CLICK my AD

Sunday, February 23, 2014

Gotong Royong

Pagi ini berlangsung program gotong-royong di Masjid As-Salam bermula seawal pukul 8:00 pagi. Antara kerja2 yang dilaksanakan secara gotong royong ialah mencuci tempat ambil wudhuk, bilek air, lantai masjid, vacum carpet di ruang solat, menanam anak2 pokok, membuat garisan parking motor, membersih persekitaran dan mencantas pokok2 di sekeliling masjid. Mengikut Tn Nazir, tempat parking kereta juga akan diubahsuai untuk kemudahan jemaah. Sarapan pagi dan juadah makan tgh telah disediakan oleh pihak Masjid. Sukarelawan daripada Pulapol, MDHS, dan ahli khariah sekelian telah mengambil bahagian. Pihak MDHS juga menyediakan lori dan jentolak. Sumbangan anak2 pokok, tanah dan baja juga telah dibekalkan oleh para penyumbang sekelian. Majlis gotong royong ini telah selesai dengan jayanya sekitar pukul 12:30tgh. Alhamdulillah.















Saturday, February 22, 2014

Dinner at Ikea

We have a good Swedish dinner at Ikea yesterday. The food is good and tasty with very reasonable price. Actually my son recommended it to us, so I say why not? Give it a try. No bad at all. Ikea's trademark meat balls with those browny dressing simply delicious out of this world. Chicken wings and almond cake make it perfect for us. If you would like to escape from the routine of having nasi all the time, then try dinner at Ikea. Happy dining guys !!





Wednesday, February 19, 2014

Genting Moment

Dalam cuaca panas kini, escape to Genting can be a good option over the weekend. Take a skyway up for a breath taking view and relaxing mood. The cool air breezing gently make it very kind indeed. Tapi sori the outdoor theme park is gone to make way for the world first Century Fox Studio costing at RM1B that shall be completed in 2016. The skyway tickets at RM12 to and fro per person. A day trip is just nice for the piece of the actions as well as the scenic and fresh panorama.








Tuesday, February 18, 2014

Lake Titiwangsa

Lake Titiwangsa di Kotaraya
Menghampar Indah Suasana
Bersama Orang Tercinta
Mencari Tenang Jiwa



Musim Kemarau

Sudah masuk dua bulan hujan tak turun. Cuaca agak panas. Banyak kes bush fire telah berlaku. Pokok2 tanaman pun kekeringan. Jangan lupa siram pokok2 tanaman kita supaya tidak mati kehausan.





Friday, February 14, 2014

Cari Tenang

Kalau jiwa kacau atau hati gundah. Tika minda serabut maka cari tenang dan aman di rumah Allah. Rajin2lah ke Masjid. Niat iqtikaf. Nawaitu krana Allah. Dirikan solat fardu berjemaah. Duduk di majlis2 ilmu. Lazimkan ibadah2 sunat, zikrullah, tadabbur al-Qur'an, slawat, nescaya hati menjadi tenang.







Wednesday, February 12, 2014

Pokok Kari

Sekarang musim panas. Dah lebih dua minggu tak hujan. Pokok tanaman boleh mati kering kalau tak di siram air. Apatah lagi anak semaian.



Sunday, February 9, 2014

Air Klapa Muda Shake

Kat laman rumah saya ada satu pokok klapa pandan dan satu pokok klapa gading yg rajin berbuah, tak habis makan. Acap kali buahnya terbiar sampai tua dan kering atas pokok.

Semalam saya try respi baru, air klapa shake. Masukkan air klapa muda bersama isinya, beberapa ketulan ais dan 4 sudu besar gula ke dalam blender. Blend sekejap dan walla ready untuk dinikmati. Warnanya puteh bak susu dan berbuih on top. Sedap giler apatah lagi di musim panas ini. Terbaik !!

Air Klapa Muda SHAKE - Cool & Tasty

Saturday, February 1, 2014

Pisang Awak













Alhamdulillah pokok pisang awak atau pun dikenali juga sebagai pisang kelaq lega telah selamat di tebang dan di tuai buahnya. Hasilnya berjumlah 7 sikat dan setiap sikat mengandungi 14 biji pisang yang sudah matang. Maka setelah diperam selama 3 hari berbungkuskan kertas surat khabar dan diletakkan di dalam kotak, maka pisang2 ini telah masak serata semuanya. 

Antara menu utama untuk pisang species ini ialah goreng pisang. Lebih afdal jika setiap biji pisang ini di slice 3 sebelum di celup ke dalam tepung goreng pisang dan di masukkan dalam kuali yang minyaknya panas bergelegak.Bila di angkat daripada kuali boleh di toskan dalam bekas yng berlapikkan kertas surat khabar untuk menyerap minyak. Then waalllaaa, nikmati pisang goreng panas yang sedap.

@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...