CLICK my AD

Tuesday, March 22, 2011

Stok Tanaman


Pada weekend lepas pulang sekejap ke kampung. Semasa balik ke KL sempat memenuhkan bonet kereta dengan dua anak dokong, satu pokok lada hijau besar, satu anak pisang nangka, satu anak pisang kebatu, dan satu pisang kelat lega.

Sambil mencari tapak yang sesuai sekitar laman, maka diambil keputusan untuk melupuskan pokok dragon fruit yang telah diberi peluang hidup selama 3 tahun namun masih gagal menghasilkan buah. Tapak dragon fruit itu dijadikan tapak semaian dua pokok dokong dan satu pokok lada. Manakala tiga anak pokok pisang itu memenuhi di sebelah pagar kanan di mana rumpunan daun pandan terpaksa dikorbankan. Semenjak dua menjak ini, hujan sering turun menjelang petang dan awal pagi. Semoga semaian baru ini dapat menyesuaikan diri dan terus hidup subur.

Rasa syukur atas segala nikmat ini. Nikmat mata yang dapat melihat segala kehijauan dan warni-warni tumbuhan ciptaan Allah. Nikmat laman yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman. Memang kami suami isteri minat berkebun dan berseni taman. Keringat yang membasahi menjadi saksi riadah berkebun kami. Hasilnya pokok2 yang subur dan tumbuh membesar di depan mata. Alhamdulillah.

Kini sudah ada pelbagai jenis pokok pisang rasanya tidak kurang 20 batang kesemuanya. Kemudian ada pokok daun pandan, pokok lidah buaya (aloe vera), pokok limau nipis, pokok jambu, pokok mangga cikonan, nangka madu, bunga kantan, tiga pokok rambutan anak sekolah, tebu kuning, kelapa pandan, kelapa gading, longan ping-pong, mata kucing, cili api, lima pokok limau kasturi, cempedak, manggis, limau purut, lemon, pokok daun kari, daun kesom, daun pegaga, dan pokok serai.


@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...