CLICK my AD

Monday, March 10, 2014

Destinasi Pilihan

Destinasi pilihan percutian kami sekeluarga kali ini ialah Ilham Resort di Blue Lagoon Port Dickson. Resort ini kepunyaan PNB dan kebetulan saya pula ialah staf syarikat milik PNB maka saya mendapat rate istimewa staf. Justru itu Ilham Resort adalah destinasi pilihan kami sekurang-kurang sekali pada setiap tahun. 

Ilham Resort adalah accomodation percutian mewah bertaraf 5 bintang. Kadar sewa untuk apartment 3 bedroom ialah RM900 + breakfast untuk 6 org. Kadar promosi pula ialah RM640 + breakfast untuk 6 org. Tapi sebagai staf saya mendapat rate yang jauh lebih rendah. Maka sangat sesuailah Ilham Resort menjadi pilihan tepat kami sekeluarga. Inilah salah satu lagi nikmat Allah kepada kami sekeluarga dan saya sangatlah mensyukurinya.

Kami bertolak sekitar pukul 11 tgh dari KL. Kami singgah berpiknik di Teluk Kemang menikmati bekalan hidangan makan tgh di tepian pantai. Pantai Teluk Kemang sudah di komersialkan malah setiap ruang persisiran pantai itu nampaknya sudah di tawan oleh para pemilik tapak yang beria-ria mencari pelanggan untuk menyewa khemah teduhan bersama kerusi santai, meja dan tikar. Rate sewaan bergantung pada hari dan masa serendah RM20 hinggalah setinggi RM60. Setelah beberepa ketika survey kawasan, kami akhirnya memilih untuk cari pot di sebuah gazebo pusat refleksologi. Dahlah selesa free pulak tu. Alhamdulillah.

Anakanda sekelian kemudiannya ke persisiran pantai untuk sesi fotografi bersama handset canggih mereka masing2. Seterusnya kami check-in di Ilham Resort sekitar pukul 3 ptg. Unit kami di lokasi tingkat 6. Panorama dari ruang santai mencecah pemandangan kaki langit di hujung kebiruan laut, kehijauan majestik bukit bukau Tanjung Tuan, keindahan paya bakau dan desiran ombak pantai menggamit perasaan. Indahnya ciptaan Mu ya Allah. 

Landskap Ilham Resort yang merangkumi swimming pool, flora dan fauna, bangunan Resort yang memang klas, dan segala keindahan mata memandang. Para pengunjung sekitar pula agak ramai dan suasana meriah kerana berkebetulan dengan hari Raptors Watch 2014.

Pada petang hari pertama itu kami berkunjung ke tepian pantai di belakang Ilham Resort. Sebelah kirinya kelihatan pemandangan hutan bakau dan hutan rimba tropika Tanjung Tuan. Di persisiran pasir pantainya pula banyak kedapatan species siput iras2 siput sedut dan anak2 ketam. Lubang2 kecil di pasir laluan anak2 ketam itu banyak sekali kelihatan. Pantainya cetek berkebetulan dengan air surut menjelang senja. Duduk berendam dalam air laut sungguh nikmat. Bermain2 ala-ala bola tampar di pantai juga sesuatu yang menarik. 

Keindahan sunset di kaki langit kami nikmati dalam versi slow motion. Begitulah Allah aturkan pertukaran terang siang dan kelam malam penuh sentimental dan bukan secara mengejut atau berentak rock heavy metal. Slow & steady. Just nice, Hebat Ya Allah. Engkau Maha Pencipta alam ini dan segala isinya.

Malamnya selepas dinner kami ke Pasar Malam bersebelahan Pantai Telok Kemang. Suasana agak meriah kerana ada konsert sempena perasmian Buskers Corner. Kami duduk2 di belai deruan angin pantai sambil menikmati jagung rebus yang di beli di pasar malam.

Esoknya selepas bermandi manda di swimming pool, kami ke Pantai Cermin berdepan dengan Ilham Resort, pantai yang masih belum tercemar dengan aktiviti perniagaan dan commercial sebagaiamana yg menguasai Pantai Telok Kemang. Pengunjung pun tidak ramai. Pantainya damai dan bersih. Kami menghabiskan masa beberapa jam berenang dan berendam air laut di sini.

Kami check-out selepas lunch. Sebelum balik kami sekeluarga memanjat bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan yang famous itu bersama ratusan pengunjung lain yang berbilang bangsa dan negara. Aktiviti bird watch sempena musim migrasi burung sedang berlangsung. Kami bertolak balik sekitar pukul 4 ptg setelah singgah shopping dan berehat seketika di Pantai Telok Kemang. Keadaan trafik agak terkawal. 

Anak sulong kami memandu kereta. Kemudian belanja dinner satay kajang Hj Shamsuri, TQ son. Bersebelahannya stadium Kajang yang sedang berlangsung Karnival Rakyat. Khabarnya dijadualkan ada ceramah panas politik pukul 9 mlm nanti. Sayang saya tak dapat ikutinya. Ingat nak tahu juga apa perkembangan terbaru 'Kajang Move' daripada mulut DSAI.

Seterusnya kami hantar anak bongsu di kampus asasi UIA PJ dan akhirnya dua anak lagi ke kampus UIA Gombak. Isteri saya memandu kereta hingga sampai ke rumah sekitar pukul 11 mlm di kala saya lena tidur sambil berdengkur keletihan di seat co-pilot. Berakhirlah sebuah percutian manis kami sekeluarga. Coretan ini mengabadikan sebuah memori indah itu. Perfect vacation and sweet memory indeed...Hingga akhir kalam, ceria ceria selalu ba bye !!















Bird Watching di Tanjung Tuan

Sempena Raptors Watch 2014 ramai para pengunjung telah mendaki puncak Tanjung Tuan untuk aktiviti bird watch. Rombongan para pelajar sekolah dan IPTA juga tidak ketinggalan. Tour guide juga di sediakan oleh pihak penganjur untuk siri jungle tracking dan bird watch. Saya sekeluarga juga tidak ketinggalan, walaupun pendakian kami ke puncak rumah api Tanjung Tuan sudah kami terokai pada beberapa sesi percutian kami di Ilham Resort sebelum ini. 

Kami berpeluang melihat dua ekor helang puteh ber'spiral' di angkasa sambil mengeluarkan bunyi yang unik secara live pada kira2 pukul 2:35 tgh tadi. Pada briefing oleh salah seorang tour guide yang saya tumpang dengar, rupanya helang yang bersaiz besar dan berat ini menggunakan teknik berpusing secara spiral bagi menghasilkan tenaga haba untuk melonjak diri ke atas. Sebab itulah helang akan keluar di kala cuaca yang sangat panas bagi menjana haba yang optimum. Bila sudah mencapai ketinggian yang terbaik maka helang ini akan mula glide atau terapung bak layang2 sambil mata pemangsa helang yang tajam itu galak mencari rezki mengesan kalau2 ada mangsa yang boleh di korbankan. Menarik fakta ini. 

Mengikut seorang bird watcher, pada tahun ini migrasi burung tetap rancak namun agak berkurang sedikit kalau dibandingkan dengan tahun lalu. Mungkin kerana faktor cuaca yang berjerebu katanya. Suasana di sepanjang jalan ke puncak sangat meriah. Saya saksikan ramai juga pengunjung dari luar negara hadir. Di sekeliling rumah api kelihatan lebih dari 60 professional bird watcher dengan teropong dan kamera berlensa tinggi berkamping di sana. Sebahagian mereka bertugas mengira jumlah burung yang bermigrasi.


















Sunday, March 9, 2014

Raptors Watch Day

Kami sekeluarga bercuti ke Ilham Resort di Tanjung Tuan pada hujung minggu ini. Kebetulan pula ada Raptors Watch Day, hari para pencita burung dan nature untuk meraikan migarasi burung pada laluan Tanjung Tuan. Satu pamiran dari pelbagai NGO dan nature society juga turut di adakan di perkarangan Ilham Resort. Ramai para pengunjung dan peserta mengambil bahagian termasuk dari luar negara.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...