Monday, June 10, 2013

Pergola Kayu Chengal

Pandangan majestik dan klasik setiap kali mata terpaku pada pergola kayu chengal ini. Umurnya sudah mencapai 11 tahun, namun masih gagah dan tegap menadah langit. Tetap utuh walau di hujani guruh dan petir serta panas terik mentari saban hari beserta sejuk embun malam. Itulah hebatnya pergola kayu cengal ini. Sungguh klasik dan rustik kombinasi kayu chengal tua dari hutan Raub digarap oleh kepakaran tukang kayu hebat iaitu Abang Pin dari Hulu Bernam. Pergola Kayu Chengal semoga dapat berdiri megah hingga banyak masa mendatang.








No comments:

HASIL TANAMAN

HASIL TANAH Tidak rugi berbudi pada tanah. Benih yg disemai bakal menghasilkan buah di kemudian hari.  Begitulah umpamanya kita di dunia ini...