CLICK my AD

Saturday, September 21, 2013

Lembah Beringin

Hari ini saya dan isteri berkunjung ke rumah lama kami di Lembah Beringin. Alhamdulillah terasa tenang jiwa di sulami kenangan tika kami bertapak di sini dulu. Kami adalah antara pioneer iaitu penduduk terawal di daerah ini. Sticker Lembah Beringin yang masih tertampal di cermin depan kereta kami itu sebagai buktinya. Tidak ramai yang masih punyai sticker ini. 

Saya sekeluarga menduduki rumah ini pada tahun 1998-2002 iaitu kira2 15 tahun lalu selama 4 tahun. Amir anak sulong kami sempat bersekolah hingga darjah 5 di daerah ini. Amir kini mahasiswa tahun 3 di UIA Gombak. Selepas itu kami sewakan rumah ini kepada tiga penyewa berlainan. Sehingga bulan Ogos yang lalu pabila penyewa terakhir kami tamat tempohnya. Kini rumah ini kembali kosong dan saya berpeluang untuk kembali ke sini pada setiap kesempatan. 

Tidak banyak perubahan di sini. Tetap tenang, hijau dan segar. Pada peminat alam yang indah permai bebas daripada hiruk pikuk kota, inilah tempat anda. Saya mengiklankan rumah ini untuk dijual di mudah.com sekiranya ada yang berminat bolehlah mencarinya di sana. Itu pun sebelum saya mengubah fikiran. Kerana sebenarnya saya sangat sayang rumah kami ini. InsyaAllah mungkin saya jadikan weekend house kami sekeluarga buat sementara ini. Atau kembali mengundang penyewa yang berhemah dan penyayang untuk menyewanya. Lembah Beringin sebuah daerah cinta kami.

Kanak2 Riang Bermain Di Playground Depan Rumah Kami
Rumah No.9 Jalan Kenari 22C
Kawasan Lapang Depan Rumah
Tenang dan Aman Sejahtera
Depan Rumah Ada Playground
3 Bilek Tidor 2 Bilek Air - 22'x65'


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...