Sunday, February 28, 2010

Cantek Berseri















Naik seri laman bila baru di bersihkan. Berpeluh la jugak. Saya lihat isteri dok giat membuang rumpai2 di celah2 rumput mutiara dan pokok daun kesum, jadi kena bagi sokongan moral. Saya pun bantu kumpulkan daun2 kering untuk dibuang. Sempat trim rumput mutiara kat laluan dapur dan di 're-cycle' ke bawah rumah okid. Kemudian petik dua biji buah kelapa gading dan dua biji buah kelapa pandan untuk air kelapa muda. Dapat le satu jag penuh. Anak sulong pula turut bantu basuh skuter dan buang bahan buangan penuh dua kereta tolak. Anak bongsu tolong lipat kain sambil menonton tv. Anak no dua pula kerja direct 15 jam hari ni di BookWorm. Petangnya saya recover dengan tidur sekejap. Malam ni insyaAllah ke surau Al-Faiizeen untuk ceramah Maulidur Rasul oleh Ust Fauza dari Shah Alam.

@@@

Tuesday, February 23, 2010

Gunung Angsi

"Papa, tkar plan, grak kul 2.30...abg nak trun da ni...nak b'kumpul kat bas..."

Itulah mesej SMS yg diterima sekejap tadi. Anak saya Amir telah bagitau semalam bahawa plan asal untuk ekspedisi Gunung Batu Puteh kat Perak telah dibatalkan oleh pihak menganjur kerana sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. Khabarnya gunung itu telah ditutup untuk pendakian oleh pihak berkuasa buat masa ini. Jadi plan itu telah di ganti dengan pendakian Gunung Angsi di N9. Katanya akan bertolak pada pagi Rabu.

Saya dan isteri dok merungut buang masa je abang ni, sebabnya plan hari tu Isnin malam akan bertolak ke Perak, tapi sekarang pagi Rabu baru nak bertolak ke N9...ish, ish. Dah 2 hari wasted semenjak balik ke UIA pada petang Ahad lalu (Amir sedang cuti semesta selama 3 minggu). Cuma diam2 tu bersyukur juga kerana bila saya tengok profil Gunung Batu Puteh kat internet, boleh tahan mencabar dan merupakan gunung ke-8 tertinggi di Semenanjung. Rasanya bahaya tu untuk first timer macam Amir ni. Tup tup tak jadi, bagus la tu, ada hikmahnya.

Saya pun terus mencari profil Gunung Angsi yang pertama kali saya dengar namanya ini di internet. Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi hutan rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan sepanjang 4.5 kilometer sepanjang sungai Batang Terachi. Dari gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti gunung Telapak Buruh, gunung Berembun, gunung Dato dan gunung Tampin.

Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban, mengarah ke Kuala Pilah. Pengunjung yang datang dari arah Seremban, akan menikmati perjalanan melalui Bukit Putus dan singgah ke Hutan Lipur Ulu Bendul.

Terdapat tiga trek untuk mendaki gunung ini, yang ke dua adalah mendaki daripada puncak laluan bukit putus, iaitu, penamat kepada jalan bengkang-bengkok sekiranya pendaki datang dari arah Seremban. Trek dari sini adalah lebih kecil kerana trek ini jarang di gunakan. Trek yang ke tiga adalah mula mendaki dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan Taman Tasik ).

Pendakian tidaklah sesukar gunung2 lain kerana Gunung Angsi ini tidaklah tinggi dan hanya sesuai menjadi tempat berlatih sahaja. Perbandingan yang di buat diantara trek Ulu Bendul dan Trek Bukit Putus ini adalah trek Ulu Bendul adalah lebih jauh kerana pendaki terpaksa melalui beberapa bukit dari pondok Guard ke Jeram Kak Lang manakala pendakian dari Bukit Putus adalah lebih dekat dan landai.

Amir dan 30 rakannya kini on the way dengan bas ke sana. Katanya pendakian akan bermula petang nanti. Dan akan bermalam di pertengahan gunung. Besoknya akan meneruskan pendakian dan bermalam di puncak. Pada hari khamis akan berangkat balik. Semoga ekspedisi ini dapat berjalan dengan jaya dan memberi pengalaman berguna buat seluruh ahli Kelab Adventure UIA yang mengambil bahagian. Ianya akan menjadi latihan yang berguna untuk ekspedisi yang lebih mencabar pada masa depan.
@@@

Monday, February 22, 2010

Gunung Batu Puteh


Gunung Batu Puteh adalah gunung ke-8 tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2,131m (6,993 kaki) dari aras laut. Ia terletak di sempadan negeri Perak dan dapat di masuki melalui Pusat Rekreasi Kuala Wok, 10km dari Tapah. Pendaki selalunya bermalam di tapak perkhemahan Gunung Batu Kok pada aras ketinggian 1,440m.

10 Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia:

1. Gunung Tahan (2,190m)
2. Gunung Korbu (2,183m)
3. Gunung Yong Belar (2,181m)
4. Gunung Gayong (2,173m)
5. Gunung Chamah (2,171m)
6. Gunung Yong Yap (2,168m)
7. Gunung Ulu Sepat (2,158m)
8. Gunung Batu Putih (2,131m)
9. Gunung Irau (2,110m)
10. Gunung Benom (2,107m)

Memetik pengalaman Sdra Maswafi pada blog beliau dapat menggambarkan suasana di Gunung Batu Puteh.


“Selepas sejam perjalanan bentuk muka buminya lebih banyak kepada batu-batu besar hingga menyukarkan pendakian kerana terpaksa berpaut pada kayu dan tali yang ditinggalkan oleh pendaki terdahulu. Terdapat juga sebuah batu besar yang betul-betul terletak di sebelah gaung yang cukup bahaya mengingatkan aku kepada Batu Hampar di Ledang. Sampai di Puncak Batu Kak kami singgah sekejap melihat puncak Gunung Batu Putih mengikut masyarakat asli dan mengikut peta (tentera). Bagi aku unjuran Gunung Batu Putih yang diberikan oleh masyarakat asli lebih menepati maksudnya kerana ia tersergam seperti batu putih yang licin disekelilingnya sebesar banglo Siti Nurhaliza. Apapun permandangan 360 darjah dari Puncak Batu Kak sangat indah jika mahu melihat Gunung Batu Putih, samala indahnya melihat Everest dari puncak Kala Pattar.”


Anak sulong kami Amir Asyraf mengikut perancangannya, akan menyertai ekspedisi pendakian ini buat pertama kalinya bersama kumpulan 40 orang ahli Kelab Adventure UIA. Rombongan mereka dijangka bertolak pada pagi Selasa 23 Feb 2010 dari Kampus UIA, PJ. Semoga latihan ringkas yang diberikan oleh pihak penganjur termasuklah ‘fitness test’ dan latihan masak dapat membantu.


Kasut trekking baru telah dibeli. Dan‘backpack’ yang dipinjam daripada Ust Roseam itu pula harapnya dapat melengkapkan peralatan sesuai untuk aktiviti lasak ini. Selamat menempuh pengalaman baru ini dan semoga mendapat pengajaran dalam meneliti kehebatan ciptaan Allah. Semoga pengalaman berguna ini akan membantu dalam melengkapkan diri dalam ekspedisi seterusnya di semesta 4 nanti. Selamat berjaya !!

@@@

Saturday, February 20, 2010

Tanam Limau Kasturi


Pagi ni selepas ke pasar, saya dan isteri pun keluar berkebun di laman. Projek hari ini ialah menanam pohon limau kasturi. Pohon ini di beli oleh isteri pada program bersama Jabatan Pertanian yang di adakan di Surau Al-Bayan semalam. Setelah membuat tinjauan awal di dapati tak ada kawasan yang sesuai, maklumlah semua ruang sudah di tanam pelbagai pokok. Macamana ni?

Isteri saya mengesyorkan supaya di alih pokok salak yang di tanam kat depan tu kerana pokok itu berduri 'jarum tilam' dan merbahaya kepada makhluk bernyawa, terutamanya pembaca meter air Syabas. Sayang la pulak. Kerana pokok salak baka baik ini sudah subur. Saya tanam berpasangan kerana mengikut teori orang kampung, kena berpasangan baru beranak, maksud saya berbuah.

Setelah dipertimbangkan maka dibuat keputusan iaitu pokok salak ini akan di gali dan dipindahkan ke tempat lain. Berkemungkinan besar akan di tanam di kawasan surau Al-Faaizeen. Kalau berbuah besok, kira niat sedekah jariah untuk orang ramai. Maka saya pun ambik 'cok betul besi waja' dan terus bertindak. Dua rumpun pohon salak ini berjaya di keluarkan tanpa cacat cela.

Kemudian saya membuat lubang berukuran 2'x2' di tapak pohon salak tadi. Di buang batu-batan yang ada di dasar lubang. Saya masukkan air dari paip air untuk menguji ketelusan laluan air di dasar lubang. Kerana mengikut teori, jika air tersekat oleh lapisan keras hingga tak dapat terserap ke bawah maka anak pokok akan sakit kerana akarnya akan terendam air. Ok setelah lulus ujian ini maka saya pun memasukkan sekampit tanah baik bercampur dengan tanah yang saya kikis dari parit sekitar rumah. InsyaAllah subur ni.

Kemudian di masukkan air ke dalam poly bag anak pohon limau kasturi supaya mudah dikeluarkan solid bersama akar2 dan tanahnya. Ok berjaya. Di tanam dengan kalimah Bismillah dan doa agar ia akan tumbuh dan hidup subur. Memandangkan lokasinya di luar pagar, maka saya berdoa supaya ia rajin berbuah dan sekiranya ada orang ramai yang sudi memetiknya nanti maka saya niatkan sedekah, insyaAllah.


@@@

Tuesday, February 16, 2010

Round2 Ngan Moto






Weekend tahun baru cina ni, kami anak beranak cuba penuhi masa dengan aktiviti berfaedah dan riadah. Semalam saya main badminton kat laman dengan shilah & kakak, berpeluh la jugak. Pastu ajak maam pi round2 ngan skuter sekitar taman perumahan kami yang berbukit-bukau dan penuh panorama ini. Best bila badan yang berpeluh di terpa angin begitu.

Sunday, January 31, 2010

The Color Of Money

Semalam anak kedua kami 'kakak' teruja sakan apabila mendapat gaji pertamanya setelah berpenat lelah bekerja di bookstore BS. Sudah sebulan kakak bertugas di sana sebagai mengisi masa cuti menunggu keputusan SPM nya. "Penat nya mama," selalu itulah rungutan kakak setiap kali pulang dari kerja, apatah lagi bila ditugaskan bekerja overtime direct dari 8 pagi hingga 11 malam. Kesian anakku. Kami menghantar dan mengambilnya setiap hari, maklumlah anak perempuan tidaklah sebebas anak lelaki dan kenalah di tatang bagai minyak yg penuh.

Saya dan isteri pula merasa bangga juga kerana kakak adalah anak yang pertama bekerja dalam kalangan anak kami yang bertiga itu. Tahniah kak. Kakak tu kadang over excited pula untuk memegang segumpal duit hasil titik peluhnya. Kakak begitu gem
bira apabila membuka akaun bank di Public Bank tempoh hari dan tersengih-sengih bila mendapat kad ATM nya. Cuma pesanan untuk kakak ialah jangan boros berbelanja dan saving more. Ingatlah penat lelah dan bukan mudah nak dapat duit itu.

But anyway sempena fi
rst pay, kakak telah merancang untuk belanja kami sekeluarga makan. So semalam kami dinner di Rawang. Kakak belanja kat Pizza Hut, best!! Thanks Kak and keep up the good work.

Saturday, January 30, 2010

Santai Di Laman


Santai di laman seketika bagi me ra'i kan suasana. Isteri sedang menyiram pokok2 bunga dan pokok2 hiasan di laman rumah. Maklumlah kebelakangan ini cuaca agak panas dan jarang sekali hujan.



















Saya yang sedang ment
elaah akhbar The Star sepulang dari pasar tadi, di kejutkan dengan panggilan pulau oleh isteri untuk menolongnya di laman clear kan apa yang patut. Ok lah sampai seru untuk saya setelah dua tiga menjak ni agak liat sikit nak berkebun atau membuat kerja2 maintenance kat laman. Tadi pakai t-shirt puteh, tak boleh jadi ni, sebab sudah banyak helai t-shirt yg elok dah jadi tak elok dan bertompok akibat di buat berkebun. Jadi saya pun masuk bilek pekena unifom berkebun, t-shirt warna kelabu dan seluar trek. Pertama sekali ambik kereta tolak kat tepi rumah, isikan segala bahan2 buangan dan ranting2 pokok yg isteri trimkan. Saya cabut rumput2 liar dan potong ranting2 yg memang menyemak kat anjung dapur tu.

Buah kelapa gading kat depan tu nampak oren semacam, dah besar dan macam dah boleh di petik. Ok tawakkal. Dah mantap kot. Bila di belah, airnya banyak namun isinya masih belum matang sangat. Tapi ok lah, bila disejukkan dalam freezer, memang nikmat bin nikleh untuk santapan masa lunch.

Rumput yg dah dipenuhi
kemuncup di laman ni memang berbulu mata saya memandang.
Saya mintak tolong anak jantan yg kebetulan balik cuti weekend yg dok asyik ber 'facebook' dan ber 'you tube' supaya keluar ke laman dan mesin rumput.

Alhamdulillah siap dan nampak terurus kembali taman impiana iman ini.
@@@

Sunday, January 24, 2010

Raikan Suasana


Semalam pi ziarah anak saudara yg accident di Ampang Puteri. Pastu singgah ambik amir yg balik weekend kat LRT Jelatek. Ooo sebelum tu pi breakfast nasi belauk kat Restoran Mak Wan dekat Pasar Keramat. Dah lama tak merasa nasi belauk ni, memang power.
Malam tadi pulak lepas ambik kakak yang habis kerja shift malam pada pukul 12 tgh malam, kami anak beranak singgah 'dinner' kat Bistro Salam Sentosa. Roti milo, roti planta, dan capati jadi pilihan. Minuman pulak milo ais, teh tarik dan nescafe tarik. Hari ni mama masak special rojak mee, fuuhh boleh tahan. Ok lah kami nak pi jogging ni...bye. Kakak dah pi kerja. Amir lak dah balik UIA.

@@@

Sunday, January 17, 2010

Menghirup Udara Segar

Pagi hari minggu yang agak produktif, iaitu selepas solat subuh berjemaah dgn isteri dan anak, sempat mengaji Al-Qur'an sekadar dua mukasurat bersama terjemahannya. Kemudian parking depan TV9 sat tengok rancangan "Tanyalah Ustaz", pagi ni kelolaan Ustaz Zahzan. Kemudian bersiap nak hantar Iman ke sekolahnya di SMK-BS untuk mesyuarat badan pengawas nya yang bermula jam 8 pagi. Bersekalilah pula untuk hantar Nur Farihin (kakak) ke tempat kerjanya di BookWorm, shift pagi 8pg-4ptg. Untuk info, kakak dah 3 minggu kerja di BookWorm sepanjang masa cuti tunggu result SPM ni. Alhamdulillah.

So singgah sat kat kedai Mesra Petronas, beli roti Delecia dan air Dutchlady buat bekal breakfast Iman & Kakak. Ok then have a sweet time dengan isteri ambo, gi breakfast roti telor & teh tarik di Salam Sentosa. Bungkus roti milo satu, untuk hantar kat Kakak buat makan masa break nanti. Pastu drop mama kat pasar cari lauk-pauk & sayur-mayur. Hmm...sambil tu pi isi minyak kereta & beli The Star.

Balik umah jeng jeng...misi mesen rumput. Clear beb. Cantek & green. Macam biasalah daun2 kering, pelepah2 kelapa & pisang memenuhi 'kereta tolak' yg masih kempis tayar tu, untuk di nyahkan di kaki bukit sana. Mission berjaya. Then pickup Iman dari sekolahnya. Mama masak percik ikan untuk lunch...best.

Lepas lunch tu, relax sat kat sofa di 'm
ini library corner' di bawah deru kipas sambil baca The Star. Sedih melihatkan berita front page tentang bencana gempabumi di Haiti yang dikhuatiri meragut 200,000 nyawa dari sejumlah 4 juta penduduknya. Apabila bala Allah tiba, maka di sana tiada lagi di bezakan antara yang mana kelompok yang beriman atau yang kufur.

Around pukul 4ptg s
ekali lagi pulas steering pi ambik Kakak pulang dari kerjanya. Selepas solat asar dan minum petang bersama juadah bubur jagong (mama sediakan juadah peberet Iman ni dah masuk kali ketiga untuk minggu ini), kami sekeluarga bersiap untuk keluar riadah iaitu berjogging & cycling sekitar taman yang dikelilingi pemandangan indah bukit bukau, awan di langit, tasek dan kehijauan di bumi. Sambil menghirup udara segar kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya, yang menjadi penyebab dan hukum alam untuk kita dapat bernyawa & bernafas lagi hari ini. Alhmadulillah.

Terasa sihat badan setelah saya berlari-lari anak sejarak 3 km ini. Berpeluh seluruh badan. Cuma di khuatiri akan di susuli sakit2 urat malam nanti, maklumlah permulaan aktiviti ri
adah yang sudah lama tidak di amalkan. Amalan gaya hidup sihat ini harapnya diteruskan menjadi rutin mingguan sekeluarga, insyaAllah. Oh ya, sempat jugak menuai hasil tanaman, iaitu setandan pisang emas.

Ok setelah kering peluh, bersiap pula untuk berjemaah maghrib di surau. Kemudian ke Pasar Malam untuk membeli dinner dan apa yg patut. Kami mencuba nasi kukus ayam kampong sebagai juadah makan malam. Boleh tahan juga sedapnya. Anakanda menonton movie "My Wife Is A Gangster" di TV8. Saya masuk beradu sekitar pukul 11 malam kerana kepenatan.

Se
bagai konklusi posting ini dan mengambil tajuk yang digunakan, maka saya sangat lah bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat dan rezki yang di kurniakan. Terutamanya nikmat saya sekeluarga dapat "Menghirup Udara Segar" di kaki bukit ini. Saya merasa sangat bertuah kerana di pilih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini. Amiin.

@@@

TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...