CLICK my AD

Saturday, November 30, 2013

Santai di UIA


Pagi ini saya sekeluarga berada di UIA Gombak. Anakanda nak train driving sebab 4 Dec ni test JPJ ambik lesen. Jadi purposely sewa Viva manual 3 jam. Kat UIA ni khidmat sewa kereta memang banyak. Anak sulong kami supervise dua adiknya itu. Sambil tunggu mereka, saya dan isteri santai di gazebo Marhallah Sumaiyyah. Pemandangan hijau bukit bukau serta deruan angin sepoi2 bahasa memberikan ketenangan jiwa dan kerehatan badan.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah.






Saturday, November 16, 2013

Lembah Beringin - What a wonderful world !!



Lembah Beringin di pasarkan pada satu masa dulu oleh pemajunya dengan iklan radio berlatarkan lagu evergreen nyanyian penyanyi blues Louis Armstrong iaitu lagu "What A Wonderful World". Senikatanya sungguh indah dan mudah diingati. Master plan bandar Lembah Beringin ini sangat grand dan exclusive. Namun kelembapan ekonomi di akhir tahun 1990an menyaksikan segala yang dirancangkan ini tersekat.

Namun Alhamdulillah Lembah Beringin masih wujud hingga kini. Kalau kita merentasi highway PLUS maka kita akan temui exit Lembah Beringin sebelum melintasi sempadan Perak ke utara. Eklusiviti Lembah Beringin masih ada. Padang Golf 18 lubangnya masih dikunjungi para peminat golf dari serata negara saban hari termasuklah pengunjung dari Korea dan Jepun.

Kolej UEM iaitu sebuah kolej A-Level bertaraf antarabangsa merupakan satu lagi mercu tanda Lembah Beringin. Kebanyakan kelompok pelajar top student SPM tajaan JPA dan swasta akan melanjutkan pelajaran A-Level mereka di sini selama satu atau dua tahun sebelum di hantar ke Universiti terbaik luar negara.

Kini kedapatan kemudahan sekolah, surau, gelanggang futsal, pusat tahfiz, homestay, restoran, dan kedai runcit untuk diraikan orang ramai. Purata kepadatan penduduknya adalah rendah, justru aura ketenangan dan keindahan alam semulajadi serta terhindar dari hiruk pikuk kebisingan kota menjadikan kawasan ini ibarat sebuah resort peranginan atau gateway heaven kepada penggemarnya. Kelajuan akses broadband internet juga sangat memuaskan.

Saya sekeluarga adalah antara penghuni pioneer Lembah Beringin pada era 1998-2002. Kini saya setia kembali mengunjungi Lembah Beringin pada hujung minggu untuk mengecapi kepuasan di sebuah kejauhan yang mendamaikan. Lembah Beringin adalah sebuah kawasan unik di Selangor. Pemanduan melalui highway PLUS ke KL sebenarnya hanya mengambil masa sekitar 40 minit sahaja. Bagi saya Lembah Beringin masih tetap bersemadi di hati sebagai kawasan yang eklusif, hijau dan segar. 

Gambaran Louis Armstrong dalam lagu What A Wonderful World masih relevan dulu kini dan selamanya. Dan Lembah Beringin adalah sebahagian daripadanya.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...