CLICK my AD

Tuesday, December 28, 2010

Hujung Minggu Terakhir 2010

Lamb Grill - Restoran Pak Helmi Bt 16 Rawang

Buah Nangka Semakin Membesar

Pokok Belimbing Tumbang Sudah

Benih Pokok Cikonan dari MARDI

Kenduri Kahwin Di Rumah Jiran

Saya dapat 4 hari berhujung minggu pada kali ini kerana mengambil cuti tahun pada hari isnin dan selasa. Bermula pada hari jumaat selepas mengambil anakanda Farihin & Amir di stesen komuter Rawang yang pulang bercuti mid-sem dari UIA Nilai & PJ, terus pergi dinner di Restoran Pak Helmi Grill Lamb di Bt16 Rawang sebagai meraikan hari lahir isteri tercinta.

Pada hari sabtu itu tugasan hari minggu dimulakan dengan memesin rumput dan membersihkan laman sebelum membawa keluarga bersantai di One Utama. Pada hari ahad projek mencabar bermula iaitu menumbangkan pokok belimbing kerana gagal menghasilkan buah belimbing besi manis seperti idaman hati sebaliknya hanya mengeluarkan buah yang kecil yang masam dan selalu gugur sebelum masak. Dua tahun sudah saya memendam rasa maka hari ahad ini bersenjatakan golok saya terus membaham batang belimbing sebesar betis bunting itu tanpa belas kasihan lagi. Setelah bertungkus lumus hampir setengah jam maka tumbanglah ia menemui ajalnya.

Pokok nangka kat sebelah tu pun nampaknya dah belajar berbuah dan makin membesar. Saya juga membersihkan kawasan sekitar dan membuat sebuah lubang satu kaki persegi dan membuang segala batu batan. Teringat untuk menanam pokok cikonan yang anakanda Iman beli sebulan lepas semasa menyertai lawatan sekolah ke MARDI di Serdang sebagai ganti pokok belimbing tadi. Alhamdulillah beres. Semoga dapat tumbuh subur. Kemudian tengaharinya memenuhi undangan kenduri kahwin di rumah jiran kami iaitu Major bersara Hj Md Zain.

Malamnya bersama anak sulong Amir selepas solat Maghrib di surau Al-Faaizeen mengunjungi restoran mamak Salam Sentosa untuk siaran langsung perlawanan bola final AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia dengan Indonesia. Sejarah telah terpahat apabila Malaysia menang bergaya 3-0. Sama2 kita tunggu perlawanan timbal balik di stadium Bung Karno hari rabu nanti.

Semalam (hari Isnin) kami sekeluarga bersantai pula di Tg Malim, shopping pakaian, CD dan peralatan sekolah. Malamnya sekitar 10 mlm kami menonton CD filem 'Takers'. Hari ini pagi-pagi lagi keluar ke pasar BS untuk beli lauk pauk, sambil bersarapan dan basuh kereta. By the way isteri sempat membeli ikan merah berharga RM50, fuyoo mahal giler...kari kepala ikan la nampaknya hari ni. Selesai baca paper The Star tadi terus singgah di depan PC ini membaca posting yang masih panas oleh isteri tercinta di Pandangan Kasih dan saya susuli dengan coretan terbaru di posting ini pula.

Hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita semua melangkah ke tahun baru. Marilah kita sama2 muhasabah diri dan merancang masa depan yang lebih berwawasan di tahun 2011 nanti. Dekati manafaat jauhi mudharat.


@@@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...