Sunday, January 1, 2023

KENANGAN UMRAH #1

 


KENANGAN UMRAH 2019


Asalnya saya, isteri, anak bongsu, anak sulong, cucu & besan register dgn Tiram Travel untuk pakej ofer rm5,050 yg bertolak pada 6/1/2020. Kemudian saya, isteri & anak bongsu upgrade ke pakej 5,490 yg tarikhnya lebih awal iaitu 6/11/19. Hotel di mekah dan madinah yg lebih dekat iaitu 50m. Namun flight ditukar drp Saudi Airlines kpd Air Asia. Kami juga kena tambah rm350 seorang untuk kenaikan fi visa umrah yg dikenakan kerajaan saudi. Jadi total pakej kami ialah rm5,840. Campur pasport rm200. Jadilah rm6,040 seorang.

***

Ini adalah trip pertama saya. Saya ditemani isteri & anak bongsu. Kami bergerak keluar dari rumah anak kedua di kajang pada pukul 9:15pm. Tiba di KLIA2 pada pukul 10:30pm. Selesai group checkin untuk luggage pada pukul 1:30am. Mutawif memberi briefing bagi 5 grup Tiram Travel. Kami masuk ke balai berlepas pada pukul 2:45am. Penerbangan Air Asia Carrier D7 Flight 700 melalui gate Q4. Jaraknya agak jauh juga dengan berjalan kaki. Sebelum menaiki lif ke tingkat bawah saya singgah ke surau untuk mengambil wudhuk dan menukar ke pakaian ihram. Seterusnya saya solat sunat ihram 2 rakaat. Kemudian saya solat sunat taubat 2 rakaat. Kemudian terus bergerak ke gate Q4. Mulut saya mengalunkan kalimah tarbiyah sambil berjalan. Kami menunggu di lobi selama 1 jam.

Panggilan boarding di buat pada pukul 4:30am. Saya ditempatkan di seat 27J di sisi  isteri saya. Namun anak saya diberi seat yg agak terpisah iaitu 28A. Seorang pakcik tua dari Taiping yg datang secara berkumpulan duduk di seat sebelah kiri saya. Saya pun meminta untuk bertukar dgn seat anak saya. Alhamdulillah anak saya dapat pindah seat maka duduklah kami sederet 3 seat sebelah kanan betul2 di tengah pesawat iaitu bahagian sayap Airbus.

Pesawat berlepas pada pukul 5:10am pada hari rabu 6/12/19. Durasi penerbangan selama 9 jam. Kami di hidangkan dengan pek nasi lemak pak naseer. Kemudian saya habiskan masa dengan berehat dan tidur. Kemudian kami disajikan dengan hidangan dalam flight kedua berupa satay ayam. Flight mendarat pukul 9:10am waktu saudi (2:10pm waktu Malaysia). Perbezaan waktu 5 jam dengan Malaysia. 

******

Bas berlepas pukul 10:55am dari airport jeddah ke mekah. Di kiri kanan highway saya lihat banyak bangunan, mungkin bangunan ofis atau perumahan. Ada juga bangunan kilang, showroom & stesen minyak. Bentuk bangunan berkotak dan bersegi dgn bumbung flat mungkin konkrit.

Bas berhenti di R&R utk solat zohor dan makan tengahari. Mutawif memberi taklimat dengan menggunakan PA system dalam bas. Antara yang diberitahu ialah itenari pada hari pertama. Checkin hotel mungkin agak lewat, jadi mutawif bagitau setelah tiba di hotel nanti, kita akan ke surau hotel untuk bersih diri dan kemudian akan terus melakukan umrah rukun. Mutawif juga menekankan kepentingan menepati waktu. Di sini kita kena tunggu bas, bukan bas tunggu kita. Jika lewat maka kita akan ditinggal bas.

Setakat ni tiada traffic jam. Mungkin jalanraya tidak sesesak musim haji. Pokok memang jarang kelihatan kecuali pokok2 jenis palma. Keadaan tanah bergurun dan di kejauhan kelihatan berbukit. Suhu tika ini 29 degree celcius. Banyak juga kelihatan kreta berjenama toyota, hyundai, kia, dan honda di jalanan.

Inilah tanah kelahiran Rasulullah. Tempat bermula segalanya. Kini saya berada di sini, umpama mimpi dalam mimpi. Terima kasih ya Allah kerana rezkikan saya sampai di sini, di bumi bertuah, tanah suci yang penuh sejarah ini. Tamadun Islam di semai benihnya lebih 1400 tahun dahulu hingga menyubur mewarnai 1/3 penduduk dunia di hari ini.

Saya akan menziarah dan mengalami sendiri untuk menghayati suasana tanah arab ini. Ku lihat bukit-bukit tandus tanpa sehelai rumput apatah lagi pokok menghijau. Kering kontang tanah dan batunya. Di sini dulu Rasulullah dan para sahabat bergerak dengan berjalan kaki atau menunggang unta. Bergerak di gurun pasir untuk berdagang, berdakwah, berhijrah dan berperang. Oh mujahadah sungguh, penuh cabaran dan susah payah. Hingga islam yang bermula daripada seorang penganut hinggalah kepada 2.6 bilion manusia kini beragama islam. Itulah natijah mujahadah generasi nabi dan para sahabat yang seterusnya diwarisi oleh para alim ulamak, daei, asatizah dan pendakwah daripada pelbagai pelbagai pelusuk dunia. Islam terus utuh kekal hingga kiamat sebagai satu-satunya agama yang benar, yang diiktiraf oleh Allah yang Maha Pencipta dan Maha Pemilik Segala.

Malamnya grup kami melakukan umrah rukun. Mutawif yg memimpin. Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan tawaf 7 pusingan bermula dan berakhir di sudut hajatul aswad. Saya terpisah daripada isteri dan anak. Namun berjumpa semula usai 7 pusingan. Puluhan ribu orang yang pelbagai warna kulit bersama-sama tawaf. Perasaan yang sungguh hebat. Terima kasih ya Allah kerana meletakkan kami di sini.

*****

Kemudian kami bergerak ke laluan safa marwa untuk ibadah saei, juga tujuh pusingan straight, bukan pusingan bulatan sebagaimana tawaf di Baitullah. Saei bermula di safa. Saya berlari-lari anak di kawasan berlampu hijau. Saya sudah terpisah daripada grup. Sampai di pintu #22, saya mengambil keputusan untuk keluar ke toilet. Niat saya untuk mula balik di situ usai qada hajat nanti. Rupanya saya kena berjalan agak jauh kira-kira 500 meter untuk ke toilet. Bila selesai saya pun berpatah balik. Saya agak was-was dlm hati bila menaiki escalator ke bawah kerana masa datang tadi saya tidak menggunakan escalator. Rupanya saya sudah berada di laluan saei di under ground. Saya mengambil keputusan untuk memulakan saei from zero. Saya berjalan ke arah bukit safa. Agak konpius kerana kedua-dua arah nampak sama sahaja. Untuk kepastian saya bertanya seorang pak arab, "Is this safa? We start from here?" Dia menjawab, "Yes, safa. Start here." Maka saya pun memulakan ibadah saei saya di line bukit safa. Pada setiap langkah bibir saya melafazkan zikir. Pada round #1 zikirnya, "Astaghfirullahilazim." Sampai di bukit marwa, round #2 saya zikirkan,"Subhanallah." Sambil lintasan hati berkata, "Maha suci Allah." Round #3, "Alhamdulillah." Round #4, "Allahu Akbar." Round #5, "La Illaha illallah." Round #6, "La hau la wa la quwwata illa billah..." Round #7, "Subhanallah hilazim Subhanallah wa bi ham dih." Set 7 kalimah zikir ini juga yang saya amalkan ketika melakukan pusingan tawaf. 

***
Khamis 7/9/19
Hari bebas. Usai solat subuh saya lakukan tawaf sunat. Saya guna laluan yg luar sikit, supaya tidak berhimpit sangat. Kemudian sarapan di hotel. Usai solat zohor, saya niat nak tawaf, tapi tak jadi sebab cuaca agak panas. Usai solat asar saya berjaya tawaf 7 pusingan campur 2 lagi pusingan sebab bahu kiri teralih drp kaabah krana aktiviti ambik gambar dan selfie. Saya berjaya merapatkan diri ke hijr ismail.

Jumaat 8/11/19

Saya solat jumaat di Masjidil Haram. Begitu syahdu perasaan ini.

***
Sabtu 9/11/19

Menaiki bas dan bertolak pk 7:15am ke jabal thur. Turun bergambar beramai-ramai. Kemudian bergerak ke jabal rahmah di tengah2 arafah, tempat pertemuan adam & hawa. Mina ibarat rahim ibu, bisa menanggung brapa ramai pun jamaah. Seterusnya melalui jabal nur lokasi gua hiraq tempat Rasulullah menerima wahyu pertama.

***
Ahad 10/11/19

Ziarah ke hudaibiyah. Lokasi perjanjian hudaibiyah yg dikatakan berat sebelah. Namun ia strategi bijak nabi untuk jangka panjang. Mungkin ia menjadi asbab generasi kita dapat mengerjakan ibadah umrah dan haji tanpa halangan. Maka kami berniat umrah dan berihram dengannya di miqat hudaibiyah. Saya terus melakukan tawaf umrah pukul 10:00am. Seterusnya melakukan ibadah sai'e. Kemudian bercukur di barber shop. Maka saya mendapat tahlul dan selesai lah umrah sunat ini. Pertama kali bercukur botak licin. Saya niatkan sebagai gugur segala dosa saya bersama helaian rambut yg dicukur licin itu. Saya ingin bersih daripada dosa. Tanah haram ini menjadi titik mula perjalanan baru. Menghabis sisa usia di jalan yang lurus menuju redho Allah. Aamiin.

***
Isnin 11/11/19

Terjaga daripada tidur pabila sahabat sebilik tengku deraman sedang bersiap untuk ke masjid pukul 1:30am. Saya masih liat seraya menarik selimut. Kemudian terjaga pukul 2:00am dek deringan alarm sdra hafiz yg tidur mati yang tak terjaga pun oleh deringan kuat alarm yang dia set. Apapun ada hikmahnya. Saya terus bangkit dan bersihkan diri. Terus ke masjid dengan perasaan terharu kerana hari ini adalah hari terakhir di mekah. Sekitar pukul 2:00pm nanti kami akan bergerak menuju madinah. Saya terus niat iktikaf dan bergerak ke dataran kaabah. Saya melakukan tawaf sunat 7 pusingan. Mulut terus berzikir. Hati khusyuk. Doa di baca setiap melalui rukun yamani hingga melintasi multazam. Usai tawaf, saya bergerak ke belakang garisan yang menandakan kawasan solat untuk kemudiannya mendirikan solat sunat tawaf, solat tahajud, solat taubat, solat hajat, dan di tutup dengan solat witir. Di depan saya puluhan ribu manusia sedang melakukan pusingan tawaf. Bila azan dilaungkan muazzin, sof-sof mula terbentuk di sekeliling kaabah. Pemandangan yang sungguh menakjubkan mata yang memerhati. Bacaan imam begitu jelas dan padu di sebalik sound system masjidil haram yang sangat solid dan crystal clear. Sungguh syahdu dan menusuk jiwa dihening pagi yang tenang dan segar. Usai solat subuh saya meneruskan zikir, istighfar, dan doa. Sambil mata terus terpaku kepada struktur kaabah. Bersyukur sungguh dipilih Allah untuk berada di sini. Saya halakan lensa kamera handset untuk merakam pelbagai wajah dan aksi sebagai kenangan. Jam menunjukkan pukul 6:45am. Saya berhenti di stesen air zam-zam dan meneguk air zam-zam sambil berdoa agar diberi kesihatan yg baik, dikurnia ilmu bermanfaat, dan dimurahkan rezki. Seterusnya saya berbaring sebentar di dewan solat bersebelahan gate King Abdul Aziz. Di sebelah, saya mendengar seseorang sedang mengaji Quran membelakangi saya. Sungguh sedap bacaannya. Ada ketika suaranya berbunyi sebak dan menangis. Saya menoleh untuk melihat wajahnya. Rupanya dia seorang pemuda yg buta sedang membaca Quran secara hafazan. Masya-Allah.

***
Bas kami bertolak ke madinah pada pukul 2:00pm. Setelah keluar daripada kota mekah, kelihatan tanah kering tanpa pokok di kiri kanan jalan. Tanah yang rata, berdebu dan berbukit  bukau di belakangnya. Tiada bangunan atau orang. Daerah yg kontang. Landskap gurun pasir. Inilah agaknya keadaan semasa hijrah nabi dari mekah ke madinah 1441 tahun dahulu. Mujahadah menunggang unta. Kini kami menaiki bas. Speed bas 105km/hr. Suhu 24°c di dalam bas & 32°c di luar bas. Kami singgah di sebuah R&R. Di situ ada surau, stesen minyak, kedai makan, kedai serbanika, dan penjaja kacang, buah & madu. Kemudian kami menyambung perjalanan. Di kiri kanan jalan jarang sekali kelihatan binaan bangunan, yang ada pun kelihatan seperti tidak berpenghuni. Banyak juga kelihatan binaan-binaan yang ditinggalkan termasuk stesrn-stesen minyak dan surau. Agak menakutkan sedikit seumpama cerita-cerita deserted area dalam filem hollywood. Apa pun saya teruja untuk sampai ke madinah dalam jangkamasa kurang daripada 2 jam lagi. Solat di masjid nabawi dan ziarah ke raudah. Assalamualaikum Ya Rasulullah.

***
Selasa 12/11/19

Subuh di masjid nabawi pukul 5:15am. Saya ke masjid pukul 4:30am. Kemudian mutawif membawa kami ziarah luaran masjid nabawi & perkuburan baqi'. Pagi tadi tak sempat sarapan di hotel. Jadi saya beli set shawarma ayam berharga 25 riyal. Makanan kami share makan 3 beranak. Makanan di mekah & madinah agak mahal. Hari tu kat mekah saya makan Burger King set whopper kena 22 riyal. Makan mee goreng, mihun goreng, soft drink kena 38 riyal. So nak tak nak kena makan di hotel sahaja. Di Royal Orchid Al Safwa di mekah, makan di buffet hotel, so agak ok jugak la. Tapi di madinah Hotel Elaf Grand Al Majdee ni makanan di supply oleh caterer, memang agak budget dan tak ada choice sangat. Anyway redho je lah. Yang penting kena fokus ibadah di masjid nabawi. Tadi saya direct iktiqaf dari asar sehingga isyak. Bila penat baring dan lelapkan mata. Saya suka masuk melalui pintu Umar Al-Khattab & pintu King Fadh. Selepas asar halaqah2 Al-Quran memenuhi ruang di bahagian belakang & tengah. Tasmiq untuk visitors pun ada. Kelas2 hafazan memang banyak kelihatan. Guru-guru yang terdiri daripada syeikh2 arab mengambil pot di tiang-tiang marmar bahagian tengah. Saya seronok memerhati. Saya baring pun berdekatan halaqah agar bacaan Quran para hafiz ini mengulik tidur saya yang sebentar itu. Tika beriktiqaf di masjid, saya banyak isi dengan mengaji Quran, solat sunat, & zikrullah.

***
Rabu 13/11/19

Pagi ni kami bergerak ke masjid Quba. Masjid Quba di bina Rasulullah tika otw hijrah ke madinah. Binaan mengambil masa 4 hari. Bahan utama ialah pelepah dan batang pokok tamar. Saya sempat berniat iktiqaf, solat sunat tahhayatul masjid, solat hajat & solat dhuha. Di ladang tamar Fahad, boleh makan sample yang disediakan. Saya rasa buah tin nya ada kelainan, rasanya segar. Harganya 50 riyal/kg. Saya beli 30 riyal untuk kegunaan sendiri. Produk yg dipamerkan agar premium harganya, mungkin sebab fresh dari ladang. Petangnya selepas zohor, mutawif membawa kami ke kedai ahmad albab. Uniknya ialah setiap pengunjung terutamanya dari Tiram Travel di beri rasa pelbagai produk yang di jual seperti kurma najwa, pelbagai coklat, dan kacang. Saya beli satu kg kurma najwa gred A dgn harga 50 riyal/kg, kurma meramie 40 riyal/kg & kacang gajus 30 riyal. Di kedai sebelah saya beli satu jubah puteh 20 riyal. Usai solat isyak malam ini saya rakam video jemaah yang keluar daripada dewan solat ke dataran. Tu dia memang manusia. Pemandangan yang sukar di lihat di tempat lain. Setiap waktu solat masjid padat dengan jemaah. Ibarat solat jumaat di tempat kita pada setiap waktu solat fardhu. Selepas makan malam alas perut, saya lepak di lobi hotel melayan diri, muhasabah & membuat catatan ini, Travelog Umrah Pertama. Pengalaman kembara penyucian jiwa di Tanah Suci yang penuh barokah & lakaran sejarahnya. Bagi seorang hamba menyedari kelemahan diri. Mengagung kebesaran Illahi dan menyingkap mujahadah dan susah payah pengorbanan Rasulullah menegak agama Allah di muka dunia. Sehingga nur islam menyinar hingga ke saat ini di serata alam. Betapa besar jasa Rasulullah. Tanah suci mekah dan madinah menjadi tanah halaman Rasulullah memulakan perjuangan tanpa jemu dan pengorbanan yang tanpa batasan. Sehingga lahir generasi para sahabat yang begitu kental aqidah dan iman yang terpahat kukuh. Berjaya mengubah masyarakat jahiliyah mekah menjadi bumi islam di mana masjidil haram dan masjid nabawi sebagai al-Haram pusat tumpuan umat manusia dulu kini dan selamanya. Begitu ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia dapat saya saksikan di sini.

****
Khamis 14/11/19

Tinggal dua hari lagi kami di madinah. Hari ini khamis. Dan esok jumaat. Begitu cepat 12 hari pakej umrah & ziarah ini berlalu. Ya Allah pilihlah aku hishamuddin ab rahim & isteriku fatimah zahraa ismail tersenerai sebagai tetamu Mu untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, 1441H. Ya Allah pilihlah kami. Aku berharap pada Mu, tidak pada makhluk. Engkau lah yang berkuasa atas segalanya. Hari ini mutawif akan memberi taklimat perihal iternari & prosedur trip pulang ke tanahair.

***
Jumaat 15/11/19

Hari ini solat jumaat kedua. Kali ini di masjid nabawi madinah. Kali pertama dulu di masjidil haram mekah. Alhamdulillah. Allah telah rezkikan saya merasa solat jumaat di dua buah masjid yang paling hebat & barokah di dunia.

***
Sabtu 16/11/19

Perjalanan pulang akan bermula. Selamat tinggal bumi ambiya. Aku akan sentiasa merindui mu. Aku azam untuk datang lagi. Kalau mampu setiap tahun. Insya-Allah.

***
Ahad 17/11/19

Touch down di KLIA2 pada pukul 1:00am. Anakku nur farihin & amir asyraf akan menyambut kepulangan ini. Bersama menantu ku naim adham & noor sharin. Juga dua orang cucu ku yang comel ibraheem fateh & noor aisyah humaira. Dua hari untuk berehat. Akan aku hadam segala detik yang ku lalui. Umpama mimpi dalam mimpi. Tapi telah menjadi kenyataan. Ini betul-betul kejadian. Bukan main-main. Jazakallah.

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...