Saturday, June 11, 2022

PISANG AWAK





Di laman kami ada beberapa kelompok pokok pisang awak. Pokok pisang awak ni jenis yg agak besar dan tinggi. Seronoknya tanam pisang ni walaupun tak berbuah dua kali, ia akan beranak pinak. Tumbang satu berganti dengan anak2 pokok yang akan membesar mengeluarkan hasil nanti.

Nak tunggu ia berbuah pun agak lama. Once keluar buah memang puas hati. Setandan tu biasanya tak kurang daripada 7 sikat. Bila sudah tua bokehlah ditebang pokoknya. Sikat2 pisang boleh di lerai daripada tandangnya. Dalam 1-2 hari buah pisang yg berkulit hijau akan bertukar kekuningan menandakan sudah masak. 

Pisang awak paling best utk digoreng ranggup. Eloknya sebijik dipotong tiga memanjang utk goreng. Kalau nak buat pengat atau sira pisang pun ok. So petang ni isteri saya telah menyediakan goreng pisang untuk minum petang bersama teh o strawberi. Sedap. Alhamdulillah.

@@@

No comments:

PISANG AWAK

Di laman kami ada beberapa kelompok pokok pisang awak. Pokok pisang awak ni jenis yg agak besar dan tinggi. Seronoknya tanam pisang ni walau...