Tuesday, February 23, 2010

Gunung Angsi

"Papa, tkar plan, grak kul 2.30...abg nak trun da ni...nak b'kumpul kat bas..."

Itulah mesej SMS yg diterima sekejap tadi. Anak saya Amir telah bagitau semalam bahawa plan asal untuk ekspedisi Gunung Batu Puteh kat Perak telah dibatalkan oleh pihak menganjur kerana sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. Khabarnya gunung itu telah ditutup untuk pendakian oleh pihak berkuasa buat masa ini. Jadi plan itu telah di ganti dengan pendakian Gunung Angsi di N9. Katanya akan bertolak pada pagi Rabu.

Saya dan isteri dok merungut buang masa je abang ni, sebabnya plan hari tu Isnin malam akan bertolak ke Perak, tapi sekarang pagi Rabu baru nak bertolak ke N9...ish, ish. Dah 2 hari wasted semenjak balik ke UIA pada petang Ahad lalu (Amir sedang cuti semesta selama 3 minggu). Cuma diam2 tu bersyukur juga kerana bila saya tengok profil Gunung Batu Puteh kat internet, boleh tahan mencabar dan merupakan gunung ke-8 tertinggi di Semenanjung. Rasanya bahaya tu untuk first timer macam Amir ni. Tup tup tak jadi, bagus la tu, ada hikmahnya.

Saya pun terus mencari profil Gunung Angsi yang pertama kali saya dengar namanya ini di internet. Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi hutan rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan sepanjang 4.5 kilometer sepanjang sungai Batang Terachi. Dari gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti gunung Telapak Buruh, gunung Berembun, gunung Dato dan gunung Tampin.

Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban, mengarah ke Kuala Pilah. Pengunjung yang datang dari arah Seremban, akan menikmati perjalanan melalui Bukit Putus dan singgah ke Hutan Lipur Ulu Bendul.

Terdapat tiga trek untuk mendaki gunung ini, yang ke dua adalah mendaki daripada puncak laluan bukit putus, iaitu, penamat kepada jalan bengkang-bengkok sekiranya pendaki datang dari arah Seremban. Trek dari sini adalah lebih kecil kerana trek ini jarang di gunakan. Trek yang ke tiga adalah mula mendaki dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan Taman Tasik ).

Pendakian tidaklah sesukar gunung2 lain kerana Gunung Angsi ini tidaklah tinggi dan hanya sesuai menjadi tempat berlatih sahaja. Perbandingan yang di buat diantara trek Ulu Bendul dan Trek Bukit Putus ini adalah trek Ulu Bendul adalah lebih jauh kerana pendaki terpaksa melalui beberapa bukit dari pondok Guard ke Jeram Kak Lang manakala pendakian dari Bukit Putus adalah lebih dekat dan landai.

Amir dan 30 rakannya kini on the way dengan bas ke sana. Katanya pendakian akan bermula petang nanti. Dan akan bermalam di pertengahan gunung. Besoknya akan meneruskan pendakian dan bermalam di puncak. Pada hari khamis akan berangkat balik. Semoga ekspedisi ini dapat berjalan dengan jaya dan memberi pengalaman berguna buat seluruh ahli Kelab Adventure UIA yang mengambil bahagian. Ianya akan menjadi latihan yang berguna untuk ekspedisi yang lebih mencabar pada masa depan.
@@@

4 comments:

fzi said...

Mohon Allah permudahkan jalan bagi anakku dan kesemua yang lain. Mohon Allah pelihara anakku dan ahli2 rombongan dalam perlindungan-Nya. Selamat naik gunung, selamat turun dan selamat sampai balik umah...aminnn

School Of Tots said...

Dah call jam 9:30mlm tadi. Dah siap khemah dan dinner masak nasi lauk sardin. Mereka sampai pukul 5ptg dan berkhemah di kaki gunung. Esok akan mendaki dan bemalam di puncak. Ok selamat..

sot said...

Alhamdulillah team Amir seramai 5 orang telah berjaya touch down di puncak Gunung Angsi pada pukul 12:45 tgh tadi. Ada satu team lagi berjaya sampai. Yang lain patah balik give-up sebab tak larat...he he..

amir acap said...

pergh mmg penat gle la nek gunung angsi ni..ingt bese2 je..tp tu dia, sakit gle..hee..

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...