CLICK my AD

Sunday, April 22, 2012

Happy Birthday Anakanda Yang Ke 21



KEK BLACK FOREST SPECIAL

Hujung minggu ini, isteri sibuk di dapur menyiapkan Kek Black Forest bagi meraikan ulangtahun hari lahir anak sulong kami. InsyaAllah petang nanti akan ke UIA untuk bertemu anakanda. ResipLinkinya boleh dirujuk di Blog FZMenu. Di samping itu memenuhi permintaan anak kedua, isteri menyiapkan pulut berinti dan saya tolong pack kan kiut-kiut dalam daun pisang. Resipinya boleh dirujuk di Blog FZMenu. Sementelah buah pisang tanduk yang saya tuai minggu lepas sudah masak elok maka isteri akan goreng banyak-banyak bagi di makan bersama kawan2 anakanda di UIA nanti. Alhamdulillah.


Pulut Berinti Enterprise

Pisang Tanduk Bakal Di Goreng
PISANG TANDUK GORENG

Sunday, April 15, 2012

Pisang Tanduk Di Hujung Tanduk

Pisang Tanduk Di Hujung Pokok

Dua Sikat Pisang - 7 biji sesikat

Alhamdulillah pagi ni saya tuai hasil tanaman di laman rumah. Pisang tanduk ini memang liat untuk berbuah. Maka apabila pokok kat sebelah kiri rumah ini berbuah sebulan lalu, maka hati begitu teruja. Terdapat 7 biji pisang pada setiap sikat pisang ini, maka jumlah 14 biji kali ini, Alhamdulillah. Rasanya melihat kepada warna yg masih hijau, maka kena peram dulu sehari dua. Pisang tanduk ni kalau di goreng memang sedap. Dua lagi resepi ialah sira pisang dan pengat pisang. Yang menyediakan dan menghidangkannya ialah isteri tercinta. Rezki jangan ditolak. Janji Rock !!


@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...