
"Pa ambik lengkuas sikit, mama nak masak gulai ikan kering tengahari ni", mohon isteri saya. Saya sebenarnya sakit kaki. Jadi malas nak berkebun pagi ni. Tapi tadi sempat le jenguk kebun depan umah tu. Kot kot buah betik yang bersusun tu ada yang dah masak. Rupanya belum lagi, tiada yang kuning melainkan hijau semuanya. Alang2 menyelok pekasam, maka saya pun clearkan daun2 tebu yang dah tua dan longgokkan kat tempat membakar. Satu hari akan kubakar jua supaya dapat baja bakar. Bukan saya tak tau yang si daun tebu tajam tepinya, bisa melukakan kulit. Namun terjadi jugak. Tiga irisan berlaku, dua di jari dan satu di dahi. Lain kali kena lebih berhati2. Berbalik kepada permintaan isteri saya tadi, saya pun mengambik 'cok betul' dan menggali lengkuas yang di tanam kat tepi pagar kanan rumah. Tak lah subur sangat tapi selalu le jugak merasa hasilnya. Diam2 lengkuas berisi la katakan he he.

Selepas tu sambil anakanda memesin rumput, saya dengan misi seterusnya. Apa dia? Memetik buah kelapa pandan. Dari pandangan mata ada dua tandan yang sudah agak matured. Tapi macamana nak tau sebab isinya dilindungi tempurung dan kulit kelapa? Jawabnya experimen. Ambik sebijik bagi setiap tandan. Belah baru tau. Maka hanya satu tandan yang sudah ok walaupun buahnya agak kecil jika dibanding dengan tandan yang satu lagi tu. So ambik 3 bijik lagi. Di cantas di tebuk lubang di keluarkan airnya ke dalam jag di belah di 'kokok' isinya dengan sudu. Masukkan gula dua sudu. Sejukkan dalam freezer. Sejam kemudian...jeng jeng air kelapa muda penuh

