Tuesday, September 22, 2015

Mencari Tenang

Menikmati keindahan alam luas ciptaan Allah adalah sumber tenang jiwa bagi orang yg slalu renung dan fikir. Duduk bersendiri di laman yang sudah di bersihkan juga merupakan nikmat kepuasan yg tersendiri. TQ Allah.









Monday, September 21, 2015

Luhan dan Xiumin

Luhan dan Xiumin ni abang dan adik. Chanyeol seekor lagi saudara mereka mati terkena tayar kreta time masuk porch. Mak depa ni nama BoBo baka kacukan persian, memang lawa tapi hilang gagal di kesan, entah mati entahkan hidup. Tapi si Luhan yg warna puteh tu ikut bapak dia tak kiut sangat he he. Oh ye ada seekor lagi anak BoBo iaitu LuLu tapi juga menjadi sejarah hilang membawa diri. Xiumin ni dua minggu lepas beranak sulong dua ekor. Tapi dua hari lepas dia bawak pindah anak2 dia ke lokasi misteri. Isteri saya dok cari merata tapi tak jumpa2. Harap2 hidup lagi kat mana2. Ciptaan Allah dlm bentuk makhluk kucing untuk menjadi teman manusia yg berakal untuk mengekspresi syukur dan kasihan belas pada hewan bagi membuah renung dan fikir. Banyak iktibar yg boleh di pelajari drp kucing. Insya'Allah.







Nangka Madu dan Limau Kasturi

Pokok nangka ni kecik je. Berbuah pun sebijik. Kat sebelahnya pokok limau kasturi baru nak subur balik. Besok nak round pi cari taik lembu kering, nak wat baja kasi rawat pokok2 ni.



Kelapa dan Pisang

Pokok kelapa pandan lebat berbuah. Dah lama tak pekena air kelapa muda. Petang tadi saya kait dengan galah yg di ikat sabit kat hujung. Pokok pun dah tinggi. Jatuhkan lima bijik. Alhamdulillah.

Pokok pisang mas ada baru berbuah sepokok. Lama juga tak merasa pisang drp pokok2 yg di tanam sendiri ini. Alhamdulillah.





Buah Betik

Alhamdulillah pokok betik kat tepi rumah tumboh subur dan kini sedang berbuah. Semoga buah betik ini sedap di makan.




Saturday, September 12, 2015

Ujian Bertubi Kreta Meragam

Miracle do happen. Kreta kalau dah berumur sakit sana sakit sini. Jadi kena ada maintenance cost.

Bila dah tukar spare part say lower arm belakang kanan maka part tu settle. Tapi yg sblah kiri pulak buat hal so ganti. Then bearing tayar depan kanan buat hal so ganti together dgn brake pad.

Then last skali betulkan chamber dpn blkg with alignment. Baru smooth drive tak rasa macam terloncat-loncat tak brapa stabil.

Begitulah adanya. Sebab tu kalau give up urusan maintenance time kreta meragam, kena la tukar kreta baru.

Semalam saya ronda punya ronda jauh la jugak. Tup tup time balik sampai je depan gate rumah enjin stop (miracle#1). Nak start balik tak boleh, keluar bunyi...ta tap ta tap. Miracle krana dah sampai depan gate rumah. Kalau buat hal tgh2 jalan lagi masalah.

Bukak hood check apa yg patut. Try start tapi tak mahu hidup jugak. Last2 mintak tolong anak dan isteri tolak kreta masuk laman rumah. Malas nak fikir.

Pagi ni start tak mahu hidup jugak. So my teori, bateri kong. Tapi rasanya bateri baru tukar tak sampai setahun. So ajak anak dan isteri tolak dan masuk gear dua...vroom hidup enjin.

Singgah worksyop Arif, cerita pasal masalah enjin tak boleh start tu. Dia check tengok. Katanya bateri kong. Tapi saya tengok kat bateri tertera tarikh 25/2/15. Maknanya baru enam bulan lebih, takkan jangka hayat pendek sangat.

Arif mintak staf dia Mus pi tukar bateri kat kedai sebab still under warranty, boleh tukar baru with no question asked. Arif tak ambik upah pun. So tiba2 dpt bateri baru free (miracle#2).

So start baik punye. Off to Rawang. Singgah Tesco sebab org umah nak beli barang. Time nak balik tu, buat hal pulak...ta tap ta tap. Enjin mati.

Tiba2 ada dua org lalu bersama seorang kanak2 kat tempat parking sedang berjalan nak masuk Tesco. "Apahal bang?" tegur brother tu. "Ni kreta tak boleh start la pulak. Bateri baru je tukar," jawab saya.

"Biar adik saya ni check. Dia ni doktor kreta," balas brother tu sambil berlalu bersama anaknya hala Tesco. Allah hantar org tolong (miracle#3).

Anak muda ni nama Boy. Rupanya dia krja sebagai pomen bersama abangnya tadi di pusat servis proton subang. Hari ni balik awal katanya sebab malam nanti ada pertandingan memancing. Abangnya nak gi beli mashmallow di Tesco, untuk umpan mancing.

"Bukan nak beli mashmallow untuk anaknya?" tanya saya kepada Boy untuk kepastian takut silap dengar. "Btol untuk mancing."

Abang saya pernah menang hadiah pertama pertandingan memancing di Tasek Titiwangsa, menang RM50k. Fuyoo. "Umpan mashmallow," jelas Boy. Dalam hati saya kata mungkin ikan2 tu dah boring makan cacing atau seafood kot.

Godek punya godek Boy bagitau, "Ni problem koil ni. Api takde." Tu dia kena lagi aku. "Kena bukak bwk hantar kedai servis 2,3 hari baru siap ni," katanya. Aduhai.

"Jap bang, kebetulan saya ada spare part kreta member yg saya tgh repair angkat enjin, boleh la guna dulu," Boy memberi cadangan bernas. "Buat la Boy," saya bagi green light.

After ganti tu dpt start kreta balik umah. Esok tu pi KL. Aduhai kreta wat hal balik. Ta tat ta tat balik dah. Mintak org tolak, masuk gear dua hidup enjin.

Lepas solat jumaat d Msjd ar Ridwan, tak boleh start balik. Mintak org tolak, cross jln ke kedai tayar sebelah Msjd. Nyaris nak accident cross jln. Pomen pakai jumper. Enjin hidup.

Otw nak ambk isteri kat Aeon. Sampai simpang Ameen Bistro nak belok kanan, free gear. Aduss enjin mati pulak kat tgh2 jalan. Nasib baik kreta tak byk.

Saya mintak jasabaik seorang pemuda kat tepi jln tu tlg tolak. Masuk gear dua pun tak mau hidup jugak. So tolak ke tepi jln. Relax sat. Tarik nafas dulu.

Ujian agak bertubi kali ini. Lokasi kejadian agak berdekatan dgn ofis lama. So WA mintak tlg kwn2. Ada yg awal2 dah taichi. Namun Allah hantarkan jua pertolongan iaitu sdra Yus dtg membawa jumper (miracle#4).

Maka saya berjaya ambik anak kat UIA tanpa tutup enjin kreta, slamat sampai ke rumah. Pagi ni dapat start kreta untuk ke worksyop Arif. Bila off enjin terus kong. Pomen kata kena tukar alternator.

Lepas solat asar di Msjd dan riadah main pingpong dgn kwn2 Msjd, gerak pulang. Pastu terperasan alert sign bateri merah kat dashboard. Power steering pulak keras macam steering manual pulak. Apahal? Ujian lagi nampaknya.

Terus saya buat U-turn ke worksyop. Harap2 blom tutup walau pun hari dah nak masuk maghrib. Pomen chk rupanya belt alternator lesap. Putus gamaknya. So kena ganti belt baru.

Itulah ceritanya. Keringat di dahi bila di uji tubi. Harapnya dapat tarik nafas lega. Sebab besok nak ke KL hantar anak balik ke UIA dan saya pulak nak sertai Kongres Mahasiswa Kebangsaan 2015 di Ampang.

@@@

Sunday, March 1, 2015

Flight AK 6433


Flight Airasia KBR-KUL akan berlepas jap lagi pukul 9:55am. Saya dan isteri serta anak sulong pulang bercuti ziarah orang tua selama 4 hari. Kini menunggu flight balik ke KL. Berbeza dgn driving yg sering mengambil masa lebih 8 jam dan memenatkan, kini anybody can fly. Tambang pun murah bangat ikut timing, yg bisa lebih murah dr tambang bas. Sebagai contohnya tiket saya one way cuma RM36 sahaja. Ini termasuk airport tax & pick-a-seat. Sedangkan tiket bas ekspres Mutiara one way ialah RM47.70. Jadi tidak hairanlah ramai yg guna flight yg mengambil masa 1 jam sahaja.

@@@

Monday, February 23, 2015

Lemon Subur

Buah Lemon Saiz Giant

Buah Lemon Lebat Berbuah Di Musim Panas Ini



Mungkin asbab cukup baja taik lembu atau kerana dapat banyak cahaya matahari maka pokok lemon kami lebat berbuah setelah agak merundum sekian lama. Saya kira tidak kurang daripada 20 biji lemon pelbagai saiz sedang bergayutan di ranting2 rimbun yg berselerak itu pada saat ini. Sangat teruja melihatkannya. Satu kurniaan Allah yang hebat.

Cuba lihat gambar yang saya snap petang tadi. Saiz buah lemon ni besar giler. Pelik dan ajaib. Kalau buat air lemon dan sejukkan dalam peti ais, fuuuh memnag best. 

Tapi make sure jgn perah kulitnya sekali time nak perah isi tu sebab acoording to my wife, rasa air akan jadi 'kelaq' sikit dan boleh peritkan kerongkong. Cara yang betul ialah pabila lemon siap di iris 4 atau 8 slices maka urutkan isinya dengan jari untuk perah airnya. Jangan urut kulitnya sekali.

Air lemon sejuk memang nikmat untuk di minum. Atau satu pilihan lagi ialah teh lemon ais. Dalam cuaca panas kini, kalau dapat pekena minuman sejuk sebegini memang nikmat bin nikleh, the best of the best. Renung2kan dan selamat beramal.

@@@

Monday, February 2, 2015

OZ & KORI

Abang dah balik setelah musafir ke OZ selama 7 bulan. Working holiday melihat keindahan alam dan mengejar erti kehidupan, belajar budaya orang. Melihat nilai2 anjuran Islam semarak di negara bukan Islam seperti mudah bertegur sapa, mendahulukan orang, mudah bertanya khabar, menjaga kebersihan, dan amanah dalam berurusan. 

Pelbagai skil jalanan, hidup berdikari dan pengalaman berguna di negara orang yg ditimba harapnya membentuk jatidiri dan personaliti berktrampilan untuk menghadapi sebarang posibiliti masa depan. Kini kembali fokus pada pengajian. Moga dapat grad dgn cemerlang anakku.

Everybody can fly with Airasia. 

Kakak pula musafir ke Kori selama 9 hari. Nilai2 anjuran Islam juga terserlah di bumi kafir. Budaya menghormati tetamu dan sedia menghulur bantuan bila di perlu. Kebersihan dan ketepatan masa adalah kebiasaan. Negara ini sangat tourist friendly. Mengajak kita mengenal bumi Allah dan merasai pelbagai citarasa kehidupan manusia. Supaya kita renung, fikir dan risau untuk faham, kenal dan taat kpd Allah.

@@@

Wednesday, November 26, 2014

Nangka Madu Manis



Alhamdulillah pokok nangka madu depan gate rumah saya yg tingginya sudah melepasi tali letrik TNB telah berbuah lagi. Saya kira ada 10 biji semuanya. Saya telah balut elok dgn kampit plastik atau cebisan guni beras sejak beberapa bulan lps.

Kini buah2nya sudah mula matang dan masak. Setakat ini sudah 5 biji telah di bedah siasat. Ada yg dpt d ambil isi sebhg sahaja kerana selebihnya buruk. Pada hari minggu lps dpt kami hadiah kpd rakan2 msj sebyk 6 pek.

Malam tadi saya ambik dua biji lagi. Satu d operate dan satu lagi saya peram. Petang nanti saya potong. Kat dahan pokok ada 3 biji lagi. Alhamdulillah.

Sunday, October 12, 2014

Pisang Awak


Pagi ini ada projek. Rebahkan pokok pisang Awak. Sesuatu yg mencabar. Kerana jenis spesis batang besar. Semalam saya lihat buahnya sudah mula menguning tanda masak. Agak lama masa yg di ambil untuk masak. Kurang lebih 4 bulan. Sesikat yg sudah kuning itu isteri saya akan goreng kejap lagi supaya anak yg nak balik asrama tu dpt rasa. Sebagai bonus kebetulan pisang emas kat tepi pagar juga sudah boleh di  tuai. Memang benar pesan orang tua. Tidak rugi berbudi pada tanah. Rezki Allah bagi.










TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...