Saturday, June 18, 2011

Update Laman

Limau Kasturi

Tebu Kuning Sedia Di Tuai

Lemon Rajin Berbuah

Lada Hijau Masih Bertahan

Kelapa Pandan

Dah lama benau rasanya tak berbloging di sini. Laman rumah pun tak berapa terurus, Cuma sekali sebulan kenalah mesin rumput, kalau tak kemuncup bermaharajalela. Pagi ni lepas balik dari pasar, singgah sat dan tinjau2 kat laman rumah. Sambil tu snap beberapa keping gambar buat update terkini apa yang ada. Antara buah yang ada kat pokok ialah buah lemon, limau purut, limau kasturi, kelapa pandan, lada hijau, dan tebu.


Deretan pokok pisang di kiri rumah masih stagnent, tak mau berbuah dia. Walaupun di awal dulu iaitu dalam 6 bulan dulu pertumbuhannya agak mendadak. Mungkin sudah tak ada baja. Sudah sampai masa di kayai dengan baja agar berbuah. Ikut logiknya dah sampai umur.



Beberapa bulan lepas saya tanam lagi sebaris tebu kuning kat tepi pagar sebelah kiri rumah. Nampak baru nak tumbuh elok. Dulunya kawasan ini dipenuhi pokok hiasan pagar. Kemudian bila dak menyemak saya pun buangkan semua dan diganti dengan semaian tebu ini.


Transformasi Pokok Kedondong

Pokok kedondong yang saya transfer dari tapak asal kat depan rumah dan bawak masuk tanam sebelah rumah okid tu pun nampaknya mula tumbuh balik.

@@@

Rock Kapak




Selepas menghantar anak ke tempat kerjanya, saya dan isteri singgah di pasar nak cari lauk. Kelihatan beberapa khemah didirikan oleh pihak Majlis Daerah di tapak bersebelahan pasar. Rupanya ada majlis penerangan 'Khidmat Bekalan Air Selangor' yang akan dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, YB Elizebeth Wong. Sebagai penyeri band Majlis Daerah menyediakan hiburan live band. Semua ahli band terdiri dari staf Majlis Daerah dan veteran belaka. Tapi dia punye slow rock baik giler. Lagu2 Sweet Charity keluar satu satu. Fuhh...sebijik Ramli Sarip.

@@@

Nangka Madu Depan Rumah



Pokok Nangka Madu depan rumah belajar berbuah. Harap dapat mekar dan masak buahnya, tidak gugur atau busuk di tengah jalan. Asalnya saya semai biji dari biji nangka madu yang saya beli di tepi jalan kat Rawang. Selalu kita tengok orang berniaga nangka madu dengan harga RM2 satu pek atau RM5 untuk tiga pek. Apabila di semai dalam poli beg tumbuh la pulak. Kemudian saya tanam kat depan rumah seberang jalan. Rasanya dah 5 tahun berlalu. Pokoknya dah tinggi 12 kaki. sebelum ni rajin berbunga tapi buah2 kecil yang beru nak menjadi habis buruk. Jadi saya cuba bungkus dan Alhamdulillah dua bijik ni nampaknya nak membesar elok. Harap dapat merasa la isinya yang manis tu.

@@@

Pelapik Boot Kereta



Saya telah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan pelapik boot kereta dari keratan plywood hasil kerja tangan dan titik peluh sendiri. Hasilnya Alhamdulillah boleh tahan dan praktikal serta mencapai objektif untuk mengisi ruang dalam boot kereta proton saga saya. Yang lebih penting rasa puas kerana usaha sendiri bukan mengupah orang lain.

@@@

Tuesday, March 22, 2011

Stok Tanaman


Pada weekend lepas pulang sekejap ke kampung. Semasa balik ke KL sempat memenuhkan bonet kereta dengan dua anak dokong, satu pokok lada hijau besar, satu anak pisang nangka, satu anak pisang kebatu, dan satu pisang kelat lega.

Sambil mencari tapak yang sesuai sekitar laman, maka diambil keputusan untuk melupuskan pokok dragon fruit yang telah diberi peluang hidup selama 3 tahun namun masih gagal menghasilkan buah. Tapak dragon fruit itu dijadikan tapak semaian dua pokok dokong dan satu pokok lada. Manakala tiga anak pokok pisang itu memenuhi di sebelah pagar kanan di mana rumpunan daun pandan terpaksa dikorbankan. Semenjak dua menjak ini, hujan sering turun menjelang petang dan awal pagi. Semoga semaian baru ini dapat menyesuaikan diri dan terus hidup subur.

Rasa syukur atas segala nikmat ini. Nikmat mata yang dapat melihat segala kehijauan dan warni-warni tumbuhan ciptaan Allah. Nikmat laman yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman. Memang kami suami isteri minat berkebun dan berseni taman. Keringat yang membasahi menjadi saksi riadah berkebun kami. Hasilnya pokok2 yang subur dan tumbuh membesar di depan mata. Alhamdulillah.

Kini sudah ada pelbagai jenis pokok pisang rasanya tidak kurang 20 batang kesemuanya. Kemudian ada pokok daun pandan, pokok lidah buaya (aloe vera), pokok limau nipis, pokok jambu, pokok mangga cikonan, nangka madu, bunga kantan, tiga pokok rambutan anak sekolah, tebu kuning, kelapa pandan, kelapa gading, longan ping-pong, mata kucing, cili api, lima pokok limau kasturi, cempedak, manggis, limau purut, lemon, pokok daun kari, daun kesom, daun pegaga, dan pokok serai.


@@@

Tuesday, February 22, 2011

Buah Sulong Nangka Madu


Alhamdulillah hari ini buah nangka madu telah masak. Pokok yang saya tanam kurang lebih dua tahun yg lalu sebenarnya dari anak semain biji. Pokoknya kecil sahaja tapi nampaknya berjaya menghasilkan buah sulong. Jiran saya iaitu Hj Munir pernah beritahu iaitu tanda2 menunjukkan buah itu sudah masak ialah apabila tangkainya sudah bertukar menjadi kuning dan buahnya apabila di picit agak lembut tidak keras seperti biasa.

Sebenarnya pada hujung minggu yg lalu saya sudah dapati kulit buahnya sudah agak lembut. Tapi kerana ada urusan outstation maka ia terbiar. Jadi hari ini kebetulan saya ambik cuti untuk urusan anak di Nilai, maka petang tadi saya pun selak penutup buah kat pokok. Aduss...dah ada tompok2 coklat, macam buah dah busuk atau terlebih masak dan terlambat petik. Ish, ish...nasib badan.

Tapi untuk memuaskan hati dari terus di buang maka eloklah di bedah siasat dulu. Jeng je jeng, rupa2nya elok dan cantek isinya. Don't judge a nangka madu by its kulit. Isinya manis mak datuk. Alhamdulilah segala puji bagi Allah. Walaupun buah tak sebesar mana tapi isinya banyak. Maka round kali ini dinikmati oleh kami sekeluarga dan lain kali insyaAllah bolehlah di kongsikan dengan jiran2 semua. Semoga pokoknya akan terus subur dan rajin menghasilkan buah.

@@@

Friday, January 21, 2011

Tumbuhan Pagar


Sudah agak lama tidak ada posting baru di sini. Kebetulan hari rabu lepas MC kerana sakit kaki, semalam cuti umum dan sempat berkunjung ke klinik, setelah disuntik pain killer oleh doktor dan dengan izin Allah maka sakit itu reda. Dua hari berehat di rumah, maka malam tadi sudah boleh ke surau Al-Faaizeen untuk pengajian Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang di pimpin oleh Ust Bakar. Antara hadis Rasulullah yang di ulas ialah perihal bagaimana kita mengejar dunia seoalah-olah hidup ini masih lama dan mengejar akhirat pula seolah-olahnya kita akan mati besok. Maka perihal dunia bolehlah kita slow and steady.

Hari ini saya memang apply cuti tahunan (menjadikan weekend kali ini agak panjang iaitu 5 hari termasuk MC, Thaipusam, AL, & Weekend) dan memandangkan kesihatan sudah agak baik maka pagi2 lagi saya ke laman rumah. Niat hari ini ialah untuk membersihkan tumbuhan pagar yang meliar di sudut depan kiri rumah. Setelah sejam lebih bertungkus lumus maka Alhamdulillah mission accomplished, cumanya belum sempat di buang di tempat buangan lagi. Harapnya anak saya akan pulang ke rumah petang ini dari UAI bisa membantu.

Niat asal ialah untuk clearkan tumbuhan pagar yang dah tak ada konsep tu sekali gus saya berhajat nak gantikan dengan pokok tebu kuning. Rasanya sesuai untuk sepuluh lubang lagi. Kena mintak bekalan pucuk tebu dari penjual air tebu kat Jalan Semarak. Semoga berjaya.

Keringat membasahi badan, elok untuk kesihatan. Kemudian saya petik dua biji kelapa pandan dan tiga biji kelapa gading di pokok depan rumah. Dapat air kelapa satu jag untuk di sejukkan dalam freezer dan di nikmati tengahari nanti. Setelah di jamu dengan tiga biji karipap oleh isteri bersama dua gelas air sejuk, maka saya pun membersih diri untuk solat Jumaat di Masjid As Salam. Sambil itu memenuhkan bonet kereta dengan empat kotak botol plastik kosong untuk di jual di kedai recycle, dapat 3kg, bernilai RM3.30 (RM1.10 per kg rupanya).Sekadar itulah kisahnya...

@@@

Tuesday, December 28, 2010

Hujung Minggu Terakhir 2010

Lamb Grill - Restoran Pak Helmi Bt 16 Rawang

Buah Nangka Semakin Membesar

Pokok Belimbing Tumbang Sudah

Benih Pokok Cikonan dari MARDI

Kenduri Kahwin Di Rumah Jiran

Saya dapat 4 hari berhujung minggu pada kali ini kerana mengambil cuti tahun pada hari isnin dan selasa. Bermula pada hari jumaat selepas mengambil anakanda Farihin & Amir di stesen komuter Rawang yang pulang bercuti mid-sem dari UIA Nilai & PJ, terus pergi dinner di Restoran Pak Helmi Grill Lamb di Bt16 Rawang sebagai meraikan hari lahir isteri tercinta.

Pada hari sabtu itu tugasan hari minggu dimulakan dengan memesin rumput dan membersihkan laman sebelum membawa keluarga bersantai di One Utama. Pada hari ahad projek mencabar bermula iaitu menumbangkan pokok belimbing kerana gagal menghasilkan buah belimbing besi manis seperti idaman hati sebaliknya hanya mengeluarkan buah yang kecil yang masam dan selalu gugur sebelum masak. Dua tahun sudah saya memendam rasa maka hari ahad ini bersenjatakan golok saya terus membaham batang belimbing sebesar betis bunting itu tanpa belas kasihan lagi. Setelah bertungkus lumus hampir setengah jam maka tumbanglah ia menemui ajalnya.

Pokok nangka kat sebelah tu pun nampaknya dah belajar berbuah dan makin membesar. Saya juga membersihkan kawasan sekitar dan membuat sebuah lubang satu kaki persegi dan membuang segala batu batan. Teringat untuk menanam pokok cikonan yang anakanda Iman beli sebulan lepas semasa menyertai lawatan sekolah ke MARDI di Serdang sebagai ganti pokok belimbing tadi. Alhamdulillah beres. Semoga dapat tumbuh subur. Kemudian tengaharinya memenuhi undangan kenduri kahwin di rumah jiran kami iaitu Major bersara Hj Md Zain.

Malamnya bersama anak sulong Amir selepas solat Maghrib di surau Al-Faaizeen mengunjungi restoran mamak Salam Sentosa untuk siaran langsung perlawanan bola final AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia dengan Indonesia. Sejarah telah terpahat apabila Malaysia menang bergaya 3-0. Sama2 kita tunggu perlawanan timbal balik di stadium Bung Karno hari rabu nanti.

Semalam (hari Isnin) kami sekeluarga bersantai pula di Tg Malim, shopping pakaian, CD dan peralatan sekolah. Malamnya sekitar 10 mlm kami menonton CD filem 'Takers'. Hari ini pagi-pagi lagi keluar ke pasar BS untuk beli lauk pauk, sambil bersarapan dan basuh kereta. By the way isteri sempat membeli ikan merah berharga RM50, fuyoo mahal giler...kari kepala ikan la nampaknya hari ni. Selesai baca paper The Star tadi terus singgah di depan PC ini membaca posting yang masih panas oleh isteri tercinta di Pandangan Kasih dan saya susuli dengan coretan terbaru di posting ini pula.

Hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita semua melangkah ke tahun baru. Marilah kita sama2 muhasabah diri dan merancang masa depan yang lebih berwawasan di tahun 2011 nanti. Dekati manafaat jauhi mudharat.


@@@

Monday, November 29, 2010

Natural Air Freshner

Daun Pandan

Di Hiris Halus

Natural Air Freshner

Freshness In A Bowl



Pokok daun pandan yang ada di laman masih hidup subur, terus dominan di celah2 pokok tebu dan pokok limau nipis. Dah nampak macam bonzai. Salah satu fungsi daun pandan yang keharumannya semerbak itu selain dari menjadi penyeri apabila memasak nasi lemak, air sirap dan kueh mueh (e.g. sira & pengat pisang) ialah sebagai 'natural air freshner'.
Cara membuatnya:
  • Ambil 10-20 helai daun pandan
  • Basuh dengan air paip supaya bersih
  • Potong nipis-nipis
  • Jemur sekejap supaya kering
  • Masukkan dalam sarung dan digantung dlm kereta
  • Atau letakkan dlm bekas dan diletakkan dlm bilek air.

Baunya semerbak dan boleh tahan sehingga dua minggu. Baunya sebijik macam bunga rampai yang kita gunakan dalam majlis bercukur jambul atau selawat nabi. Boleh juga di letak dalam almari dan kabinet. Ia juga boleh menghalau lipas. Selamat mencuba. Go green !!

@@@

Thursday, November 18, 2010

10 Zulhijah


Semalam 10 Zulhijah, kita sama2 menyambut Hari Raya Korban. Selesai solat sunat hari raya korban di Masjid BS, saya dan anak sulong terus mendaftar sebagai petugas untuk program ibadah korban. Seramai 140 petugas diperlukan oleh pihak pengurusan masjid. Kami di tugaskan bersama tujuh orang yang lain untuk lembu yang ke 13. Ada 14 ekor lembu semuanya untuk dikorbankan tahun ini. Isteri saya pula menyertai petugas di bahagian dapur bagi penyedian juadah.

Setiap pasukan bertanggung-jawab untuk menyelesaikan urusan korban dari A ke Z, bermula dari merebahkan lembu mengadap kiblat, sembelih, melapah, memotong dan menimbang daging untuk agihan. Walaupun penat tapi ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan.Lembu No.13 ini agak mantap dengan jumlah daging yang berjaya dikumpulkan sebanyak 120kg.

Selesai solat Zohor berjemaah kami sama2 menikmati makan tengahari berlaukkan gulai kawah dan sup tulang. Memang jelira.




Tuesday, November 16, 2010

Laman Suci


Kira pecah rekod la hari ni buat 4 posting sekali gus. Bukan apa snap gambar lepas bersihkan laman tadi rasa banyak kategori la pulak untuk di cantum jadi satu posting je, takut jadi rojak. Jadi elok rasanya di buat 4 posting iaitu Laman Suci, Hasil Tanaman, Koleksi Orkid dan Koleksi Kaktus. Paparan di maya pada buat tatapan anak2 dan orang dewasa. Inikan zaman internet jadi layan je lah.

Anyway hari ni hari rehat sebab semalam kerja lewat buat tender kat ofis, jangan mare ye. Besok kita sama2 menyambut Hari Raya Aidil Adha. Jadi sudah semestilah hari mulia ini akan lebih berseri apabila laman rumah dibersih dan dirapikan penampilan nya. Itulah yang saya usahakan pagi ini. Bermula dengan mesin rumput, buang sampah dan bersihkan semak samun. Setelah tu buat lawatan sekeliling laman sambil snap gambar guna hanfon.

Alang2 gambar 'sharp & clear' tu maka terlebih afdal lah kalau saya buat posting dan kongsi2 kan keindahan ciptaan Allah itu kepada blogger sekelian.

Selamat menyambut Aidil Adha semoga pengorbanan kita ikhlas kerana Allah.















NURSERI KERINGAT

Bermula bulan ogos iaitu kiranya satu bulan lalu saya mulakan satu projek, iaitu menyemai dan mengembang biak spesis terpilih. Pelbagai spes...