Saturday, July 14, 2012

Pokok Tanduk Rusa Hidup Subur







Pokok tanduk rusa nampaknya hidup subur di batang kelapa pandan, kini sudah cukup satu lilitan penuh. Mungkin keredupan daripada sinar sang suria menggamit kesuburan itu. Mungkin juga sisa-sisa reput tandan buah kelapa menjadi penyuntik vitamin dan baja yang berkesan. Apa pun yang penting pokok tanduk rusa ini makin hari makin sedap mata memandang. Itulah satu lagi kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah untuk sama2 kita renung dan fikir.



@@@

No comments:

TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...