CLICK my AD

Sunday, June 23, 2013

Cili Hijau Besar

Cili hijau besar ini rajin berbuah. Last week bubuh baja tahi ayam. Cahaya matahari yg cukup memberikan suasana yg kondusif. Hari tu tak lebat sangat cilinya, tapi minggu ini saya lihat berjebak-jebak keluar cili besar ini. Salah satu kegunaan cili besar ini ialah di potong nipis2 dan di goreng bersama daging garam kunyit yg juga di potong nipis. Bila daging yg di goreng sudah agak garing barulah di masukkan hirisan cili besar ini bersama hirisan bawang besar. Godek2 sekejap dalam kuali dan siap untuk dihidang dalam pinggan.






Thursday, June 20, 2013

Musim Bunga

Musim bunga di Impiana Iman. Keindahan itu nikmat Allah jua. Bersyukur kita atas segala nikmat-Nya. Nikmati musim bunga ini dengan penuh kesyukuran pada Yang Esa.











Wednesday, June 12, 2013

Keladi Hiasan

Keladi ada keunikan tersendiri dalam seni laman. Keladi memberi perpektif berbeza yang penuh santai dan ketenangan. Awas miang keladi.







Buah Nangka

Pokok nangka madu depan rumah saya rajin berbuah. Saya kira enam bijik semuanya. Rasanya dalam dua minggu lagi akan masak ranum. 





Seni Laman

Seni laman adalah anugerah. Setiap insan ada citarasa tersendiri. Kecantekan pada sudut pandangan mata tidak mungkin sama gambaran pada sebuah fotografi atau lukisan cantek. Anugerah mata dan seni adalah nikmat Allah yang maha hebat.

















Pokok Pisang

Koleksi pokok pisang di serata laman menjadi penyeri malah pada beberapa segi bisa mengalahkan tanaman hiasan. Tambahan pula bila mendapat bekalan baja tahi ayam gred premium yang mencukupi dosnya.













Rumah Okid

Rumah Okid ini sudah 9 tahun usianya. Kelebihan binaan menggunakan tiang simen batu dan kerangka besi ialah ianya tahan lasak dimamah bahang cuaca sejuk dan panas, hujan atau kemarau. Berbeza dengan binaan awal kami yang menggunakan bumbung kayu. Tak lama tahannya, terus reput dan runtuh. Cuma tiang simen batu terus dapat digunakan bersamaan binaan baru ini.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...