Thursday, March 26, 2020

COVID-19

Cuti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yg bermula pd 18/3/2020, kini dilanjutkan lagi hingga 14/4/2020.

Antara aktiviti saya dan isteri lakukan ialah merapikan laman rumah & membuat spring cleaning. Itulah antara hikmah masa terluang yg Allah berikan.

Jadi sebagai kenang kenangan saya snap beberapa keping gambar utk capture the moment.

#LamanIndah
#PenyeriSuasana




























Friday, February 15, 2019

REZEKI

Rezeki yg Allah bagi pinjam dlm byk bentuk sebenarnya. Antaranya rumahtangga yg bahagia, kesihatan yg baik, kereta yg selesa, anak-anak yg tak byk buat hal, dan seumpamanya.

Saya sudah lama tak update blog ini. Blog ini adalah platform saya utk memaparkan seni laman, hasil tanaman dan kerja2 maintanance yg menitikkan keringat sendiri. Saya tidak upah orang lain utk membuat kerja2 di laman rumah ini.

Maka hasil keringat ini di rekod utk tatapan bersama sebagai sejarah perihal keringat kami di laman residensi sejak tahun 2002 yg kami gelar Impiana Iman. Banyak perubahan telah berlaku perihal landskap, susunatur, pokok buahan, pokok hiasan, dan yg sewaktu dgn nya.

Pagi tadi saya dan isteri bersemangat turun padang, memesin rumput, membersih laman, menyiram tanaman. Hasilnya laman yg indah di mata kami. TQ Allah atas rezeki Mu ini kpd kami sekeluarga. Semuanya atas kudrat dan iradat Mu. Kami tiada daya tiada upaya. Semuanya atas ehsan Mu.

Jadi terdetik pula di hati nak snap gambar2 dari pelbagai sudut sebagai kenang kenangan zaman berzaman. Saya muat turun di sini.  Sejarah yg di rekodkan.

Keringat yg menitis bersama lelah dan penat di usia yg berbaki sedikit. Anak cucu saya boleh menggali khazanah keluarga di sini dimasa saya sudah beralih ke alam lain nanti. Kenangan lalu nyanyian Flybaits antara lagu retro kegemaran. Keringat lalu menjana kepuasan yg berterusan. Blog ini kekal jadi saksi hasil tangan saya dan isteri, dgn izin Allah. Enjoy the photos captured this morning, Friday 14 Feb 2019.

@@@@@





























Sunday, November 25, 2018

RAMBUTAN

Alhamdulillah pokok rambutan anak sekolah di laman rumah sudah mempamirkan buah2 yang sedang masak ranum. Petik fresh merah2 sungguh enak di makan begitu saja. Nikmat manakah yg hendak aku dustakan? TQ ya Allah. Sungguh banyak nikmat yang Engkau kurnia. Tidak terhitung banyaknya. Aku syukur pada Mu.







Sunday, November 11, 2018

Tuai Hasil Tanaman Di Laman

Hati gumbira mengutip hasil tanaman di laman. Bak kata Prof Mahmud Zuhdi, "Anda tuai hasil yg anda tanam."







TAMAN KESUM

Ada satu sudut di area foyer dapur kami yg isteri saya bagi nama Taman Kesum sempena ada satu kelompok subur pokok daun kesum.  Lebih menari...