Friday, September 17, 2010

Syawal Ini

Juadah istimewa - homemade dari FZI

Sedia untuk 63 tetamu

Geng SAMTKKB (batch Abang)

Menikmati juadah seadanya

Kawan2 bekas pelajar SAMTKKB (Batch Kakak)

Ukhwah Persaudaraan - Semoga Berkekalan


Syawal ini menanda pergi sudah Ramadhan itu. Segala amalan baik di Ramadhan itu harus sangatlah di istiqamah ke Syawal ini. Biar jiwa tenang dan hati bersih mendamba redha Illahi. Syawal ini menjadi penentu sebuah produk yang di usahakan sepanjang Ramadhan, apakah berkualiti atau sekadar produk biasa-biasa saja? Bertahan berpuasa seluruh pancaindera hingga munculnya Syawal atau sudah kecundang di hari-hari akhir Ramadhan menjelang Syawal itu? Hanya diri sendiri yang bisa mencongakkannya. Kerana Allah tidak bisa di tipu. Hanya diri sendiri yang tertipu.

Syawal ini, ada ibadah Puasa 6. Rasanya bila kah akan dimulakan? Apabila hari-hari minggu di penuhi undangan jamuan raya, yang sudah menjadi sebahagian dari budaya di ibukota, maka 'weekdays' adalah period terbaik. Semoga ibadah ini mampu dilaksanakan sekali lagi di Syawal ini.

Setelah dua tahun berhari raya di rumah sendiri di Lembah Klang ini, maka pada tahun ini Alhamdulillah kami sekeluarga di izin Allah untuk berkunjung ke negeri tumpah darah untuk berhari raya selama 5 hari di sana bersama orang tua, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Bertolak dari Gombak sekitar 5 ptg, di perjalanan sepanjang 500km ke Kelantan itu menempuh panorama hijau bersama-sama kumpulan trafik balik kampung yang lain, hujan lebat sekali sekala, dan kegelapan malam selepas maghrib. Setelah berbuka puasa di pekan Raub perjalanan banyak di selang seli dengan berhenti rehat dan tidur sekejap apabila rasa mengantuk. Di penghujung nya singgah di Bazar Malam Wakaf Che Yeh sekitar 4 pagi. Agak menarik juga melihat banyak nya gerai dan ramai nya pengunjung walau sudah pagi menjelang subuh. Para peniaga yang banyak terdiri dari anak-anak muda sudah menyambut raya dengan bermain mercun secara terbuka. Mercun yang 'power-power' banyak kedapatan di sini.

Seterusnya kami mendirikan solat subuh di masjid Kota. Kemudian terus ke rumah keluarga di WB, bersiap untuk solat sunat raya. Alhamdulillah dapat bertakbir raya di masjid sekitar 30 minit. Solat bermula pada 8:40 pagi. Imam muda yang membimbing solat dan membaca khutbah sangat baik dan bertenaga. Setelah bersalam-salaman saya di sapa oleh kenalan lama, Sdra Mat Yie. Ukhwah persaudaraan masih kekal dan banyak kisah dan perkhabaran yang dapat dikongsikan. Beliau mempelawa ke rumahnya, yang saya penuhi. Terasa di raikan pada kunjungan itu, Alhamdulillah.

Pada Hari Raya ini, dengan waktu yang terluang saya cuba cover sebanyak yang termampu. Antaranya rumah Ciksu bersama anak mereka Roslee dan Eddy, Kak Ma, Kak Moh, dan rumah Mamat. Seterusnya berkunjung ke rumah Ngah, rumah Mak, Kak Paei, jiran tetangga sekitar rumah Mak di TS iaitu rumah Cikgu Fauziah, Kak Nab, Cikgu Nor, dan Kak Yah. Sempat berkunjung ke rumah Abg Ki, Kak Zan, Angah, dan ke Kampung CB iaitu rumah Kak Na, Che Doh, dan Abg Shafie. Seterusnya ke kampung Abg Udin dan isterinya Che Yah. Sempat juga membeli serba sedikit rempah ratus, beras pulut, keropok, dan kuih muih di Pasar WB dan Pasar SK sebagai bekalan balik KL.

Pada hari isnin iaitu Hari Raya ke 4, berbekal nasi sumatera Hoover sebagai bekalan untuk makan tengahari, kami bertolak meningggalkan KB sekitar pukul 12 tgh. Namun macam tahun-tahun lepas, masalah kesesakan trafik berlaku lagi antara KB - Machang - K.Krai. Sekitar 4 jam di bazirkan di situ. Makan malam di medan selera Bentung, merupakan makan malam yang paling 'tak sedap' membuatkan hati rasa agak terkilan, tapi itu mungkin ujian. Alhamdulillah selamat sampai di rumah sekitar 1 pagi. Home sweet home. Esoknya digunakan untuk berkemas dan berehat. Kami juga menerima kunjungan sepupu saya iaitu Eddy sekeluarga yang dalam perjalanan balik ke kampung isterinya di Sabak Bernam.

Pada Hari Raya Ke-6, mula menerima kunjungan tetamu iaitu kawan2 Amir dari Seremban, Sabak Bernam, Teluk Intan dan Putrajaya. Roslee sekeluarga juga singgah dalam perjalanan dari Teluk Kinta. Isteri menyediakan juadah nasi minyak, gulai ayam, acar, dan aneka biskut raya.

Pada Hari Raya Ke-7, kelompok kawan-kawan Amir dari SAMTKKB, mula berkunjung seramai 35 orang, kawan-kawan Kakak seramai 12 orang, keluarga Kak Ani (7 org), keluarga En Zul (6 org) dan kelurga Izati seramai 3 orang. Alhamdulillah juadah yg disediakan mencukupi walaupun tetamu seramai 63 orang. Isteri menyediakan menu - nasi minyak, nasi puteh, gulai ayam, daging masak hitam, kacang panjang berlada, kek carrot, cocktail, kueh beke, agar2, aneka biskut raya, lempok, dodol, air sirap dan snek.

Hari ini saya mula bekerja. Segala puji bagi Allah kerana Syawal ini.

@@@

No comments:

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...