CLICK my AD

Sunday, March 24, 2013

Kisah Sarapan Pagi via XperiaJ


The BEST Teh Tarik in Town

Pagi ni saya keluar sarapan di restoran Salam1. Saya pekena telur masak separuh, roti kosong & teh tarik. Isteri saya pula makan roti telor dan minum nescafe panas.  Cafe ini menjadi tempat faveret kami tiap minggu sebelum ke pasar mencari lauk pauk utk bekalan seminggu.

Sekian live update menggunakn telefon XperiaJ, dari Salam1 Cafe...roger !!

Tuesday, March 12, 2013

Kenangan Di Tok Bali

Pada 7/3/13 kami sekeluarga berpeluang singgah di pelabuhan perikanan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Ia merupakan pelabuhan pendaratan bot nelayan laut dalam dan pusat perniagaan dan pengedaran hasil tangkapan oleh penguasaha dan para peraih. Orang ramai juga boleh membeli hasil tangkapan ikan2 segar ini. Harganya sangat murah jika dibandingkan dengan harga di pasar2. Contohnya seekor ikan tenggiri bersaiz sederhana di pasar KL boleh mencapai RM40 seekor, itupun tidak begitu fresh dan sudah direndam ais. Di Tok Bali ini boleh dibeli dengan harga RM25 dan ianya fresh dari laut, rasanya berbeza dan sangat segar. Begitu juga dengan ikan bawal dan sotong. Pemandangannya juga sangat unik dan kami semua teruja menikmatinya. Namun ramai pelautnya dari kalangan rakyat Thailand.









Pelabuhan Tok Bali
Pasir Puteh, Kelantan



Saturday, March 9, 2013

Baja Garam

Baja garam memang ideal untuk pokok kelapa gading dan pokok kelapa pandan. Masa balik Kelantan hari tu saya beli garam kasar harganya RM5 untuk tiga kampit. Setiap kampit beratnya 2kg. Jadi saya telah bubuh share satu kampit untuk dua pokok kelapa saya.


Baja Garam Di Pangkal
Pokok Kelapa Pandan

Kebun Tebu

Kebun tebu tepi pagar terus berkembang pesat. Tahun ni dah dua kali pi mesin tebu. Sekali tuai dalam 10 batang. Pucuknya boleh recycle sebagai benih baru. Jadi setiap kali tuai akan berganti semula dengan semaian baru. Species tebu kuning ni cantek juga kalau di nilai sebagai pokok hiasan. Cuma awas daunnya yang menggatalkan kulit. Satu yang anda perlu tahu ialah setiap minggu kalau boleh buangkan dua atau tiga helai daun yang sudah tua pada setiap pokok. Hasilnya pokok tebu yang subur dan nampak ceria. Tentulah airnya manis giler, sampai tak larat nak minum kalau tak campur air kosong. Renung2kan dan selamat beramal.


Tebu Kuning Air Manis

Resort View

Alhamdulillah atas nikmat mata yang Allah anugerahkan maka dengannya dapatlah menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Saya berkongsi di sini pemandangan indah belakang rumah merenung di kejauhan sampai ke kaki langit dibarisi bukit bukau dan air tasek serta kehijauan dedaun memberi sebuah resort view. Pemandangan indah dan udara segar yang menggamit rasa syukur tidak terhingga pada insan kerdil seorang hamba-Nya. Syukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah.





Resort View From Backyard



Bunga Kenanga

Bunga Kenanga tak putus2 berbunga. Lepas satu, satu kembang bunganya membawa bau harum semerbak. Rajin bebenau dia berbunga. Elok la gitu ye dak?



Pokok Bunga Kenanga

Kebun Pisang

Kebun pisang tepi rumah bukan kat Kg Pisang. Saksikan kejadian ini. Bukan dugaan tapi realiti kehidupan. Kebun Pisang yang banyak jugak la pokok pisang, cuma yang nak berbuahnya tak banyak, liat2 belaka. Tapi last week telah di tuai pisang berangan. Ada le sekadar dua sikat. Kini tinggal pisang emas, tu pun sesikat je keluar. Agaknya tanah tepi rumah yang keras membantutkan keadaan. Anyway, takpe lama2 berbuah jugak pokok pisang ni, insyaAllah.




Pisang Emas

Lada Hijau

Lada hijau telah mengeluarkan tiga biji buah sulong. Dua minggu lepas isteri saya bubuh segenggam baja taik ayam organik gred A. Alhamdulillah nampaknya membuahkan hasil. Pokoknya tumbuh subur dan bunga yang keluar sudah bertukar menjadi buah. Saya pacakkan sebatang besi di tepi batang pokok lada dan ikatkan dgn dawai hijau untuk tujuan memberi sokongan pada batang yang tak sekuat mana itu, takut terkulai dek beban buah lada yang berat atau di pukul badai angin tropika.




Pokok Lada Hijau Depan Rumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...