



Yahooo!!!!!!!!!! rambutan sudah masak. Syok nye. Petik dan makan fresh, no preservative...he he.
Alhamdulillah ketiga-tiga pokok rambutan yang ada di laman ni berbuah agak lebat dan kini sudah mula masak. Ada yang sudah masak ranum, merah pekat. Ada yang nampak kekuning-kuningan. Masak secara berperingkat. Elok la tu, tak rusak dan sempat adjust. Dapat le petik buah segar pada jangka masa yang lebih panjang.


Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini dua pokok rambutan 'anak sekolah' merah tu dah beberapa musim berbuah, jadi saya dah tau bentuk dan citarasanya. Tapi pokok rambutan yang ketiga ni belum pernah berbuah sebelum ni, kiranya ini baru belajar berbuah le kan. Mengikut teori dan tuan nurseri tempat saya beli anak pokok ni iaitu kira2 4 tahun dulu, katanya ini anak rambutan kuning atau orang Kelantan selalu panggil rambutan 'gula batu'. Maka harapan di hati teori menjadi realiti. Tapi semenjak keluar buah tempoh hari saya dah perasan dah ni nampak macam rambutan merah 'anak sekolah' jugak ni. Hmmm maka setelah buah dah masak ranum ni, memang sah without reasonable doubt rupenya yang kita dok kata rambutan kuning tu, sebenarnye ialah dari species rambutan merah. Nak buat macamana, dah rezki kite. Alhamdulillah.
Jadi pagi ni sempena hari minggu, ada le masa saya dok meninjau laman rumah di kesegaran udara pagi. Wow kelihatan buah2 rambutan bergayutan. Yang syoknye dapat di petik di hujung jari dan terus di kupas untuk dirasa kesegaran dan kerangupannya. Nikmat tu. Sementelah itu saya snap le bebrapa keping gambar dari pelbagai sudut sebagai kenang-kenangan dan tatatpan pengunjung blog Keringat ini.


