciptaan Allah. Alhamdulillah. Mari saya paparkan beberapa gambar yang di snap isteri tercinta via Sony Xperia J nya...layaaan !!
Sunday, March 24, 2013
Kisah Sarapan Pagi via XperiaJ
![]() |
| The BEST Teh Tarik in Town |
Pagi ni saya keluar sarapan di restoran Salam1. Saya pekena telur masak separuh, roti kosong & teh tarik. Isteri saya pula makan roti telor dan minum nescafe panas. Cafe ini menjadi tempat faveret kami tiap minggu sebelum ke pasar mencari lauk pauk utk bekalan seminggu.
Sekian live update menggunakn telefon XperiaJ, dari Salam1 Cafe...roger !!
Tuesday, March 12, 2013
Kenangan Di Tok Bali
Pada 7/3/13 kami sekeluarga berpeluang singgah di pelabuhan perikanan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Ia merupakan pelabuhan pendaratan bot nelayan laut dalam dan pusat perniagaan dan pengedaran hasil tangkapan oleh penguasaha dan para peraih. Orang ramai juga boleh membeli hasil tangkapan ikan2 segar ini. Harganya sangat murah jika dibandingkan dengan harga di pasar2. Contohnya seekor ikan tenggiri bersaiz sederhana di pasar KL boleh mencapai RM40 seekor, itupun tidak begitu fresh dan sudah direndam ais. Di Tok Bali ini boleh dibeli dengan harga RM25 dan ianya fresh dari laut, rasanya berbeza dan sangat segar. Begitu juga dengan ikan bawal dan sotong. Pemandangannya juga sangat unik dan kami semua teruja menikmatinya. Namun ramai pelautnya dari kalangan rakyat Thailand.
![]() |
| Pelabuhan Tok Bali Pasir Puteh, Kelantan |
Saturday, March 9, 2013
Baja Garam
Kebun Tebu
Kebun tebu tepi pagar terus berkembang pesat. Tahun ni dah dua kali pi mesin tebu. Sekali tuai dalam 10 batang. Pucuknya boleh recycle sebagai benih baru. Jadi setiap kali tuai akan berganti semula dengan semaian baru. Species tebu kuning ni cantek juga kalau di nilai sebagai pokok hiasan. Cuma awas daunnya yang menggatalkan kulit. Satu yang anda perlu tahu ialah setiap minggu kalau boleh buangkan dua atau tiga helai daun yang sudah tua pada setiap pokok. Hasilnya pokok tebu yang subur dan nampak ceria. Tentulah airnya manis giler, sampai tak larat nak minum kalau tak campur air kosong. Renung2kan dan selamat beramal.
![]() |
| Tebu Kuning Air Manis |
Resort View
Alhamdulillah atas nikmat mata yang Allah anugerahkan maka dengannya dapatlah menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Saya berkongsi di sini pemandangan indah belakang rumah merenung di kejauhan sampai ke kaki langit dibarisi bukit bukau dan air tasek serta kehijauan dedaun memberi sebuah resort view. Pemandangan indah dan udara segar yang menggamit rasa syukur tidak terhingga pada insan kerdil seorang hamba-Nya. Syukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah.
![]() |
| Resort View From Backyard |
Bunga Kenanga
Kebun Pisang
Kebun pisang tepi rumah bukan kat Kg Pisang. Saksikan kejadian ini. Bukan dugaan tapi realiti kehidupan. Kebun Pisang yang banyak jugak la pokok pisang, cuma yang nak berbuahnya tak banyak, liat2 belaka. Tapi last week telah di tuai pisang berangan. Ada le sekadar dua sikat. Kini tinggal pisang emas, tu pun sesikat je keluar. Agaknya tanah tepi rumah yang keras membantutkan keadaan. Anyway, takpe lama2 berbuah jugak pokok pisang ni, insyaAllah.
![]() |
| Pisang Emas |
Lada Hijau
Lada hijau telah mengeluarkan tiga biji buah sulong. Dua minggu lepas isteri saya bubuh segenggam baja taik ayam organik gred A. Alhamdulillah nampaknya membuahkan hasil. Pokoknya tumbuh subur dan bunga yang keluar sudah bertukar menjadi buah. Saya pacakkan sebatang besi di tepi batang pokok lada dan ikatkan dgn dawai hijau untuk tujuan memberi sokongan pada batang yang tak sekuat mana itu, takut terkulai dek beban buah lada yang berat atau di pukul badai angin tropika.
![]() |
| Pokok Lada Hijau Depan Rumah |
Subscribe to:
Posts (Atom)
HASIL TANAMAN
HASIL TANAH Tidak rugi berbudi pada tanah. Benih yg disemai bakal menghasilkan buah di kemudian hari. Begitulah umpamanya kita di dunia ini...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...










































