![]() |
| Resort View From Backyard |
Saturday, March 9, 2013
Resort View
Alhamdulillah atas nikmat mata yang Allah anugerahkan maka dengannya dapatlah menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Saya berkongsi di sini pemandangan indah belakang rumah merenung di kejauhan sampai ke kaki langit dibarisi bukit bukau dan air tasek serta kehijauan dedaun memberi sebuah resort view. Pemandangan indah dan udara segar yang menggamit rasa syukur tidak terhingga pada insan kerdil seorang hamba-Nya. Syukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah.
Bunga Kenanga
Kebun Pisang
Kebun pisang tepi rumah bukan kat Kg Pisang. Saksikan kejadian ini. Bukan dugaan tapi realiti kehidupan. Kebun Pisang yang banyak jugak la pokok pisang, cuma yang nak berbuahnya tak banyak, liat2 belaka. Tapi last week telah di tuai pisang berangan. Ada le sekadar dua sikat. Kini tinggal pisang emas, tu pun sesikat je keluar. Agaknya tanah tepi rumah yang keras membantutkan keadaan. Anyway, takpe lama2 berbuah jugak pokok pisang ni, insyaAllah.
![]() |
| Pisang Emas |
Lada Hijau
Lada hijau telah mengeluarkan tiga biji buah sulong. Dua minggu lepas isteri saya bubuh segenggam baja taik ayam organik gred A. Alhamdulillah nampaknya membuahkan hasil. Pokoknya tumbuh subur dan bunga yang keluar sudah bertukar menjadi buah. Saya pacakkan sebatang besi di tepi batang pokok lada dan ikatkan dgn dawai hijau untuk tujuan memberi sokongan pada batang yang tak sekuat mana itu, takut terkulai dek beban buah lada yang berat atau di pukul badai angin tropika.
![]() |
| Pokok Lada Hijau Depan Rumah |
Sunday, February 24, 2013
Semai Anak Pokok Hiasan
Semalam buat projek sikit. Saya ambik tanah kat depan rumah yang asalnya di kumpulkan oleh pekerja majlis daerah yang maintain longkang. Jadi tanah tu campuran dengan bahan buangan longkang telah di seliputi rumput rampai. Saya cangkul tanah itu dan asingkan bahan2 buangan. Hasilnya dapat tanah subur sebnyak satu kereta tolak penuh. Tanah tadi saya rawat dan campur dengan tanah lain. Kemudian saya masukkan ke dalam poli beg. Isteri saya pula menyemai anak2 pokok yang telah diceraikan daripada pasu. Antara pokok yang disemai ialah pokok money plant, keladi dan fern. Saya kira ada 17 beg pokok money plant, dan selebihnya 4 fern dan 9 keladi, menjadikan total 30 beg semuanya. InsyaAllah setelah subur nanti akan di jual kepada kenalan kami seorang apek pengusaha nurseri.
![]() |
| Semaian pokok Fern & Keladi |
![]() |
| Semaian pokok Money Plant |
Pokok Sambung Nyawa
Alhamdulillah pokok sambung nyawa yang isteri saya semai daripada keratan yang saya ambil dari syarikat tempat saya bekerja beberapa bulan lalu telah hidup subur. Saya memakan pucuknya sekadar 7-8 helai setiap hari kecuali bila lupa. Banyak khasiatnya termasuklah:
- Mengurangkan kadar koletrol
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Merawat sembelit
- Merawat kencing manis
- Merawat kanser
- Merawat maslah buah pinggang
- Meredakan demam
- Mengatasi ketidakseimbangan datang haid
- Merawat infeksi kerongkong
- Menghentikan pendarahan
Sunday, February 17, 2013
Hasil Tanaman RM25
![]() |
| RM25 Hasil Jualan 17/2/13 Daun kari, Daun limau purut, Daun pandan dan Daun Kesom |
Alhamdulillah hari minggu di penuhi dengan pelbagai riadah di laman mengurus atur hasil tanaman dan membaik elok segala tumbuhan dan hijauan. Pagi2 lagi saya dan isteri keluar ke laman membawa tangga. Niatnya hendak menuai daun kari dan daun limau purut. Seterusnya sebagai pelengkap dihimpunkan daun pandan dan daun kesum.
Semalam isteri telah bertanya Kak Limah peniaga sayur di pasar apakah dia nak hasil tanaman kami itu. Jadi hari ini kami membekalkan hasi tuaian ini ke pasar.
Daun2 limau purut dan daun pokok kari isteri saya ambik daun dari pucuk2 yang muda dan buang ranting2 yg tua. Daun kesom pula isteri kerat ambil dari 3 pasu yang dah merimbun. Saya pula berjaya dapatkan 12 rumpun daun pandan. Semuanya di isi ke dalam bag plastik dan di isi dalm bonet kereta.
Kami pun ke pasar. Setelah di timbang dan di kira, "RM25 boleh kak?" cetus peniaga berkenaan. "Wow banyak tu," meledak dalam hati isteri saya sambil tersenyum. "Ok Alhamdulillah," kata2 yang mengiringi.
Bila dikhabarkan perihal hasil jualan sejumlah RM25, saya pun agak terkejut. Rezki yang tak disangka. Isteri saya bagitau jualan terakhir dulu ialah RM18. Jadi kali ini lebih memeberangsangkan nampaknya.
Terus kami jadi semangat untuk mengembangkan tanaman agar lebih menambah hasil. Hmm mungkin saya akan tambahkan tanaman serai pula. Kena cari tapak yang sesuai dulu. On the way balik singgah sarapan kat kedai mamak pekena teh tarik dan roti telor bawang, total RM7.90.
Pulang dari pasar kami berdua terus pakai uniform berkebun. Anak2 dua orang kat UIA manakala anak bongsu pula pergi kerja. Lagi pun depa ni sorang pun tak minat berkebun..ish ish.
Ada dua anak pokok kari berjaya saya tanam. Kemudian sessi trim pokok dan maintenance laman apa yang patut. Saya juga berjaya menanam 10 batang tebu kuning. Weekend minggu lepas saya pi upah mesin 10 batang tebu kepada si penjual air tebu kat pasar malam, upahnya RM8. Air tebunya manis giler. Stock air tebu masih berbaki dalam freezer. Jadi pucuk daripada 10 batang tebu itulah yang saya tanam hari ini sebagai benih baru.
Seterusnya sessi membaja segala tanaman, pokok bunga dan hiasan laman dengan baja organik taik ayam gred A. Di akhiri dengan sessi menyiram pokok. Tu dia hampir pukul 1:00 tgh baru beres segalanya. Agak kepenatan tapi seronok melihat banyak benda siap. Laman nampak berseri dan teratur. Alhamdulillah.
| Laman Yang Udah Berseri Ku Lihat HIJAU |
| Agak Cantek La Pulak Si Pokok Tebu Ni Boleh Jadi Pokok Hiasan |
@@@
Thursday, January 10, 2013
Giant Lemon
Alhamdulillah pokok lemon kami terus subur. Buahnya agak lebat tak putus-putus, tak ikut musim. Buah yang sudah matang dan ranum akan gugur sendiri. Seronok mengutipnya di bawah pokok saban hari. Semalam on the way keluar rumah terpandang buah lemon gergasi ini relax kat bawah pokok. Tu dia besar betul. Teruja hati saya dan isteri melihatnya. Cukup besar macam lemon import kat supermarket. Hebat ciptaan mu ya Allah.
Sunday, December 16, 2012
Rambutan Anak Sekolah
Saturday, November 24, 2012
Pisang Tanduk
Alhamdulillah, pisang tanduk sudah masak. Sebenarnya sudah dua minggu saya menebang pokok pisang tanduk ini setelah buahnya sudah nampak kekuningan. Tapi peram punya peram tak masak2 jugak. So seminggu lepas isteri meletakkan bateri2 lama dalam kotak tempat peram pisang ni. Bila check petang ni, tu dia masak semuanya. Buahnya pejal dan kuning menyeluruh. Setandan pisang kali ini berjumlah 8 biji pisang kesemuanya. Pokok pisang tanduk memang nampak tegap dan cantek. Memang payah nak berbuah. Dah dua tahun umurnya baru berbuah. Tapi bila tengok hasilnya memang rasa berbaloi menunggunya. Pisang tanduk kalau di goreng memang kegemaran saya.
Monday, September 17, 2012
Selamat Tinggal Syawal



Hari ini 1 Zulkaedah, maknanya Syawal berlalu sudah. Hari raya 30 hari sudah tamat. Adios. Kita mohon Allah panjangkan usia untuk berjumpa lagi Syawal yg akan datang. Hari ini cuti ganti Hari Malaysia, dan kebetulan ramai kawan2 anakanda di UIA nak beraya di rumah kami maka nak tak nak isteri saya pun menyediakan juadah raya untuk meraikannya. Bertungkus lumuslah kami anak beranak terutamanya isteri dan kakak di dapur.
Dijangkakan rombongan dari UIA ini akan tiba sekitar pukul 2 ptg. Tup tup...ribut dan hujan lebat tiba. Aduhai...kawan2 Amir semuanya datang naik motor. Kesian, basah kuyup la nampaknya. Setengah jam kemudian hujan mulai reda.
Kawan2 kakak mula2 sekali tiba dengan Kancil. Lepas tu kawan2 shilah satu kereta. Seterusnya kawan2 abang pun tiba. Batch pertama dalam 15 bijik motor. Batch kedua dalam 10 bijik motor. Riuh jugalah laman rumah dengan bunyi motor. Juadah nasi dagang, nasi impit kuah kacang, lepat pisang, kueh lopes, rojak buah, agar2 hijau, kek carrot, pavlova, dan aneka biskut raya dan jajan dinikmati oleh tetamu sekelian. Alhamdulillah semuanya cukup untuk 50 orang yang hadir.
@@@
Subscribe to:
Posts (Atom)
TAMAN KESUM
Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum. Lebih menari...
-
Ku lihat hijau sebagai terapi minda. Seronok snap gambar seni laman. So papar di blog ini sebagai pahatan sejarah untuk tatapan anak cucu ge...
-
Alhamdulillah projek terbaru saya bersama isteri ialah menyediakan tapak pejalan kaki untuk refleksologi dan riadah kaki di ruang depan lama...



















