
Saya dan isteri pula merasa bangga juga kerana kakak adalah anak yang pertama bekerja dalam kalangan anak kami yang bertiga itu. Tahniah kak. Kakak tu kadang over excited pula untuk memegang segumpal duit hasil titik peluhnya. Kakak begitu gembira apabila membuka akaun bank di Public Bank tempoh hari dan tersengih-sengih bila mendapat kad ATM nya. Cuma pesanan untuk kakak ialah jangan boros berbelanja dan saving more. Ingatlah penat lelah dan bukan mudah nak dapat duit itu.
But anyway sempena first pay, kakak telah merancang untuk belanja kami sekeluarga makan. So semalam kami dinner di Rawang. Kakak belanja kat Pizza Hut, best!! Thanks Kak and keep up the good work.
