
Alhamdulillah berpeluang bersama keluarga tercinta untuk makan angin ke Penang. Cuma anak kedua kami tidak cuti dari UIA kerana exam mid-sem. Kami bertolak sekitar pukul 7:15 pagi dan sampai di Penang sekitar pukul 10:30 pagi. Cuaca sungguh nyaman sepanjang perjalanan.
Sudah beberapa kali ke Penang tapi masih belum puas kerana coverage yang agak terhad, di sekitar Komtar dan Penang Road sahaja. Maka kali ini saya berazam untuk lebih adventerous. Masih banyak peribadi Penang

Kali ini rasanya ingin mencuba menyeberang dari Butterworth ke Georgetown menggunakan Feri. Ternyata pengalaman yang menarik. Tiket yang dikenakan untuk kereta ialah RM7.70 not bad mengambil kira tiada bayaran dikenakan untuk trip balik nanti. Kereta tersusun dalam tiga barisan sekitar 30 bijik di tingkat bawah manakala tingkat atas pula dipenuhi penumpang. Ada juga Feri yang khas yang hanya mengangkut kenderaan sahaja.
Setelah parking kereta depan Masjid Jamek Benggali berdekatan Penang Road, kami pun ronda2 dan pe
kena nasi kandar Line Clear, iaitu kedai nasi kandar 
no.3 terbaik Kemudian

 survey cari hotel untuk penginapan. Mula2 singgah kat Hotel Townhouse kadar sewanya RM92 untuk bilek 4 orang. Kemudian singgah Hotel Cititel dengan kadar sewa Superior Room RM188. Seterusnya menyeberang jalan ke Hotel Malaysia yang setinggi 10 tingkat itu, ada offer RM138 untuk Family Room plus 4pax buffet breakfast dan free parking, kalau kadar biasa RM230. Setelah ditimbangkira, kami mengambil keputusan  menginap di Hotel Malaysia. Hmmm...memang selesa. 
Petangnya kami menaDinner malam tu kami try Restoran Sup Hameed yang lokasinya berhadapan dengan Hotel Malaysia tempat penginapan kami. Saya pekena sup ayam
Paginya setelah buffet breakfast, kami pun berjalan2 menerokai banyak kedai2 dan bazar di sepanjang Penang Road terutamanya kawasan berhadapan Mydin. Kami singgah di Kedai Nasir Jeruk yang menjual aneka jeruk dengan harga RM4 untuk 1/2 kg. Alhamdulillah kerana kali ini dapat memborong jeruk di kedai muslim. Anak2 dan isteri pula membeli beg utiliti, cantek dengan harga yang berpatutan.

Setelah chekout dari hotel, kami drive ke Feringgi, singgah di Tg Bungah dan pantai2 indah sepanjang perjalanan. Lunch makan laksa penang Tg Bungah yang memang kauw (RM13.20).
Seterusnya berkunjung ke Botanical Garden dan bersantai di Plaza Gurney. Sebelum balik ke KL singgah sekali lagi untuk dinner nasi kandar di Line Clear (RM28.50). Menyeberang dari Gergetown ke Butterworth sekali lagi menggunakan perkhidmatan Feri. Suasana dan pemandangan malam sangat indah.



Bertolak dari Butterworth melalui PLUS sekitar pukul 9 mlm. Namun kerap berhenti untuk berehat kerana mengantuk termasuklah di R&R Sg.Perak, R&R Tapah dan R&R Ulu Bernam. Hanya berjaya sampai di rumah sekitar 6 pagi. Biar lambat asal selamat. Jumlah duit minyak sekitar RM110 dan tol sekitar RM75. Keletihan yang berbaloi dengan trip percutian yang best.
@@@