Monday, February 2, 2015

OZ & KORI

Abang dah balik setelah musafir ke OZ selama 7 bulan. Working holiday melihat keindahan alam dan mengejar erti kehidupan, belajar budaya orang. Melihat nilai2 anjuran Islam semarak di negara bukan Islam seperti mudah bertegur sapa, mendahulukan orang, mudah bertanya khabar, menjaga kebersihan, dan amanah dalam berurusan. 

Pelbagai skil jalanan, hidup berdikari dan pengalaman berguna di negara orang yg ditimba harapnya membentuk jatidiri dan personaliti berktrampilan untuk menghadapi sebarang posibiliti masa depan. Kini kembali fokus pada pengajian. Moga dapat grad dgn cemerlang anakku.

Everybody can fly with Airasia. 

Kakak pula musafir ke Kori selama 9 hari. Nilai2 anjuran Islam juga terserlah di bumi kafir. Budaya menghormati tetamu dan sedia menghulur bantuan bila di perlu. Kebersihan dan ketepatan masa adalah kebiasaan. Negara ini sangat tourist friendly. Mengajak kita mengenal bumi Allah dan merasai pelbagai citarasa kehidupan manusia. Supaya kita renung, fikir dan risau untuk faham, kenal dan taat kpd Allah.

@@@

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...