Friday, May 7, 2010

Ekspedisi Gunung Ledang


Anak jantan kenalah lasak sikit. Jadi bila dikhabarkan kepada saya oleh Amir kat UIA tu bahawa hari Isnin ni dia dan kawan2nya merancang untuk mendaki Gunung Ledang, saya menerimanya dengan terbuka. Dia orang ni cuti semesta 3 minggu. Ini adalah pengalaman kedua untuk Amir dalam mendaki gunung setelah Gunung Angsi di N9 dua bulan lalu.

Ekspedisi kali ini sudah tentu lebih mencabar kerana ketinggian Gunung Ledang ni ialah 4,187' berbanding dengan Gunung Angsi yang ketinggiannya hanya 2,702' dari paras laut. Kumpulan mereka seramai 10 orang ini di jadualkan memulakan pendakian pada hari Isnin 10/5/10 dengan di bantu oleh seorang penunjuk arah professional.

Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan masyarakat hingga kini. Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Penjajah British pula mengelar gunung ini Mt. Ophir kerana keindahannya yang tersendiri. TrailTrail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:- Ayer Panas Trail Lagenda Trail Asahan Trail Ulu Jementah Trail Telekom Tower Road. Rujuk blog.

Semoga ekspedisi ini akan berjaya dan dapat pula memberikan pengalaman berguna kepada Amir & the gang. Mulakan dengan doa dan hiasi langkah ke puncak dengan zikrullah. Buatlah persediaan secukupnya seperti fitness, bekalan makanan dan minuman, peralatan, dan khemah. Semangat tidak putus asa dan terus berusaha ke puncak mestilah dihayati oleh team members, jika tidak akan ada yang give-up dan cuba mempengaruhi yang lain untuk give-up sama. Sebagaimana ekspedisi pertama dulu di mana dari 30+ peserta, cuma 8 org saja berjaya sampai ke puncak.

Hayatilah keindahan alam dan penciptaan Allah SWT agar rasa kecil seorang hamba berdepan dengan kebesaran Allah SWT pada setiap masa dan keadaan. Bergantung harap tiada pada yang lain melainkan pada Allah SWT semata pada setiap detik, setelah bersedia, berusaha, dan bertawakal pada-Nya. Jaga solat dan akhlak. Papa doakan anakanda selamat pergi dan pulang dengan membawa jatidiri mantap dan pengalaman berharga. Mulakan langkah dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.

@@@

1 comment:

amir acap said...

insya'Allah..mntak2 xgive up r kat sane nnti..mental kne kuat..kalo mental down, mmg xsampai puncak la nnti..hee..doakan kami berjaye pa..

TRAVELOG UMRAH #2

  Kami baru kembali ke tanahair setelah bermusafir selama 13 hari ke mekah & madinah. Sebagai kenangan kami, berikut dipaparkan sedikit ...